Benarkah Vitamin Membantu Ibu Hamil Lebih Sihat & Bertenaga?

0
Print Friendly

vitamin ketika mengandung
Bila kita tahu yang kita mengandung, perkara pertama yang kita fikirkan pastilah kebaikan si kecil yang ada di dalam rahim kita ni kan. Masa tu kita akan mula fikir, apa yang perlu kita makan sepanjang kehamilan untuk membantu bayi membesar dengan sempurna dan sihat. Selain itu, pasti juga kita terfikir untuk menjaga kesihatan diri kita sebaik-baiknya di sepanjang kehamilan dan berusaha untuk sentiasa fit dan kekal cergas.

Pertama kali kita ke klinik untuk membuat check up,  pasti kita akan dibekalkan dengan vitamin daripada doktor. Tetapi, perlu ke semua vitamin tu?

Haa.. mari KakLin cerita kepentingan semua vitamin tu.

#1 Vitamin Penting Untuk Melengkapkan Keperluan Nutrien Ibu & Bayi

Perasan tak, semasa tempoh hamil, tak semua ibu berada di fasa yang menggembirakan dan juga sihat walafiat. Ada di antara kita yang mengalami alahan yang teruk, muntah-muntah, mual dan sebagainya. Mat Salleh cakap morning sickness.

Masa ni, hormon kita pun tak stabil. Kadang-kadang mood tak menentu dan perubahan fizikal pun sangat ketara. Contohnya, kulit menjadi kusam, mata selalu sembab dan sebagainya.

Bila kita mengalami morning sickness ni, percayalah selera untuk makan memang takde. Nasi lemak feveret sebelum ni belum tentu mampu memancing selera. Bau masakan ayam goreng berempah pun belum tentu boleh membangkitkan selera. Nampak tak permainan hormon di situ? Haha.

Jadi bila kita tak makan dengan seimbang, bagaimana kita nak tampung keperluan mineral dan nutrisi badan kita? Dapat kaitkan tak betapa pentingnya vitamin semasa kita tengah pregnant? Dapat? Okay, pandai.. KakLin suka.. 😀

Jadi, masa pregnant memang kena rajin ambik vitamin ni ya. Supaya keperluan nutrisi badan kita dapat dipenuhi-termasuk bayi kita. Oh ya, kalau nutrisi kita tak cukup, nanti bayi terpaksa ‘curi’ dari badan kita tau.

Contohnya, bekalan keperluan kalsium tak mencukupi, so keperluan kalsium untuk bayi akan diambil dari tulang ataupun gigi kita. Sebab tu la ada mommy yang bila mengandung je mesti gigi berlubang. Bila gigi berlubang je mesti mengandung. Haha. *Gurau.

#2 Supaya Ibu Kekal Cergas Bertenaga

Okay, rasanya semua ibu yang pernah mengandung akan rasa cepat letih dan mudah penat. Masa ni lah rasa nak tidur je kan. Lepas tu tetibe je jadi pemalas. Jangan risau.. Sekali lagi mari kita salahkan hormon dan perubahan fizikal kita. 😀

Cuba amalkan pemakanan yang seimbang dan dalam masa yang sama amalkan pengambilan vitamin yang konsisten. InsyaAllah bukan setakat cergas bertenaga, malah pasti ibu-ibu hamil yang lain cemburu bila melihat anda tetap aktif tak seperti mereka 😀

#3 Mengelakkan Kecacatan & Komplikasi Pada Bayi

Spina-bifida

Siapa amalkan asid folik 3 bulan sebelum merancang nak pregnant? Alhamdulillah. Anda memang bijak! 😀

Rasanya hampir semua ibu tahu yang asid folik sangat penting untuk mengelakkan penyakit spina bifida. Menurut BabyCenter, Spina Bifida bermaksud “sumbing tulang belakang”. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Tahu tak, sekiranya kita tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga tidak mengambil sebarang vitamin semasa hamil, kita berisiko untuk mendapat anak yang kurang sempurna. Begitu juga dengan kelahiran pramatang dan melahirkan bayi yang kurang berat badan.

Walaubagaimanapun, kalau anda seorang ibu yang benar-benar mengambil makanan dengan seimbang dan memenuhi  semua nutrisi yang diperlukan oleh badan, maka suplemen adalah tidak perlu. Tapi kalau makan pun tak menentu, KakLin cadangkan silalah mulai intai-intai suplemen yang boleh menampung keperluan nutrisi tubuh anda.

Persoalannya sekarang ni, boleh ke nak ambik mana-mana vitamin yang ada di pasaran?

Okay, mari KakLin share tips cemana nak memilih vitamin yang sesuai.

1# Pastikan Vitamin Yang Anda Ambil Bukan Vitamin Sintetik

vitamin sintetik

Sesetengah vitamin yang ada di pasaran adalah sintetik. Kalau mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sintetik ni bermaksud sesuatu yang disediakan daripada bahan kimia atau bahan tiruan, iaitu bukan daripada sumber semula jadi.

Dalam bahasa mudahnya, vitamin sintetik ni dihasilkan dengan memanipulasikan bahan kimia yang hampir seakan-akan sama dengan vitamin semualajadi. Dan oh ya, vitamin sintetik ni biasanya harganya murah dan selalunya diberikan secara percuma. Sebab tu kita jangan berkira bila sampai part vitamin ni. Setiap daripadanya berbeza dan anda mesti kaji betul-betul sebelum beli.

Cuba bayangkan anda makan vitamin sintetik – best ke best?

2# Tidak Ada Pewarna & Perisa Tiruan

Sebenarnya takkan ada isu ni kalau anda beli vitamin bukan sintetik. Biasanya kalau vitamin yang natural – pewarna dan perisa tiruan ni memang takde. Bolehlah makan vitamin tu dengan gembira.

Cuba bayangkan anda minum air sirap yang pewarna dia sangat kuat sampai melekat kat lidah setiap hari?

# Sentiasa Baca Label Kandungan Nutrisi Setiap Vitamin – Kerana Setiap Vitamin Berbeza!

label nutrisi
Kalau anda perasan, dekat farmasi ada banyak produk vitamin yang dijual. Pelbagai jenama dan harga. Honestly, kalau anda nak beli vitamin, apa yang anda nilai terlebih dahulu? Harga? Jumlah kapsul dalam botol? Halal? KKM?

Contohnya, anda nak beli Vitamin B. Ada banyak jenama yang menjual Vitamin B. Sebelum anda beli, anda kena pastikan dahulu kandungan nutrisi setiap jenama tu. Bandingkan antara satu sama lain. Ada jenama yang menjual dengan harga murah tetapi mungkin kandungan nutrisinya tidak sama dengan jenama lain yang menjual lebih mahal. Mungkin jenama S lebih mahal tapi memenuhi semua keperluan nutrisi vitamin B yang diperlukan oleh badan kita.

Sebenarnya semua keputusan adalah terletak di tangan kita. Kita nak murah ataupun kita nak nutrisi yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Menarik Untuk Dibaca:
Bagaimana Menggunakan Maklumat Nutrisi & Label Makanan Dalam Menilai Nutrisi Sesuatu Produk Makanan & Minuman

 

Jadi KakLin, agak-agaknya apa vitamin yang best untuk saya makan masa mengandung ni? Kompius sudah..

keliru nak cari vitamin hamil

Rileks.. Tarik nafas.. Tahan.. Lepas.. 😀

Sebenarnya ada banyak sangat jenama vitamin di pasaran. Sudah pastilah kita pun confuse kan mana satu nak consume. Kalau pegi klinik private pun jenama vitamin tu berlainan dengan yang kita dapat dari klinik biasa.

Vitamin Yang Diperlukan Semasa Hamil

Vitamin Ibu Hamil

1) B-Complex (With Folic Acid)

– Asid Folik  – Ia sangat penting dalam pembentukan otak dan saraf bayi pada awal kehamilan. Dan pengambilannya dicadangkan sebaik-baiknya 3 bulan sebelum anda bercadang untuk hamil. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kecacatan pada saraf tunjang bayi.
– Vitamin B 12 – Sangat penting untuk membantu sel-sel baru terutamanya sel darah

2) Iron (Zat Besi)

– Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran pra-matang. Bagi yang mengalami masalah HB yang rendah, zat besi ini sangat membantu dalam meningkatkan HB anda.

Tips: Elakkan mengambil vitamin ini bersama-sama dengan kalsium kerana ia akan mengurangkan penyerapan zat besi. Sebaliknya anda digalakkan untuk meminum segelas air buah ataupun mengambil bersama Vitamin C untuk penyerapan yang lebih optimum.

3) Vitamin C

– Secara keseluruhannya Vitamin C membantu dalam meningkatkan imunisasi si ibu. Dalam masa yang sama ia membantu penyerapan Iron dengan lebih efektif.

4) Kalsium

– Ia membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium dalam diri ibu hamil akan terdedah kepada risiko pre-eklampsia dan boleh membawa maut kepada ibu dan bayi.

5) Omega-3

– Ia diperlukan untuk bayi mendapat penglihatan yang baik, perkembangan otak dan pembentukan sistem saraf yang baik.

Tambahan:

6) Ginger

– Membantu untuk mengurangkan loya semasa di awal kehamilan

7) Protien

– Membantu untuk membina sel-sel badan baru yang lebih sihat dan ‘cantik’. Apabila sel sihat maka proses penyerapan vitamin dan mineral menjadi lebih mudah. Selain itu, sekiranya diamalkan dalam masa jangka panjang, kulit akan nampak lebih berseri.

Ingat, semasa pregnant kita kena fikirkan ramai orang; diri sendiri, anak yang dikandung, suami dan anak-anak (kalau dah ada anak sebelum ini). Badan kita sihat, pasti satu rumah bahagia. Pastikan memilih vitamin kehamilan yang dipercayai!

Mommies, boleh klik Set Vitamin Kehamilan Shaklee kalau nak tahu mengenai set vitamin ni. KakLin ada terangkan secara detail mengenai vitamin semasa hamil dalam ni. 

Semoga membantu! 😀

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge