Video ‘Photoshoot’ Khaulah Al-Azwar puteri sulung Diana Amir. Sangat comel.

1
Print Friendly, PDF & Email

 

 

Alhamdulillah. Ini adalah video photoshoot puteri sulung Diana Amir dan suaminya. Yang paling menarik bayi comel ini diberi nama Khaulah Al-Azwar.

Diana menceritakan di sebalik beliau dan suami memilih nama Khaulah Al-Azwar ini adalah sempena nama seorang ‘pahlawan wanita’ yang sangat berani pada zaman Rasulullah yang digelar sebagai ‘bidadari besi’.

Khaulah Al-Azwar sangat mahir bermain pedang dan berkuda dan beiau juga memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.
Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Begitu hebatnya Khaulah Al-Azwar sehingga namanya tercatat dalam sejarah Islam.

Setiap daripada kita sangat dituntut untuk memberikan nama yang indah dan mempunyai makna yang baik untuk anak-anak kita. Jangan cuma memikirkan sebutan yang sedap di mulut kita tapi tidak memberikan makna yang baik.

anak diana amir
*photo credit to thephotolicious.com

Kita doakan agar puteri comel pasangan Diana Amir dan suaminya ini akan membesar menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge