Resepi Roti Jala & Kari Ayam Yang WAJIB Anda Cuba. Pasti Nak Lagi!

0
Print Friendly

resepi roti jala & kari ayam

Bismillah.

Roti jala ni salah satu makanan ‘pebret’ KakLin. Masa mula-mula kawin KakLin berusaha belajar resepi ni dari mak KakLin sebab roti jala mak KakLin memang yang terbaek setakat ni. (Masakan mak sendiri memang terbaik walaupun telur mata goyang, kicap dan nasi je khennn).

Tak sia-sia KakLin berusaha belajar resepi ni tau sebab roti jala ni adalah salah satu menu yang menjadi kesukaan my other half. Dan satu lagi yang best bila anak-anak hepi giler bila pagi-pagi ada sarapan roti jala atas meja. *Whoa! ~ Kebahagian seorang ibu & isteri mithali terserlah di situ.

Ingat mak-mak, senjata rahsia kita untuk ‘lekatkan’ suami dan anak-anak adalah dengan menguasai perut mereka. *Aumm! LOL!

Baiklah, banyak membebel memang tak guna, mari kita teruskan dengan resepinya.

Oh ya! KakLin nak buat disclaimer sesiap tau.

“Hampir setiap resepi yang KakLin share tidak mempunyai ukuran yang tepat. Sebab kebanyakannya KakLin menggunakan istilah ‘campak-campak-je’ yang selalu disebut oleh mak KakLin ketika kami tanya kandungan resepi – masaklah guna instinct katanya LOL. Jadi anda bertanggungjawab untuk merasa mengikut citarasa masing-masing & semua kelazatan adalah bergantung kepada tahap instict anda!”.

Resepi Roti Jala & Kari Ayam

# Cara Nak Buat Roti Jala

Cara KakLin:

1- Masukkan setengah plastik tepung gandum dalam bekas.
2- Masukkan 1 sudu teh garam.
3- Masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit. (Biasanya orang guna pewarna kuning, tapi KakLin belasah je guna serbuk kunyit LOL)
4- Masukkan air dan gaul semua sekali sehingga sebati (tak terlalu cair dan tak terlalu pekat).
5- Masukkan dalam blender dan masukkan sebiji telur.
* Anda boleh buat 2 adunan sekiranya tak cukup diblend sekaligus.
* Setiap kali blend masukkan sebiji telur ye.
6. Bila kepekatan adunan dah nampak okay (tak terlalu pekat dan tak terlalu cair), ambik penapis air teh dan tapis adunan tadi.
7. Gunakan acuan roti jala dan bolehlah mula menjala di atas kuali 🙂
* Pengalaman KakLin, guna non stick pan adalah yang paling mudah nak guna. Langsung tak melekat dan masak pun cepat.
8. Dan masak, angkat dan terus gulung.
9. Selesai.

* Ni ada resepi best dari dapur kak Azie. Boleh klik kalau nak cuba.

# Cara Nak Buat Kari Ayam

Bahan-Bahan (Untuk Dimakan Bersama Roti Jala):1- Tumis sekali sehingga naik bau:-
– 1 biji bawang merah & 5 biji bawang putih yang dah ditumbuk sehingga lumat (KakLin suka bawang putih lebih)
– Dan 1 bunga lawang & 1 kulit kayu manis (kalau besar sangat pecahkan)2- Setelah tumisan tadi dah naik bau, masukkan:
– 3/4 cawan kari ayam/daging Adabi yang telah ditambah sedikit air dan jadikan pes
– Masak sehingga pecah minyak3- Masukkan:
– 4 paha ayam/5 kepak ayam
– Dan 2 biji kentang (yang telah dipotong-potong kecil)
– Masukkan 500ml air
– Sebatikan dan tunggu sehingga menggelegak

4- Masukkan:
– Sedikit air asam jawa (jangan banyak nanti masam)
– 2 lada hijau dipotong 2 (wajib ni tau sebab dia membangkitkan aroma, ewah!)
– Biarkan menggelegak lagi sehingga kuah nampak sedikit pekat

5- Lastly, masukkan:
– 1/2 cawan santan
– Perasakan dengan gula, garam dan secukup rasa
– Sebatikan sehingga masak sempurna

*Voila!

Roti Jala ni memang sangat sesuai dijadikan sarapan pagi, minum petang, piknik, menjamu tetamu etc. Dan lagi satu resepi roti jala KakLin tu tetap menten lembut dan tetap sedap walaupun sampai ke petang.

Selamat mengikat perut suami dan anak kawan-kawan. Sehingga kita ketemu lagi di dalam tips mengunci hati keluarga di episod yang seterusnya.

😆

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge