Sabun Ini Bantu Hilangkan Bau Hapak Baju Walaupun 2 Hari Terlupa Nak Sidai. Serius Tau.

0
Print Friendly, PDF & Email

Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

Bismillah.

KakLin tahu mak-mak selalu pening kepala bila kain basuhan berbau hapak kan? Kadang ada yang sampai hampir berputus asa sebab tak tahu lagi cemana nak atasi masalah yang satu ni.

Situasi 1: Bau hapak baju ketika KakLin masih bekerja suatu masa dahulu

Dulu sewaktu KakLin masih berkerja masalah ni adalah salah satu masalah utama KakLin. Balik kerja sumbat semua baju dalam mesin basuh, on suis, masuk sabun, pastu pandai-pandailah mesin tu basuh baju tu sampai habis. Dan KakLin berniat untuk sidai kain tu malam sikit sebelum tidur.

Lepas tu buat kerja lain – masak, mandikan anak, nak solat Maghrib/Isyak, nak basuh botol dan pam susu dan lain-lain. Dah selesai semua tiba-tiba anak bongsu menangis nak tidur dan nak menyusu, maka berbaringlah sebentar dengan niat suci murni akan bangun semula pada pukul 4am sesambil ‘tahajud cinta’ pada yang Maha Esa dan barulah nak sidai kain tu.

Tapi apa yang terjadi? Selalunya Subuh baru terjaga. Siapkan itu ini. Last-last kain tak bersidai.

Duh. Maka wajiblah baju kain kita yang dah basuh semalam tu berbau hapak kan.
*Maka terpaksa sekali lagi on suis mesin basuh tadi..

Situasi 2: Bau hapak baju ketika KakLin sudah menjadi surirumah dan bekerja dari rumah

Ok, bila dah berhenti kerja dengan orang, KakLin dapat atasi masalah yang kat atas tu. Tapi bila perniagaan semakin maju dan anak-anak pun semakin ramai, rupa-rupanya duduk rumah lagi super busy sampai kadang-kadang nak mandi pun tak sempat! (Okay, exaggerate sangat).

Tapi realitinya, yes. Kadang-kadang KakLin memang tak sempat nak sidai kain baju tu. Dan kebiasaannya memang mesin tu berputar dua kali! Duh! *Hantuk kepala kat dinding tau..

Situasi 3: Bau hapak baju sewaktu musim hujan dan kain tidak kering sepenuhnya

Okay, situasi 3 ni memang semua mak-mak tak dapat nak elak kalau musin hujan berlaku. Just imagine kalau anak ramai macam KakLin ni. Sehari tak basuh baju dah menimbun tau. Nak hantar ke kedai dobi layan diri tu boleh je.. Tapi kalau tiap-tiap hari nak hantar tak worth it okay. Mahal dan mencuri masaku yang amat berharga ini.

Kalau rumah bertingkat-tingkat macam KakLin lagilah sadis tau. Sebabnya balkoni itu sangat comel. Jadi kalau basuhan batch sebelum tu tak kering lagi jadi tak muatlah ruang sidaian untuk batch kedua.

Situasi 4: Bau hapak baju sekiranya merendam baju lebih dari sehari

Kadang-kadang kita akan rendam baju yang ada kotoran ala-ala degil tu kan. Yelah, kalau bekerja mana sempat nak sental-sental semua tu. Ada yang busy sampai terlupa rendaman baju nak dekat seminggu! Masa tu kalau kocak rendaman tu baunya masyaAllah.. Sangat menusuk hidung hingga ke kalbu!

Tapi…… Sekarang saya tiada masalah itu lagiiii… *Sambil senyum sampai telinga..

Mahukah cik mak-mak sekalian mengetahui rahsia KakLin sehinggakan tiada lagi bau hapak walaupun terlupa nak sidai kain sehingga 2 hari? Ataupun tiada lagi bau hapak walaupun rendam baju berhari-hari? Ataupun tiada lagi bau hapak walaupun di musim hujan? Mommies mahu tau???

Oh yes.. Cluenya senang je.. gambar atas tu dah tunjuk dah.. *Hehe

Alah takyah susah-susah la teka meh KakLin perkenalkan sekali lagi..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tadaaaaaaaa!! Yaaa.. Inilah dia sabun basuh KakLin yang sangat-sangat-sangat-sangat membantu KakLin menyahkan bau hapak di atas apa situasi sekalipun!

Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

Nama sabun ajaib ini ialah Fresh Laundry Concentrate. Ya nampak tak? Dari namanya saja pun ku dah tahu yang sabun ni memang benar-benar menyegarrrkan basuhan kita tu. Nampak tak tu mommies? 88 loads. Boleh basuh sampai 88 kali basuhan okay (Silakanlah mengikut arahan sukatan yang telah digaris panduankan).

Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

Fresh Laundry Concentrate dalam bentuk serbuk. Sori la.. tak nampak la pula ye. Takpe.. mak-mak sekalian cuba imagine sabun Tr*jan. Haa.. macam tu lah rupa bentuknya..

Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

Walaupun rupa bentuknya sama seperti sabun Tr*jan, tetapi Fresh Laundry Concentrate adalah sangat-sangat selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang membahayakan diri kita ini. Risiko alergik gatal-gatal yang saaaaangat rendah pada kita dan terutamanya kepada anak-anak yang kita sayangi.

Cuba tengok gambar atas tu mak-mak sekalian.. Natural“, “Concentrated”, “Hypoallergenic“, “Biodegradable surfactants“, “No phosphates”, “No chlorine”. Wow sangat kan? Sabun ni tak guna bahan-bahan kimia yag berbahaya dan sangat semulajadi!

Satu eksperimen paling senang nak tahu sabun basuh serbuk kita tu ada banyak chemicals ataupun tidak.. Cuba genggam sabun tu.. Rasa apa? Adakah tiada perasaan ataupun terasa panas kat tapak tangan? Haa.. kalau panas tu mak-mak sekalian, maksudnya ada banyak bahan kimia tau! Sebab tu kan.. kadang-kadang bila kita letak sabun banyak-banyak kat basuhan baju kita, selalunya kain kita tu cepat sangat nampak buruk dan ‘turun warna’. Perasan tak?

Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

Kat belakang kotak Fresh Laundry Concentrate ni tunjuk berapa sukatan yang perlu untuk kita gunakan sewaktu basuh baju. Kalau kita betul-betul ikut insyaAllah Fresh Laundry Concentrate ni mampu membasuh sehingga 88 basuhan! Jimat kan? Dahlah baju bau wangi, segar dan tak hapak, jimat berganda-ganda lagi.

Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

So bagaimana? Adakah mommies rasa mahu merasai kepuasan KakLin menggunakan sabun ini? KakLin jamin 100% mommies pasti akan berpuas hati dengan sabun ini. Selain daripada faedah-faedah seperti yang KakLin tulis dengan panjang lebar tadi, KakLin yakin sangat mommies pula akan mengesyorkan mak-mak yang lain untuk menggunakan sabun ini. (Psstt.. sabun ini antara hot stuff kat Shaklee tau).

Cara hilangkan bau baju hapak

Tidakkan mommies ingin kelihatan seperti mak gojes di atas ini? Cium kain sambil tersenyum sampai telinga. *Haha. Percayalah sabun ini bakal menyenangkan hidup mommies. Selesai satu masalah mak-mak tau.

Oh ya, hampir KakLin terlupa. Sebenarnya, KakLin tidak bercakap kosong mengenai kehebatan sabun basuh ini. Beberapa hari yang lepas, disebabkan KakLin tak tahan sangat teruja pasal baju KakLin yang tetap wangi walaupun terlupa nak sidai hari sebelumnya, KakLin laju-laju update status kat FB tau.. Dan lihatlah betapa ramainya mak-mak yang turut mengakui kehebatan sabun Fresh Laundry Concentrate ini! Mak teruja tauuu..

testimoni Fresh Laundry Concentrate
Dan ini pula apa yang diakui oleh mak-mak lain yang mempunyai masalah sama seperti ketiga-tiga situasi di atas tadi tu.. (Sampai terlupa nak sidai, rendam lebih dari 2 hari!) LOL!

testimoni Fresh Laundry Concentrate
Haaa.. amacam? Mak-mak dalam testimoni ni semua dah menemui ‘penyelamat’ pada masalah mereka. Mommies bagaimana? Masih lagi mahu diselubungi masalah yang tidak berkesudahan ini?

Sebelum tu nak share juga 2 video di bawah ni:

1) Fresh Laundy mudah larut air dan tidak meninggalkan tompok-tompok sabun. Tiada tompok sabun bermakna tiada sisa-sisa sabun yang berkemungkinan akan melekat di kain basuhan anda 🙂

2) Sabun Fresh Laundy mudah larut air dan meresap jauh ke dalam kotoran. Anda boleh lihat air sabun Fresh Laundy lebih hitam & warnanya lebih pekat

Kalau mak-mak sekalian sangat teruja di atas kesemua info dan testimoni yang KakLin berikan di atas.. Dan rasa seperti mahu mencuba.. Ataupun nak bertanya lebih lanjut mengenai Fresh Laundry Concentrate ini, jangan lupa segan silu untuk hubungi KakLin tau.. InsyaAllah KakLin akan berikan servis yang tip top untuk mommies semua!

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge