Tips Hadapi Anak Yang Suka Bertanya 1001 Soalan

0
Print Friendly

Whoa!

Tahniah kalau anak anda suka bertanya soalan. Itu tandanya anak anda memang anak yang pintar, cerdas, dan aktif.

“Kenapa bulan tu bulat?”

“Kenapa ‘baby’ asyik tidur je?”

“Cemana kucing mandi?

Dan 1001 soalan lagi…

 

Sebelum kita pening dengan soalan anak-anak yang kadang-kadang mencabar iman ni, jom kita ketahui dulu mengapa anak-anak suka bertanyakan soalan.

Mempunyai Sifat Ingin Tahu Yang Sangat Tinggi

Dalam proses membesar, anak-anak terdedah dengan pelbagai perkara di sekelilingnya. Semua perkara dan benda akan menjadi sesuatu yang sangat menarik. Setiap hari mereka akan berjumpa dengan sesuatu yang baru. Jadi potensi untuk mereka bertanya lebih lanjut mengenai sesuatu yang menarik perhatian mereka adalah sangat tinggi. Walaupun kadang-kadang kita merasakan soalan tu tak masuk akal.

Bahasa Anak Semakin Berkembang

Apabila anak-anak semakin membesar, mereka juga akan mula belajar bercakap secara berperingkat. Bermula umur 1 tahun setengah, anak sudah mula mengumpul beberapa perbendaharaan kata. Semakin usia mereka meningkat, semakin banyak perkataan yang mereka tahu. Jadi, mereka excited dengan perkembangan tersebut dan mula bertanya banyak soalan.

>> Anak Anda ‘Picky Eater? <<

Mahu Perhatian Anda

Kadang-kadang, anak bertanya soalan kerana mahukan perhatian anda. Perasan kan, bila kita sibuk dengan kerja kat laptop, masa tu juga si anak akan cuma bertanya soalan. Semasa kita sedang bercakap dalam telefon, masa tu juga si kecil akan cuba bercakap dengan kita. Anak-anak memang bijak. Tapi kita pula cepat sangat panas dengan soalan anak-anak ni. Lebih-lebih lagi kalau soalan yang ditanya tu adalah soalan yang sama ditanya berulang-ulang kali 🙂

Sebenarnya, Mereka Tak Puas Hati!

Contoh paling mudah ialah bila anak-anak tengah bermain lego di ruang tamu dan kita tiba-tiba minta mereka mengemaskan lego dengan segera. Anak-anak pasti tak puas hati. Mereka akan tanya “kenapa kena kemas lego?”. Jadi kalau tak nak anak tanya MENGAPA, mungkin anda boleh terangkan terlebih dahulu mengapa mereka kena kemas lego tu. Bila anak faham, lebih mudah anak mendengar kata dan pasti tiada soalan 🙂

Tips Cemana Nak Jawab Soalan Anak

1- Bagi anak-anak yang dah besar, biasanya mereka takkan bertanyakan soalan yang sama berulangkali. Tapi kalau anak-anak yang masih kecil (6 tahun ke bawah) biasanya mereka akan selalu bertanyakan soalan yang sama. Jadi, set dalam minda kita – jawab je soalan tu selagi mampu.. Ingat, mereka cuma nak perhatian kita.. 🙂

2- Untuk anak yang lebih besar, instead of kita jawab soalan tu, sekali sekala kita tak perlu jawab pun. Tapi kita bagitau kat anak untuk kita sama-sama mencari jawapan kepada soalan yang ditanya tadi. Secara tak langsung kita mengajar anak skill penyelesaian masalah (problem solving) kepada anak-anak. Dalam masa yang sama, anak-anak akan lebih faham.

anak suka bertanya

3- Melalui pertanyaan anak-anak, kita akan tahu apakah minat ataupun kecenderungan anak-anak kita. Bawa mereka ke kedai buku, dan boleh belikan buku yang suit dengan interest mereka. 🙂

4- Apabila anak bertanyakan soalan, cuba berhenti dari melakukan kerja yang sedang anda lakukan. Pandang wajahnya dan tunjukkan minat. Sebenarnya anak-anak cuma nakkan perhatian kita je kan? 😀

5- Nikmati saat-saat ini. Suatu hari nanti anak-anak kita akan membesar. Seiring dengan ilmu pengetahuan yang dia dah dapat pasti tiada lagi soalan-soalan tak masuk akal daripadanya. Jadi, just enjoy the moment selagi ada! 😀

>> Cara Atasi Anak Kerap Selesema & Batuk <<

Walau apapun, perlu ingat, anak-anak takkan sengaja bertanyakan soalan-soalan yang banyak. Mereka cuma mahukan penjelasan. Yelah, dunia ini sangat baru bagi mereka. Dan bersyukurlah kerana sel-sel otaknya sedang berhubung dengan cemerlang sekali. 😀

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge