Smoothie Mangga Berkhasiat Untuk Anak-Anak

2
Print Friendly, PDF & Email

 

 

minuman kanak-kanak berkhasiat

Selalunya parents akan berikan jus buah untuk anak-anak. Tapi smoothie juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana mengandungi serat yang sangat baik untuk sistem pencernaan. Kalau anak-anak sembelit, smoothie buah memang sangat membantu.

Biasanya, smoothie lebih pekat daripada jus sebab buah akan diblend sekali dengan ice cube. Lepas tu akan mix sekali dengan susu (pastikan rendah lemak) ataupun yogurt.

minuman kanak-kanak berkhasiat

Macam KakLin, smoothie memang kegemaran anak-anak dalam rumah ni (mak pak pun sekali :p). KakLin memang jarang bagi dorang minum air kordial. Lebih prefer buat smoothie ataupun jus buah-buahan sebenar. Lebih kick! (dan semestinya lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya).

Khasiat Smoothie Mangga

1- Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

– Dalam smoothie ni ada Vitamin C, Vitamin A dan juga Karotenoid. Gabungan ketiga-tiga ni boleh membantu meningkatkan imunisasi badan.

2. Melancarkan Pencernaan

– Smoothie mangga ni sebenanrnya sangat bagus dalam membantu melancarkan sistem pencernaan kita. Jadi kalau anak anda terkena sembelit, boleh try bagi smoothie mangga ni.

3. Mengatasi Mata Kering

Dalam smoothie mangga ni ada Vitamin A & Karotenoid. Memang sangat bagus untuk mata kita.

4. Membantu Mengatasi Anemia

Dalam buah mangga terdapat zat besi yang sangat penting dalam membantu mengatasi Anemia. Jadi kalau anda tengah hamil, mungkin boleh mencuba meminum segelas jus/smoothie mangga setiap hari.

5. Menjaga Tekanan Darah

Smoothie mangga mengandung nutrisi yang penting iaitu kalium. Nutrisi ini sangat penting untuk membantu otot-otot, jantung dan saraf. Kalium juga sangat penting untuk mengatur keseimbangan cairan dalam tubuh dan tekanan darah.

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan buah mangga ni. Jadi, kalau rasa nak mencuba minuman yang berkhasiat mungkin boleh consider buah mangga ni.

resepi mealshakes
Dalam Shaklee, ada 1 multivitamin berbentuk serbuk (minuman) yang memang sangat bagus untuk kanak-kanak. Namanya Meal Shakes. Meal Shakes ni KakLin suka sangat sebab 1st tu khasiatnya. Nama pun multivitamin kan, anak-anak dapat dioptimumkan kesihatannya. Baunya sangat wangi – wangi Vanilla. Dan KakLin suka juga sebab Meal Shakes membantu tingkatkan selera makan (terutamanya selepas sembuh dari sakit). No wonder la budak-budak ‘ketagih’ dengan Meal Shakes ni tau 😀

mealshakes shaklee
Okay sambung balik, untuk Smoothie Mangga ni, cuma perlukan beberpa bahan je. Ala.. KakLin percaya korang pun dah biasa buat ni kennnn. 😀

Kita cuma perlukan mangga, susu low fat, ice cube je. Memang takde gula. Dalam kes KakLin, akak tambah Meal Shakes untuk bagi rasa creamy dan manis. Dan ofkos la sebab mineral dan vitamin yang terkandung dalam Meal Shakes ni.

minuman kanak-kanak berkhasiat

Smoothie Mangga Berkhasiat Untuk Anak-Anak
 
Author:
Ingredients
  • 2 - 3 biji mangga
  • 500 ml Susu Dutch Lady (Low Fat)
  • 250 ml air masak
  • 6 sudu kecil Meal Shakes
  • Ice cube (mengikut kesukaan)
Instructions
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam blender
  2. Blend sehingga sebati
  3. Hidangkan

Mudah sangat kan. Tiap-tiap ari minum smoothie mangga ni pun boleh 😀
By the way, untuk buah tu boleh tukar dengan buah-buah lain. Kalau macam KakLin, KakLin suka buat dengan buah Avocado. Fefeling minum Jus Alpukat di Wong Solo 😛

So, selamat mencuba! 😀

sweetbonda
  

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

Rate this recipe:  

CommentLuv badge