Tinggalkan Kerjaya Sebagai Pensyarah Untuk Kerja Dari Rumah – Saya Tidak Menyesal

6
Print Friendly

Bismillah.

Ini kisah saya. Kisah bagaimana saya berusaha berubah demi anak-anak dan keluarga yang paling saya sayangi. Berusaha keluar daripada kebiasaan dan comfort zone yang sebenarnya bukanlah comfort sangat pun. Memaksa hati, minda dan diri untuk mengambil satu keputusan drastik dalam kehidupan kami.

Kehidupan Saya & Keluarga 5 Tahun Yang Lepas

5 tahun yang lalu, saya adalah tipikal seorang ibu yang bekerjaya. Saya mempunyai 3 orang cahayamata yang berumur 6, 4 dan 2 tahun. Dalam masa yang sama saya juga sedang mengandungkan anak yang ke-4. Suami saya seorang peguam yang sangat sibuk. Manakala saya adalah seorang pensyarah di sebuah IPTS.

Rutin kami hampir sama setiap hari. Most of the time, kami akan keluar di awal pagi. Kami terpaksa keluar bersama setiap hari kerana kami cuma ada 1 kenderaan sahaja (plus saya pula takde lesen). Setiap pagi (atau subuh), kami suami isteri akan kelam kabut keluar bekerja bersama anak-anak kecil kami. Si sulung berjalan sendiri, anak yang kedua dipimpin oleh ayahnya dan saya mendukung anak yang ketiga. Belum lagi termasuk beg-beg keperluan anak-anak sepanjang hari di nurseri dan beg-beg kerja kami suami isteri (sebelum pregnant saya bawa beg pam susu lagi). Memandangkan kami tinggal di apartment tanpa lif, maka lengkaplah ‘keletihan’ yang dirasai setiap pagi dan malam mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke rumah kami.

Hampir setiap hari juga, kami akan balik ke rumah selepas waktu Maghrib. Walaupun saya boleh balik awal ke rumah, tetapi saya terpaksa menunggu suami untuk menjemput saya pulang bersama. Yang ini saya boleh tahan, tetapi yang paling membuatkan saya sedih dan emosi ialah apabila menjemput anak-anak saya daripada nurseri.

Tiada senyuman daripada mereka. Tiada anak-anak yang teruja. Tiada cerita yang mahu dikongsikan apa yang mereka hadapi sepanjang hari. Yang ada cuma letih dan mengantuk. Diam. Sampai di rumah, anak-anak terus tidur. Saya langsung tiada masa berkualiti dengan mereka! Esoknya rutin ini berulang lagi sekali. Berulang-ulang kali.

Anak-anak kecil, apabila diletakkan di nurseri juga akan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit. Begitu juga dengan anak-anak saya. Setiap bulan, tak sah kalau tak mengunjungi klinik. Tak sah kalau tak ambil cuti dan kadang-kadang sehingga terpaksa mengambil Emergency Leave. Penyakitnya sama sahaja. Demam, batuk dan selesema. 3 anak, 3 ragam. Selalunya saya yang akan terpaksa mengambil cuti kerana suami selalunya diperlukan untuk tugasan beliau sebagai seorang peguam yang sibuk ke mahkamah. Perkara ini sangat menggangu prestasi kerja saya.

Sedih, sedih, sedih. Itu yang saya rasa. Rasa bersalah dalam diri. Rasa bersalah kepada anak-anak. Rasa bersalah kepada pekerjaan. Inikah kehidupan yang saya mahukan?

Saya mungkin mempunyai keluarga dan pekerjaan yang baik tetapi saya masih lagi kehilangan sesuatu di dalam hidup saya ini. Saya kehilangan masa bersama anak-anak sedangkan mereka akan terus membesar dan masa akan terus berlalu pergi. Dan saya tidak mahu kehilangan masa emas ini!

Mula Terfikir Untuk Berhenti Kerja

Suatu ketika, saya dan suami mula berbincang mengenai kehidupan kami – to be exact, mengenai anak-anak. Si sulung, tahun hadapan akan masuk tahun 1. Kami dah tak boleh meneruskan rutin kami seperti ini. Anak sekolah rendah mereka ada kerja rumah yang perlu disiapkan. Mereka perlu tidur lebih awal kerana pastinya letih dengan sekolah pagi dan agama. Setelah mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa perkara, akhirnya pada Julai 2011, saya menghantar resignation letter kepada pihak management dan 6 bulan kemudian title saya berubah daripada seorang pensyarah kepada Work-At-Home-Mom!

Bukannya mudah untuk meninggalkan jawatan ini. Saya akan meninggalkan kawan-kawan saya, saya akan meninggalkan students saya. Saya akan meninggalkan gaji saya. Hey! Saya akan duduk di rumah okay selepas ini. Hampir separuh daripada pendapatan keluarga saya juga akan hilang.

Walaupun sedih, tetapi saya nampak sesuatu yang lebih hebat di masa hadapan. Big Why saya adalah segala-galanya. Big Why? Ya, merekalah anak-anak saya yang sangat saya kasihi. Mama akan berusaha berikan yang terbaik untuk kalian semuanya. Duit boleh dicari ganti, tetapi perhatian terhadap kamu tidak mungkin berulang!

Kerja Pertama Dari Rumah

Selepas saya meletakkan jawatan, saya mula menjual secara aktif produk penyusuan susu ibu dan bayi melalui kedai maya saya SweetBonda Stories. Walaubagaimanapun, saya cuma mampu bertahan 6 bulan sahaja kerana saya menghadapi masalah storage yang terhad, modal yang besar, untung sedikit dan sebagainya.

Dalam kebuntuan, baru saya teringat yang saya adalah ahli Shaklee – saya membeli Set Menyusu & Kehamilan. Mengapa saya tidak memberikan peluang kepada diri saya sendiri untuk mengenali Shaklee? Lantas saya mengambil keputusan untuk cuba mendalami sistem pemasaran dan selok belok mengenai bisnes ini. Di sinilah segala-galanya bermula…

Cuba-cuba Menjual Shaklee

Ada pepatah mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Begitulah juga dengan saya. Saya dah lama menjadi ahli Shaklee tapi hati saya belum terbuka untuk menjalankan bisnes ini. Sebab bagi saya bisnes ini tiada masa depan. Dan setakat menjual vitamin dan suplemen? Huh. Saya dulu seorang lecturer. Takkan saya nak jual suplemen? Lagipun banyak permintaan ke suplemen ni? Malulah kalau kawan-kawan tahu saya akhirnya cuma menjual suplemen je.

MasyaAllah. Berlagak betul saya masa tu. Bila saya kenang kembali, rasa malu sendiri. Padahal menjual suplemen adalah salah satu pekerjaan yang mulia dan baik. Produk yang saya jual adalah produk yang berkualiti tinggi – in fact ia bukan drugs pun. Sebelum direlease oleh company, sudah berkali-kali dikaji dan dilakukan ujikaji dalam memastikan benar-benar bagus untuk diconsume oleh pembeli.

Saya membantu ramai orang untuk menjadi sihat. Health is wealth kan. Saya pernah membantu pasangan hamil sejak sekian lama menanti kehadiran cahayamata, berjaya membantu bayi yang terkena rashes teruk, membantu atasi resdung dan alergik makanan dan sebagainya.

Paling best, melalui bisnes ini juga saya sudah membantu lebih ramai wanita di luar sana untuk mendapatkan pendapatan yang sangat baik dan sekaligus membantu suami di dalam meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing!

The rest is history!

13 Perubahan Yang Kami Capai Selepas 5 Tahun

Selepas 5 tahun berlalu, kehidupan kami sekeluarga bertukar 360 darjah! Rasa sangat bersyukur kerana saya dan suami mengambil keputusan yang tepat dahulu. Walaupun ianya sangat berat pada mulanya tetapi Allah dah janji siapa berusaha dia akan dapat! Yang saya senaraikan di bawah ini adalah perubahan-perubahan positif yang kami nikmati selepas berusaha keluar dari comfort zone kami selama ini.

#1 Kami Suami Isteri Bekerja Dari Rumah Sepenuhnya

– Alhamdulillah, selepas 2 tahun saya fokus dalam Shaklee, suami saya melepaskan jawatan beliau sebagai seorang peguam dan kini kami bersama-sama dalam membangunkan bisnes Shaklee kami. Ya, kami benar-benar komited untuk menjadikan Shaklee sebagai kerjaya sepenuh masa kami.

#2 Masa Kami Lebih Fleksibel

– Kami bercuti bila-bila masa, membeli groceries pada hari bekerja, menghadiri hampir kesemua program anak-anak di sekolah, menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah setiap hari, memasak bekal yang sedap dan bersih untuk anak-anak di sekolah, membantu keluarga mertua pada bila-bila masa yang diperlukan (keluarga mertua tinggal berdekatan) dan sebagainya. Ini adalah antara nikmat yang paling kami syukuri.

#3 Memberikan Perhatian Sepenuhnya Buat Anak-Anak

– Alhamdulillah, anak-anaklah yang menyebabkan kehidupan kami berubah sekarang ini. Hikmahnya sangat banyak. Anak-anak sangat rapat dan manja dengan kami. Berkongsi cerita dan kisah. Penuh gelak tawa. Building confidence. Macam-macam lagi. Syukur. Allah Maha Baik sebab diberinya jalan keluar yang sangat indah. Saya tahu ramai yang nak ini.

#4 Bercuti Sekeluarga Bersama-Sama

– Dahulu semasa bekerja selain kekangan masa, sebenarnya kami juga menghadapi kekangan dari segi kewangan. Mahu bercuti berfikir banyak kali. Sekiranya suami outstation, maka itulah peluang terbaik untuk kami bersama-sama bercuti. Itupun dah seronok sangat walaupun tidur di bilik yang cuma ada 1 katil queen! Kenangan semua tu kan 🙂

#5 Menunaikan Umrah Bersama Mertua

– Alhamdulillah, dapat menunaikan umrah bersama-sama mertua. InsyaAllah akan datang akan pergi bersama-sama ibu dan ayah saya pula. Tak dapat saya gambarkan kegembiraan kedua ibu-bapa mertua saya semasa kami mengkhabarkan akan membawa mereka menunaikan umrah bersama-sama. Paling saya bersyukur kami dapat memberikan pakej terbaik buat mereka. Kedudukan hotel yang sangat hampir dengan Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram sangat memudahkan kedua ibu bapa mertua saya yang sudah agak berusia.

#6 Anak-Anak Dapat Menumpukan Perhatian Di Dalam Pelajaran & Skor Dengan Cemerlang

– Sebenarnya tiada rahsia untuk anak-anak mudah fokus dan mudah memahami pelajaran di sekolah – which is obviously salah satu faktor untuk skor dalam exam kan. Mungkin sebab kami yang menghantar dan mengambil mereka ke sekolah (kurang letih), ditambah dengan makanan berkhasiat yang saya masak sebagai bekalan mereka di sekolah, tidur yang mencukupi, mengambil vitamin c dan minyak ikan setiap hari, bersenam sekali sekala dan breakfast yang berkhasiat setiap pagi. Selebihnya, haruslah kekuatan rohani doa dan sebagainya.

#7 Mengajar Mengaji & Solat Maghrib Berjemaah

– Ini adalah salah satu impian ramai ibu-bapa. Alhamdulillah, we manage to do this one hampir setiap hari.

#8 Memberikan Tumpuan Lebih Buat Anak-Anak Yang Memerlukan

– Anak saya yang ketiga, dia kidal & ada mild dyslexia. Dia menghadapi sedikit kesukaran untuk menulis dengan baik. Sukar untuk mengenal huruf dan membaca. Mujur saya sedar mengenai perkara tersebut dan kami fokus untuk membantunya. Alhamdulillah sekarang dia sudah pandai membaca komik, menulis nama sendiri dan beberapa perkataan mudah. Semoga terus cemerlang anakanda! 😀

#9 Boleh Beri Mak Belanja Duit Lebih Setiap Bulan

– Syukur. Tiada apa yang dapat dikatakan, kini mampu memberi lebih berbanding bekerja dahulu. Membantu membayar duit rumah, belanja mak pergi spa dan sebagainya. Kalaulah saya tidak berhenti kerja dan fokus pada bisnes saya mungkin semua ini tidak akan berlaku.

#10 Kualiti Kesihatan Meningkat

– Dengan izin Allah, kami dah lama tak mengunjungi klinik. Membina kesihatan dan memelihara kesihatan dengan baik adalah di antara usaha kami semenjak beberapa tahun yang lepas. Anak-anak juga jarang batuk, demam dan selesema. Mungkin sebab apa yang kami amalkan seperti yang saya tulis di atas tadi (makan masakan sendiri, tidur yang mencukupi, suplemen, bersenam).

#11 Banyak Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Anak-Anak

– Disebabkan masa yang fleksibel, kami suami isteri mempunyai masa untuk melakukan aktiviti bersama-sama anak-anak. Buat playdoh bersama, main bubble giants, piknik tepi tasik, tengok wayang bersama dan sebagainya.

#12 Geng Shaklee Saya Ohsem!

– Walaupun cuma bekerja dari rumah sahaja, tetapi sebenarnya kami mempunyai komuniti yang besar dan kuat. Bisnes ini umpama bisnes satu keluarga. Malahan kami saling kenal mengenali & kebanyakannya dahulu bekerja sebagai engineers, lecturers, cikgu dan sebagainya.

– So, kami masih lagi ada life tau. Haha. Contohnya, kami mak-mak pernah bekpek ke Korea bersama-sama dahulu.

#13 Kejayaan Peribadi

– Mampu mengambil lesen, membeli kereta sendiri dan memandu di KL! (Memandu di KL tu kejayaan besar tu buat saya, sebab saya memang penakut. Fuh!).

– Tak sangka mampu membimbing ramai anak buah berjaya di dalam bisnes Shaklee. Sebab dahulu saya bermula dengan 0.

– Berjaya mendapat Car Bonus dan join trip Shaklee ke oversea etc.

Ini sebahagian daripada kisah kehidupan kami yang berlaku di dalam tempoh 5 tahun selepas ‘penghijrahan’ kami. Untuk 5 tahun akan datang kami juga sudah mempunyai pelbagai target dan plan. Saya yakin ianya juga akan tercapai sekiranya kami berusaha dengan kuat dan mengambil keputusan yang tepat bermula daripada sekarang.

Bagi anda yang sedang membaca coretan saya sekarang ini, yang masih lagi keliru dengan apa yang perlu dibuat, buatlah solat Istikharah, berdoa dan mengadu kepada Dia, berbincang dengan suami dan semoga mendapat keputusan yang terbaik.

Setiap pilihan ada risiko namun kita takkan tahu mana yang terbaik sehinggalah kita mencuba dengan bersungguh-sungguh!

Semoga berjaya!

Keklin,
Ex-Lecturer.

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion6 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge