Resepi Bubur Ayam Berminyak Bijan – Sesuai Untuk Anak Setahun Dan Ke Atas

0
Print Friendly

Bismillah.

Okay hari ni KakLin nak share resepi bubur ayam. Penyediannya simple sangat tau. Kiranya kalau hari tu KakLin busy, maka menu ini adalah pilihan yang paling sesuai sekali. Sekali masuk dalam periuk. 😀

Tapi walau nampak simple dan mudah nak buat, hasilnya sangat mabeles tahu. Pastikan semua bahan-bahan segar supaya hasilnya pun tak mengecewakan.

Bubur Ayam

Resepi ni juga sangat sesuai untuk anak yang dah berumur 1 tahun ke dan ke atas. Cuma tak perlu masukkan daun sup dan bawang goreng tu. Dan boleh letak lobak merah untuk lebih sedap.

Kalau ada orang dalam rumah ni tak sihat pun inilah menu pilihan KakLin. Dan setiap kali hidang bubur ni, paling penting minyak bijan tu mesti ada tau. Sebab baunya sangat menyelerakan. Sebab tu nama resepi ni Bubur Ayam Berminyak Bijan. *Kick sangat! 😛

bubur ayam sedap
Untuk sukatan resepi yang KakLin bagi ni sebenarnya cukup untuk 10 orang makan. Kalau tak nak banyak sangat bolehlah kurangkan bahan-bahannya.

bubur ayam mudah dan ringkas

Okay, jadi  ni bahan-bahannya ya. Kalau nak print boleh terus klik PRINT tu. Tapi kalau nak kopipes simpan untuk rujukan masa depan klik je butang SAVE. ‘Very the simple’ kan.

Selamat mencuba!

Bubur Ayam Berminyak Bijan
 
Prep time
Cook time
Total time
 
Resepi ini sangat mudah disediakan. Sangat sesuai untuk anak yang berusia setahun dan ke atas. Boleh juga disediakan untuk anak-anak yang demam ataupun tak sihat.
Author:
Recipe type: Bubur
Serves: 10
Ingredients
  • 3 put beras
  • 4 liter air
  • 4-5 keping dada ayam (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris memanjang)
  • Sedikit daun sup
  • Bawang goreng
  • Minyak bijan
  • Garam
Instructions
  1. Basuh beras sehingga bersih
  2. Masukkan air
  3. Masukkan isi ayam, bawang putih & halia
  4. Masukkan garam (secukup rasa)
  5. Masak sehingga bubur kelihatan pecah (Jaga api dan sentiasa kacau supaya tak hangit)
  6. Setelah masak, letak di dalam mangkuk, hiaskan dengan sedikit daun sup, bawang goreng dan sedikit minyak bijan
  7. Sedia untuk dimakan

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

Rate this recipe:  

CommentLuv badge