Selamatkah Suntikan Epidural Ke Atas Ibu Bersalin? Mesti Baca.

2
Print Friendly, PDF & Email

epidural ketika bersalin

Lebih daripada separuh wanita yang akan bersalin diberikan suntikan epidural bagi menghalang rasa sakit ketika proses bersalin. Suntikan epidural berfungsi untuk menghilangkan kesakitan apabila saraf yang membawa isyarat kesakitan mengalir melalui ruang epidura ke arah minda bagi menghentikan isyarat-isyarat kesakitan tersebut.

Setiap individu menghadapi kesakitan berbeza-beza. Oleh itu jika anda memilih untuk menerima suntikan epidural, berikut merupakan beberapa jawapan kepada soalan-soalan yang sering dipertanyakan mengenai suntikan ini.

Apakah kesan daripada suntikan epidural terhadap saya dan bayi saya?

– Memanjangkan fasa proses bersalin dengan purata selama 20 minit.

– Meningkatkan suhu badan.

– Menghentikan kesakitan daripada berlaku.

– Bagi bayi pula tiada kesan yang membezakan antara bayi yang dilahirkan normal dengan bayi yang lahir melalui suntikan epidural.

<< Khas Untuk Ibu – Ibu Hamil >>

Adakah ia akan menyakitkan?

– Selepas suntikan diberikan, anda akan terasa kebas kemudian pedih selama 5 saat. Kesan ubatnya pula mula terasa selama 5 minit dan memuncak dalam masa 10 minit. Oleh itu kebiasaannya ia akan mengambil masa selama 15 minit daripada saat anda memulakan prosedur sehingga anda terasa lega daripada kesakitan.

Bagaimana proses suntikan epidural dijalankan?

epidural ketika bersalin

– Larutan pembersihan akan digosokkan pada kulit terlebih dahulu, kemudian anda disuntik dengan ubat kebas dan jarum epidural akan disuntik di bahagian yang kebas. Katerer epidural akan disuntik di bahagian epidural, jarum akan dikeluarkan dan katerer dilekatkan ke bahagian belakang anda. Anda akan berbaring, ubat akan terasa melalui katerer dan akhirnya anda akan disambung kepada pam yang berterusan menggantikan ubat epidural sehingga anda bersalin dengan selamat. 

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya bergerak atau mengalami pengecutan ketika suntikan epidural sedang dijalankan?

– Pengecutan bersalin boleh berlaku paling kerap setiap dua minit. Suntikan epidural tidak akan disuntik ketika berlakunya pengecutan yang pantas seperti ini. Anda akan mengalami beberapa kali pengecutan ketika penerimaan epidural, tetapi tidak perlu dirisaukan kerana proses penerimaan epidural bukanlah suatu proses yang sukar. Wanita yang sering bergerak-gerak ketika prosedur sedang dijalankan akan memperlahankan prosesnya tetapi tetap mampu untuk bertahan diam sepanjang proses ini dijalankan.

Adakah saya akan mampu berjalan ke sana-sini setelah disuntik epidural?

– Kaki akan berasa sedikit lemah dan kekok ketika itu, jadi anda tidak digalakkan untuk berjalan ke sana-sini. Berbaringlah di atas katil sehingga tempoh anda bersalin.

Di hospital bersalin kerajaan, kebiasaannya suntikan epidural akan diberikan kepada ibu yang pertama kali mahu melahirkan. Walaubagaimanapun ia masih lagi tertakhluk kepada pihak hospital itu sendiri. Manakala di hospital swasta, ia berdasarkan permintaan daripada ibu itu sendiri. Namun perlu diingat kos untuk satu suntikan epidural ini agak mahal.

Maka perbincangan antara suami dan isteri sangat penting dan pandangan doktor juga sangat perlu sebelum memilih untuk mendapatkan suntikan epidural ini.

Semoga membantu!

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge