Tip Anak Tidur di Bilik Sendiri & Tidur Awal Setiap Malam

10
Print Friendly, PDF & Email

Hari ini nak share  bagaimana nak bagi anak-anak tidur di bilik sendiri dan tidur awal setiap malam. Tip ni kami dah praktikkan semenjak 7 tahun yang lepas (masa tu anak sulung – Adam berumur 3 tahun). Dan alhamdulillahsekarang memang mudah sebab anak-anak sendiri akan bersiap-siap sendiri untuk tidur bila jam dah menunjukkan 9 malam.

Untuk info, anak-anak kami berumur 10 tahun, 8 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.

Walaubagaimanapun, cuma anak yang berumur 5 – 10 tahun je yang follow benda ni. Sebab mereka semua kena bangun awal keesokkan hari untuk pergi ke sekolah. Si bongsu masih ‘dibenarkan’ untuk tidur lambat sikit. Lagipun kami suami isteri bekerja dari rumah, jadi tiada masalah sekiranya si bongsu bangun lewat sedikit.

Cara melatih anak tidur awal

Tips Anak Tidur di Bilik Sendiri

 

#1 Sediakan Bilik Yang Selesa & Kalau Boleh Hias Bilik Anak

Tak semestinya menggunakan duit yang banyak untuk menghias bilik anak-anak. Cukuplah selesa dan tenang buat buat mereka. Ini boleh menggalakkan anak-anak untuk tidur di bilik sendiri.

#2 Berikan Pujian Dan Galakkan

Anak yang pertama kali berpisah tidur dari ibu bapa pasti mengalami kesukaran pada awalnya. Apa yang boleh kita buat adalah teruskan memberi galakan dan sekiranya berjaya jangan lupa untuk puji mereka!

Semasa kami mula-mula mengajar Adam untuk tidur sendiri (masa tu dia baru berumur 3 tahun), kami ada belikan sebiji lampu malap bercorak Mickey Mouse. Kerana lampu tu, Adam sangat teruja untuk tidur sendiri. 🙂

#3 Sabar, sabar, sabar

Anda mesti banyak-banyak bersabar. Bukan mudah nak melatih dan mendidik anak. Setiap kali rasa ingin berputus asa, ingatlah kelebihan dan kebaikan yang bakal anak-anak anda perolehi nanti. Bonus juga untuk anda kerana bila anak tidur awal (tanpa disuruh) kita ada lebih banyak masa untuk membuat kerja rumah dan mempunyai masa untuk diri dan suami.

#4 Sentiasa Percaya Anak Boleh Tidur Sendiri

Kadang-kadang kita selalu underestimate kebolehan anak-anak. Dan sudah tentu si mak mesti terlebih emosi dalam hal yang berkaitan anak. Anak mungkin akan menangis pada minggu-minggu pertama. Tetapi, kita kena percaya ia cuma berlaku pada untuk sementara waktu sahaja. Selebihnya, panjat doa pada Allah ya. 😀

Tip Anak Tidur Awal

#1 – Bagitau Anak-Anak Mengapa Mesti Tidur Awal

First thing first, setiap kali membuat peraturan dalam rumah, mesti terangkan dengan anak sejelas-jelasnya. Bagitahu kenapa kena tidur awal. Apa kebaikan dia dapat kalau tidur awal. Apa keburukan kalau tidur lambat dan sebagainya. Bila anak faham sebenarnya lebih mudah untuk anak bekerjasama dengan kita.

#2 – Pastikan Semua Kerja Sekolah Dah Siap

Kita kena pastikan semua kerja sekolah anak-anak dah diselesaikan lebih awal. Begitu juga dengan mengemas buku untuk dibawa ke sekolah esok hari. Bila semua dah selesai, anak boleh berehat dan tidur dengan tenang tanpa memikirkan mengenai kerja sekolah yang belum siap lagi.

#3 – Pastikan Semua Keperluan Diri Dah Diselesaikan

Biasakan makan malam awal supaya anak mempunyai masa untuk berehat sebentar sebelum tidur. Kemudian pastikan anak sudah menunaikan solat Isyak sebelum tidur. Sebelum masuk tidur anak-anak mesti bersihkan diri terlebih dahulu.

#4 – Repetition & Istiqamah

Kunci paling utama dalam mendisiplinkan anak ialah pengulangan yang berterusan dan konsisten. Di peringkat permulaan memang akan ada kesukaran sedikit tapi lama-lama pasti akan menjadi mudah. Berikan peluang pada anak sekiranya dia agak sukar untuk terus tidur pada mingu-minggu terawal. Si anak pasti akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

#5 – Kids Time

Cara melatih anak tidur awal

Biasakan sebelum anak tidur untuk bersalaman dengan semua ahli keluarga. Mak, ayah dan adik beradik. Kalau KekLin selalunya akan peluk dan cium semua anak (kecuali Adam – just hugs). Dan selalunya, masa ni kami akan bercerita sesuatu yang happy, minta mereka baca doa tidur, dan minta mereka untuk pasang niat bangun awal esok hari. Ada certain parents akan mengambil peluang ni untuk bacakan buku cerita buat anak-anak. Tapi KekLin since anak-anak semua dah biasa dengan rutin ni, maka lebih mudah.

Sekiranya anak-anak tidur awal, insyaAllah mereka juga akan lebih mudah diuruskan setiap pagi.

 

Tahu Tak?


1- Anak-anak berusia 3-6 tahun memerlukan 10 – 12 jam untuk tidur setiap hari, manakala anak-anak berusia 7-12 tahun memerlukan 10 – 11 jam untuk tidur setiap hari.

2- Bila anak dah biasa dengan rutin ni, lain kali secara automatik mereka akan tahu apa yang perlu dibuat dan kita tak perlu nak arahkan mereka untuk tidur.

3- Waktu mereka sudah berada di atas katil, dan ketika kita berikan ciuman dan pelukan selamat malam adalah antara waktu yang paling tenang buat anak-anak. Semasa ni kalau nak bagi nasihat sangat baik kerana mereka dalam fasa yang tenang dan gembira.

4- Anak-anak mesti dipisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka menginjak usia 7 tahun. Maksudnya mereka juga perlu tidur di bilik sendiri pada usia ini. Ini adalah kerana ada batas-batas tertentu yang perlu dijaga. Kita mesti didik anak semenjak mereka kecil.

So, itu sahaja yang KakLin boleh kongsikan kali ni.

Kalau anda ada tips yang lebih best boleh la share ya. At least boleh bantu parents lain untuk sama-sama berjaya melatih anak-anak tidur sendiri.

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion10 Comments

  1. tips yg berguna…anak saya 3 thn dan 1 thn 5 bulan…dua2 masih tidur dengan saya…bila diorg terjaga dan tgk sy takda satu rumah diorg cari…dulu diorg tidur lambat..smggu juga nk biasakan diorg tidur awal…

  2. salam..

    maaf nak tanya, buku dalam gambar tu tajuk apa dan beli di mana ye.. nampak menarik.. saya tengah cari buku jugak untuk anak saya..

    terima kasih

Leave A Reply

CommentLuv badge