Sup Ikan Merah Mudah & Sedap

3
Print Friendly

Hari ni nak masak lauk apa? Dah ada idea belum? Kalau belum jom masak Sup Ikan Merah. Ini antara lauk favourite manusia di rumah ini. Anak-anak memang suka sangat apa je masakan sup-sup ni. Maknya pun suka sebab senang sangat nak masak ni tau. Bahan-bahan pun tak banyak. Pendek kata, mudah dimasak, sedap dimakan, berkhasiat lagi. Pakej gitu 😀

Resepi Berpantang

Sup Ikan Merah ni pun selain sesuai untuk anak-anak makan (orang tua pun suka juga kan), juga sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tengah berpantang. Dalam sup ni ada gunakan halia. Halia memang sangat elok untuk ibu yang tengah berpantang. Membantu ibu buang angin dalam badan. Lagipun ikan tu protien. Protien sangat penting dalam membantu membina sel-sel yang baru dan sihat. Jadi luka-luka dalaman, luka episotomi cepat sembuh. Boleh tambah lada hitam yang ditumbuk kasar kalau mahu. KakLin kalau makan sup ni masa pantang berpeluh-peluh dan rasa macam nak bertambah nasi tu 😀

Sup Ikan Sedap

Sup Ikan Merah
 
Author:
Ingredients
  • Bahan Kisar
  • 2 Inci Halia
  • 1 Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Bahan-bahan Lain
  • Ikan Merah (Terpulang nak berapa keping)
  • 1 Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 1 Biji Tomato - Belah 4
  • ½ Batang Lobak - Potong bulat (Boleh Tambah Jika Mahu)
  • 1.5 Liter Air
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Secukup Rasa
  • Sedikit Minyak
  • Bahan Hiasan & Penaik Aroma
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
Instructions
  1. Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau
  2. Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan lobak dan masak sehingga empuk
  4. Masukkan garam dan secukup rasa
  5. Masukkan ikan satu persatu & tomato
  6. Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak
  7. Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goreng

 Hidangan ni kan, juga sangat sesuai kita masak untuk menu berbuka puasa. Satu, sebab sepanjang hari kita dah kekurangan air, so lauk yang berasaskan sup memang sangat digalakkan. Kedua, sebab mudah sangat nak sediakan. Tak ambik masa yang lama pun.

So, jangan lupa cuba resepi ni ya. 😀

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion3 Comments

  1. Ikan lain pun sodap kan. Malam ni mau masak. Nak bagi anak anak kat jagaan di sekolah eaok. Tapi bukan ikan merah. Ta tau ikan apa😂

    Tq resepinya kak.

Leave A Reply

Rate this recipe:  

CommentLuv badge