Resepi ‘Homemade Playdoh’ Yang Murah, Mudah dan Selamat

8
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

resepi homemade playdoh yang mudah, murah dan senang

Alhamdulillah malam ni berkesempatan nak tulis secara detail cara nak buat homemade playdoh ni kat blog. Sebelum tulis entri ni KakLin dah upload gambar kat album playdoh ni dalam Facebook. Ramai dah yang dapat manfaatnya. Beribu-ribu lemon dah orang share. Jangan lupa buat okay 😀

Okay, untuk playdoh buatan sendiri ni, seperti biasa KakLin dah gugel banyak blog sebelum memilih resepi yang terbaik. Pilih punya pilih dan baca punya baca.. alhamdulillah resepi ni rasanya yang terbaik setakat ni.

Tanpa buang masa jom kita teruskan ye..

Bahan-bahan:
(Untuk 1 bahagian – 1 warna)

1 cup tepung
1 cup air
2 sudu besar cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1/4 cup garam
Sedikit pewarna pilihan (KakLin prefer warna terang untuk merangsang mata anak-anak)

Okay part sukatan ni kan, ramai yang tanya cup tu sukatannya cemana?
– Kalau nak senang boleh beli Sudu Sukatan yang mudah dibeli dari pembekal bahan bakery. Contoh sudu sukatan KakLin macam kat bawah ni. Colorful gojes sangat terus semangat nak buat playdoh *haha

sukatan sudu untuk buat kek dan kuih

sudu sukatan bahan kek guna cup

Dan satu lagi ramai yang tanya Krim Tartar tu macam krim ke KakLin?
– Krim Tartar ni bukanlah sejenis krim tapi dalam bentuk serbuk. Biasalah kita ni kalau bukan jenis baking kita pun tak tau apabenda lah tartar ni kan. Senang je nak jumpa ni, boleh cari kat bahagian bahan-bahan buat kek kat mana-mana supermarket. InsyaAllah akan jumpa. Rujuk gambar bawah ni (*mohon pinjam gambar ye Google)

krim tartar
Jadi itu untuk bahan-bahan.

Okay now kita tengok pula cemana nak buat playdoh ni.

Cara Buat:

1- Satukan semua dalam kuali non-stick (yes – sangat recommended guna non-stick pan sebab nanti dia akan mudah tanggal)

2- Gaul sehingga nampak smooth dan sebati (Jangan pasang api lagi masa ni)

3- Mula masak dengan api sederhana. Gaul sehingga doh menjadi pekat dan melekat-lekat

4- Alihkan ke atas papan uli (tunggu sekejap bagi sejuk sikit)

5- Uli sampai nampak smooth dan halus. Siap! 🙂

cara buat playdoh
Nampak senang je kan. Tapi berpeluh juga nak buat ni. *haha

Masa buat ni semangatnya luar biasa sebab anak-anak suka sangat. Maka, terhasillah 5 warna-warna menarik untuk anak-anak Syurga bermain dengan gembira 🙂

resepi playdoh buatan sendiri

resepi playdoh buatan sendiri

playdoh01

Cara Penyimpanan (Supaya Tahan Lama, Lembut & Elak Berkulat)

playdoh2 resepi playdoh buatan sendiri

Playdoh ni untuk bagi dia kekal cun senang je caranya. Masukkan dalam ziplock dan simpan dalam peti ais. Alhamdulillah setakat artikel ni ditulis (dah masuk 1 bulan) playdoh masih lagi okay tahan dan lembut 🙂

Garam, Krim Tartar & Masak Doh

Sebenarnya ada banyak resepi di luar sana yang kita boleh cuba. Ada yang menggunakan sedikit garam, ada yang tak guna krim tartar, dan ada yang tak perlu masak.

Hasil daripada pembacaan dan pengalaman, KakLin boleh simpulkan macam ni:

— Garam akan bertindak sebagai preservatives, ‘membunuh kuman’, dan juga mengelakkan anak-anak makan doh tu sebab rasanya sangatttt masin! (ya, walaupun doh ni terdiri daripada bahan-bahan yang kita boleh makan but still janganlah bagi anak makan)

— Krim tartar – ‘mengikat’ playdoh dan menyebabkan dia sentiasa lembut dan tak mudah lerai

— Masak – playdoh tahan lama & lebih lembut 🙂

5.0 from 1 reviews
Resepi 'Homemade Playdoh' Yang Murah, Mudah dan Selamat
 
Author:
Ingredients
  • 1 Cup Tepung Gandum
  • 1 Cup Air
  • 2 Sudu Besar Krim Tartar
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • ¼ Cawan Garam
  • Sedikit Pewarna
Instructions
  1. - Satukan semua dalam kuali non-stick (yes - sangat recommended guna non-stick pan sebab nanti dia akan mudah tanggal)
  2. - Gaul sehingga nampak smooth dan sebati
  3. - Mula masak dengan api sederhana. Gaul sehingga doh menjadi pekat dan melekat-lekat
  4. - Alihkan ke atas papan uli (tunggu sekejap bagi sejuk sikit)
  5. - Uli sampai nampak smooth dan halus. Siap! 🙂
 

Jadi ini sahaja perkongsian KakLin kali ni. Semoga dapat membuat playdoh yang lembut gebu untuk anak-anak Syurga kat rumah tu ye.

 

 

Kalau jadi buat playdoh tu, just drop me a comment kat bawah ni.

Xoxo,
sweetbonda


 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion8 Comments

Leave A Reply

Rate this recipe:  

CommentLuv badge