Set Vitamin Ibu Hamil Yang Membantu Ibu Kekal Sihat & Bertenaga

2
Print Friendly

Vitamin Untuk Ibu Hamil Membantu Lebih Cergas Dan Sihat

set mengandung shakleeTahniah di atas kehamilan anda mommies!

Mesti sangat excited kan apabila mengetahui diri tengah hamilkan si manja. Mesti tak sabar nak melalui 10 bulan yang pastinya membawa 1001 pengalaman. Bagi yang pertama kali pregnant, semoga enjoy dengan pengalaman baru ni. 🙂

>> Best untuk dibaca: Amalan Ibu Hamil Dalam Islam <<

Honestly, KakLin dulu masa mengandung yang bongsu baru kenal Shaklee. 3 orang anak sebelum tu cuma makan vitamin yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan Ibu Anak (KKIA) je. Tapi mommies, sebenarnya ada banyak beza antara vitamin mengandung yang dibekalkan percuma oleh pihak KKIA & juga vitamin Shaklee. Maaf ya, bukannya KakLin nak merendah-rendahkan vitamin yang diberikan oleh pihak KKIA, (in fact syukur alhamdulillah selama ni KKIA bagi vitamin percuma). Cuma ada sesetengah benda, nilainya sepadan dengan harganya.


>> Best untuk dibaca: Mengapa Saya Kena Beli Vitamin Shaklee? Vitamin Klinik Tak Boleh Ke? <<

Badan Letih Kerana Mengandung & Menyusukan Anak 

Dulu, KakLin bukanlah seorang yang concern dengan tahap kesihatan sendiri. Apabila mengandung, KakLin cuma makan vitamin yang diberikan oleh KKIA. Itupun selalu sangat terlupa nak makan (sebenarnya bukan terlupa pun tapi malas). Tapi sebab confident yang badan sendiri dah cukup fit dan dapat nutrisi yang badan perlukan dari pengambilan makanan seharian, maka vitamin yang diberikan dipandang sepi. Keadaan ni berterusan sehinggalah anak yang ketiga.

Walaubagaimanapun, setelah mempunyai ramai cahayamata dan berterusan mengandung dan menyusukan anak selang 2 tahun sekali, KakLin dah start rasa letih. Bila badan letih, emosi selalu tak stabil dan mudah stress. Lebih-lebih lagi bila kena handle banyak perkara. Kerja di rumah, urus anak-anak, menyusukan anak (sambil tu kena pam lagi), memasak, sediakan keperluan anak-anak untuk ke taska keesokan harinya, selesaikan kerja ofis, pam lagi kat ofis dan the list goes on.

Akibatnya, badan mudah jatuh sakit. Demam, selesema, lenguh-lenguh badan dan sebagainya tu dah selalu sangat dah rasa. Bila pam susu, bertambah-tambah rasa letih tu. Tapi disebabkan anak tersayang tetap juga berkeras nak menyusukan anak-anak selama yang boleh. Bila tiba bulan Ramadhan, ehem.. sendiri mau ingat la kan. Tak boleh kalau termiss sahur nanti mudah nak pitam dan rasa letih sangat. Keadaan ni berterusan sehingga mengandung anak yang keempat.

>> Best untuk dibaca: Tips Mengepam & Menyimpan Stok Susu di Bulan Puasa  <<

 

Pengalaman Mengamalkan Vitamin Shaklee Semasa Hamil 

Alhamdulillah, jodoh KakLin kuat dengan Shaklee masa mengandungkan anak ke 4. Masa tu ada seorang kawan sepejabat yang menjual Shaklee. Sebab fikirkan komitmen akan lebih bertambah lepas ni dan mula fikir lebih pasal anak-anak, jadi KakLin nekad untuk menjadi lebih fit dan cuba untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan pada tahap yang sebaiknya. Faham-fahamlah bila anak dah ramai, si ibu selalunya akan lebih berisiko untuk mendapat macam-macam penyakit semasa hamil.

Tiada Lagi Anemia & Keletihan Melampau 

Paling ketara semasa mengandung ni ialah anemia. Anemia ni ialah kekurangan darah dan selalunya akan lead to low HB. Patut la KakLin selalu sangat letih. Sebabnya tak cukup sel-sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Sebab tu ramai yang rasa letih. Kesian kan. Tapi dalam Set Kehamilan Shaklee ni ada 1 vitamin yang boleh membantu kita untuk meningkatkan semula bacaan HB dalam darah. Namanya Vitalea Shaklee.

Contohnya macam Puan Aya ni (video), dia mempunyai masalah HB Low semasa mengandungkan anak no 3. Sebagai ikhtiar beliau mengambil Vitalea Shaklee (pstt, bulan ni ada promosi Vitalea PERCUMA), dan alhamdulillah dengan izinNya bacaan HBnya meningkat dengan cantik selepas beberapa minggu je 🙂

Badan Bertenaga & Emosi Gembira

Okay, sambung balik. Jadi bila dah beli vitamin Shaklee untuk mengandung ni, alhamdulillah, badan dah tak letih. Bukannya tak letih langsung, tapi lebih bertenaga dari sebelum ni. Bila badan rasa sihat, secara tak langsung mood pun lebih stabil dan gembira. Walaupun banyak kerja yang perlu dilangsaikan tapi alhamdulillah rasa cool je.

Tahu tak dalam Set Kehamilan Shaklee ni ada satu vitamin yang boleh mengurangkan stress pada kita. Kalau tak mengandung pun boleh amalkan. Contohnya suami selalu stress ke kan, bolehlah amalkan B Complex Shaklee. B Complex ni dia akan pulihkan saraf yang rosak dan dalam masa yang sama melancarkan peredaran darah. Sebab tu juga ada certain ibu yang amalkan B Complex wajahnya nampak glowing. Kerja B Complex lettew. 😀

Yang best lagi dengan B Complex Shaklee ni sebab dia mengandungi kesemua vitamin B yang diperlukan oleh badan kita dan ada Asid Folik. Ya betul, asid folik sangat penting untuk ibu-ibu yang merancang untuk mengandung.

Satu lagi yang selalu KakLin amalkan semasa pregnant ialah ESP. ESP ni adalah soy protien. Tahu kan, protien ni dia adalah makanan sel. So, sel-sel yang cantik & sihat akan membuatkan seluruh tubuh dapat berfungsi dengan baik.

Dan oh ya, hampir terlupa. ESP sangat bagus untuk ibu yang ada kencing manis semasa mengandung. Sebabnya ESP ni membantu mengawal paras gula dalam darah. Lepas tu, ESP boleh menjadi kudap-kudapan (faham-fahamlah ibu mengandung cepat lapar) juga tau. Bila kita minum ESP ni kita takkan mudah lapar dan kekal bertenaga. Ini adalah kerana ESP mempunyai bacaan indeks glisemik yang rendah. Maksudnya, gula dilepaskan secara perlahan dan lama. Jadi kita sentiasa mendapat tenaga.

Jarang Demam & Selesema

Orang kata, semasa hamil, mudah untuk kita mendapat jangkitan penyakit. Ini adalah kerana imunisasi ibu hamil masa ni sangat lemah. Sebab tu kadang-kadang ibu mengandung tak digalakkan untuk pergi ke tempat-tempat terdedah dengan jangkitan penyakit.

Ahamdulillah, selepas amalkan Set Kehamilan Shaklee KakLin jarang demam & selesema. Sebab dalam Set Kehamilan Shaklee ni ada Vitamin C. Vitamin C Shaklee sangat special tau. Dalam 2 tahun lepas bekalan Vitamin C kat Shaklee habis! Tambah menyedihkan stok takde berbulan-bulan. Bayangkan betapa tingginya demand untuk sebotol Vitamin C Shaklee masa tu. Hebatkan?

So, apa yang menyebabkan sampai begitu sekali?

1- Masa tu ramai yang dapat kesan ketara kat kulit. Kulit menjadi cantik dan ramai yang claim kulit menjadi lebih cerah.
2- Vitamin C Shaklee ni sangat best sebabnya 1 biji tu mengandungi 500mg vitamin c dan ada teknologi pelepasan masa.

Apa tu teknologi pelepasan masa? Maksudnya, vitamin c ni akan ‘melepaskan’ 100mg vitamin c pada setiap jam. Jadi macam Vitamin C Shaklee ni ada 500mg, maka setiap jam badan kita akan mendapat 100mg berterusan selama 5 jam. Best kan?

Oh ya, ada yang ingat lagi banyak kandungan vit c dalam satu tablet tu lagi cepat kesannya. Ketahuilah ya ibu-ibu, vitamin c ni adalah vitamin larut air dan sangat mudah musnah dalam badan. Kalau kita stress pun vitamin c boleh musnah. Jadi kalau contohnya kita mengambil 1 biji vitamin c 1000mg, memanglah tersangat rugi sebab badan takkan dapat menyerap semua vitamin c tu serentak. Badan cuma mengambil jumlah yang diperlukan sahaja dan the rest is history. Semuanya akan keluar semula melalui urin kita.

Badan cuma ambil 100mg. 900mg lagi disingkirkan dari badan.

Melainkan vitamin c tu ada teknologi pelepasan masa (Sustained Release), insyaAllah okay.

Tarik Mengkarung/Kaki Kejang Hilang & Tiada Lagi Sembelit

Satu yang paling KakLin suka semasa hamil dengan Shaklee ni, KakLin dah takde kebas-kebas ataupun kejang kaki semasa tidur malam. Dulu-dulu kalau pregnant selalu diserang tarik mengkarung ni. Siapa yang pernah rasa mesti tahu betapa sakitnya tarik mengkarung tu.

Kalau anda tiba-tiba terkena serangan tarik mengkarung ni, boleh cepat-cepat cari dinding dan ratakan tapak kaki anda kat dinding. InsyaAllah akan hilang.

Tapi KakLin dah tak perlu cari dinding dah malam-malam. Sebab semenjak amalkan Set Kehamilan Shaklee ni.. alhamdulillah, tidur malam sangat lena.  Haa.. ni semua kerja Ostematrix. Bahasa mudahnya Kalsium. Dan bonus pula Ostematrix ni membantu pembuangan lebih lancar. Kalau ada sesiapa yang hadapi sembelit – yes Ostematrix memang sangat-sangat membantu 🙂

>> Best untuk dibaca: Pengalaman Mengamalkan Vitamin Shaklee Semasa Hamil & Berpantang <<

 

 Set Kehamilan Shaklee

Set Mama Hamil & Berpantang (PROMO)

So, dalam gambar ni adalah Set Kehamilan Shaklee yang KakLin sebut-sebut tu. Dalam set ni ada 6 vitamin kesemuanya.

Set ni mengandungi:

1) OmegaGuard – minyak ikan yang sangat penting untuk otak bayi
2) Sustained Release Vitamin C
3) Vitalea
4) Ostematrix
5) B Complex
6) ESP

Setiap satu ni ada kebaikannya yang tersendiri dan kesannya macam yang KakLin cerita kat atas tu.


So, KakLin berapa harga satu set ni?

Untuk kesemua vitamin di atas ni, jumlah total ialah RM627.50

Wow! Mahalnya!

Sebenarnya, vitamin ni tak mahal pun. Malahan anda akan mendapat 4 kelebihan yang lain:

#1 Set Ini Jimat Sehingga Berbulan

1) OmegaGuard – bekalan untuk 3 bulan
2) Sustained Release Vitamin C – bekalan untuk 6 bulan
3) Vitalea – bekalan untuk 4 bulan
4) Ostematrix – bekalan untuk 1 bulan
5) B Complex – bekalan untuk 4 bulan
6) ESP – bekalan untuk 1.5 bulan

#2 Jadi  Ahli & Dapatkan Diskaun RM121.90

Sekiranya anda mendaftar menjadi ahli Shaklee, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM121.90.
Maksudnya anda cuma perlu membayar RM505.60 sahaja!

#3 Shaklee Sebagai Sumber Pendapatan

i) Peluang untuk anda menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan atau sumber pendapatan sampingan sangat luas.

ii) Menikmati semua insentif yang disediakan oleh Shaklee.

iii) Menyertai Program YES

#4 Menjadi Ahli & Dapatkan 1 Vitalea PERCUMA

Sehingga Oktober 2015, anda akan mendapat 1 Vitalea PERCUMA dengan syarat:

– Menjadi ahli
– Membuat pembelian

Bermaksud Vitalea dalam set ni anda tak perlu bayar pun. Percuma je.


Jadi, kesimpulannya, sekiranya anda menjadi ahli & membeli set ini (sehingga Oktober 2015), anda cuma perlu membayar sebanyak RM430.30 sahaja! 😀

Rasanya tak best kalau tak share testimoni dan pengguna Set Kehamilan Shaklee yang hepi kan. So, jom kita lihat apa kata mommies yang dah cuba 🙂

Testimoni Set Kehamilan Shaklee

Testimoni Set Kehamilan Shaklee
Testimoni 1:
Selepas beliau mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, beliau tidak menghadapi masalah seperti kedua-dua pregnancies nya sebelum ni


testimoni set kehamilan shaklee

Testimoni 2:
Dah tak sebelit selepas meminum ESP semasa mengandung


testimoni set mengandung shaklee

Testimoni 3:

Puan Shahida sentiasa aktif dan bertenaga selepas mengambil Set Kehamilan Shaklee


testimoni set hamil terbaik
Testimoni 4:

Beliau tidak berasa sakit badan selepas bersalin & mempunyai tenaga yang sangat banyak semasa push baby.. 🙂


 

testimoni set hamil shaklee

Testimoni 5:

Beliau sangat terasa perbezaan dengan 2 pregnancies sebelum ni.
Kali ini, beliau berasa lebih bertenaga, tidak merasa loya, lebih cergas & kulit cantik tanpa pigmentation.
Bersalin kali ini lebih bertanaga & mudah. Uri cantik, kulit bayi halus & putih merah.


Best kan pengalaman mommies yang pernah mengambil Set Kehamilan Shaklee. Bagaimana dengan anda? Apakah persediaan untuk diri sendiri semasa mengandung? Haa.. set ni bukanlah set yang membazir. Badan kita memang nak pakai lama kan. Kesihatan tu yang paling penting agar sentiasa cergas, bertenaga, happy dan enjoy every single moment sepanjang masa mengandung. Yang penting bila badan kita sihat, insyaAllah akan mempengaruhi semasa proses kelahiran dan semasa proses penyembuhan nanti.

Last sekali, nak share 1 lagi testimoni berbentuk video.

Puan Haridah menghadapi masalah yang sangat teruk semasa mengandungkan anaknya yang ke-4. Walaubagaimanapun, beliau mampu untuk berpuasa penuh 30 hari semasa bulan Ramadhan.

Lebih mengujakan perkembangan motor anak ke-4 beliau lebih cepat dan baik berbanding anak-anak beliau yang sebelumnya. Paling ketara juga kulit anak ke-4 lebih gebu dan putih.

Nak tahu lebih lanjut mengenai amalan pemakanan Puan Haridah semasa mengandung? Klik video di bawah ini.

Satu lagi, untuk Set Kehamilan Shaklee ni nanti boleh terus disambung untuk dimakan semasa berpantang pula. Cuma untuk berpantang, cuma perlu menambah suplemen tambahan yang dirasakan perlu sahaja. Berbaloi kan?

Jadi, jangan lupa untuk ambil peluang ini ya. Sekiranya anda berminat boleh la WhatsApp KakLin laju-laju. InsyaAllah pasti disertai dengan konsultasi dan membantu cara consume yang terbaik untuk kesemua vitamin ni.


>> Anda mahukan DISKAUN untuk pam susu Medela Harmony Sealed ini? Baca & WhatsApp KakLin untuk info lanjut ya <<


sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge