Resepi ‘Homemade Giant Bubbles’ Yang Mudah Untuk Dicuba

11
Print Friendly, PDF & Email

buat giant bubble sendiri

Tak dinafikan bermain giant bubbles sangat menyeronokkan. Bukan kanak-kanak je suka tau, orang dewasa pun suka. Tapi kalau nak beli yang bancuh siap tu, harganya agak mahal berbanding kita buat sendiri. Stick dia pun kena sewa ikut saiz. Lepas tu bila dah main rasa macam addicted pula. Tuddiiaaa.. asyik top up je memang kempis la poket *haha

Jadi kali ni mari kita belajar resepi homemade giant bubbles ni. Sangat mudah nak buat dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Resepi homemade giant bubbles ni saya follow resepi dari DesignDazzle. Sebenarnya ada banyak resepi homemade giant bubbles ni, tapi yang ini pilihan saya.

Okay, marilah kita mulakan.

Resepi Homemade Giant Bubbles (Design Dazzle)

Bahan-bahan:

resepi giant bubble

1) 12 cawan air

2) 1 cawan Joy – yang biru lebih better
(Mengikut idea asal, Joy adalah antara pencuci pinggan yang sangat recommended untuk digunakan. Mungkin kerana bahan aktif yang ada dalam Joy ni – wallahua’lam)

3) 1 cawan tepung jagung

4) 2 sudu besar tepung penaik (baking powder)

5) 3 botol glycerin (botol kecik yang ada tanda harga tu) + 1 cawan air panas
* glycerin beli kat kedai bakeri

Cara nak buat:

resepi giant bubble

1- Campurkan kesemua dalam bekas/baldi/ikut apa-apa je yang bersesuaian

2- Biarkan untuk 1 jam (min)

Tip:

* Untuk bancuhan ni, agak cloudy sikit disebabkan tepung jagung ni, jangan risau, anda boleh kacau untuk sekatakan semula bancuhan ni. Selepas hari pertama insyaAllah bancuhan ni akan semakin clear
* Lebih lama anda ‘perap’ air bancuhan ni lagi power ia akan bertahan
* Semasa membancuh pastikan anda membancuh dengan perlahan untuk mengelakkan bancuhan ni menghasilkan buih yang banyak. Buih akan menyebabkan bubble ni mudah pecah

Walaubagaimanapun, resepi ni agak pricey sikit. Tapi still murah berbanding beli yang siap bancuh tu. Tapi being me akan selalu nak cari yang lebih ekonomi untuk poket sendiri *hehe

Alhamdulillah, last-last dapat juga 1 resepi yang mudah & murah. Dah pernah cuba buat dan memang menjadi juga. So, berikut adalah resepi yang kedua buatan diri sendiri 🙂

Resepi Homemade Giant Bubbles (SweetBonda Stories)

Bahan-bahan:

resepi giant bubble

1) 8 cawan air

2) 2 cawan sabun cuci Glo

3) 2 cawan tepung ubi + 4 cawan air

Cara nak buat:

1- Gaulkan 2 cawan tepung ubi + 4 cawan air suam dan gaul sebati

2- Dalam bekas lain, campurkan 8 cawan air + 2 cawan sabun Glo

3- Kemudian masukkan bancuhan tepung ubi tadi ke dalam bancuhan sabun

4- Gaul sebati dengan perlahan & rehatkan minimum 1 jam

Cara Nak Buat Bubble Stick

Bahan-bahan:

cara nak buat bubble stick

1- Chopsticks atau apa-apa je yang dirasakan bersesuaian
(ada orang guna hanger/ ranting/straw – jangan tanya cemana nak buat sebab tak pernah buat lagi :D)

2- Cotton String

3- Binder/Washer/Pemberat
(Saya guna binder je sebab tak jumpa washer. Gambar washer sila gugel :D)

Cara nak buat:

cara nak buat bubble stick

1- Bayangkan string ni diikat dihujung chopstick, bentuk 3 segi.

2- Ukuran string untuk a dan c lebih panjang dari a

(Maaf yang dalam gambar ni macam sama panjang je semua)

3- Jangan lupa masukkan binder atau washer di string ab

Tip:

1- Chopstick ni beli kat Mr. DIY. Ada banyak saiz. Saya beli different sizes (ikut umur anak-anak). Harga murah-murah je

2- String cotton ni kadang-kadang dia boleh ‘terlilit’. Jadi, kalau ada jumpa string lain yang lebih bersesuaian bolehlah guna

3- Binder tu bertujuan sebagai pemberat. Semasa nak masukkan stick ke dalam bancuhan tu binder ni agak membantu supaya senang nak masukkan dalam bekas bancuhan tu. Tapi kalau takmau guna pun takpe je.. tapi lebih afdhol kalau guna.. Mudah nak main 😀

Jangan lupa sertai Facebook kami!

 

 

Semoga bermanfaat! 😀

Xoxo,
sweetbonda

 

 

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion11 Comments

  1. Memng terbaik. Mudah n jimat kos ..sya ingin cuba buat..xmencuba mane tahu betol ke tidak.
    #resepi yg x masuk akal ni biasa nya memng terbaik

  2. Salam, saya dah cuba resepi no 2 tu, tapi macam taknjadi. Ehehe. Saya dah buat. Saya punya campuran tu ada mendapan tepung dekat bawah. Betul ke cara saya buat tu? Atau masa campur tepung ubi kayu dengan air, kena guna air panas betul supaya tepung tu tak jadi mendapan?

Leave A Reply

CommentLuv badge