Perkara Yang Sering Ditanya Ketika Hamil [Bahagian 1]

0
Print Friendly, PDF & Email

 

alahan di awal kehamilan 2

Bagi wanita yang hamil kali pertama, pasti ada banyak persoalan yang berlegar di fikiran. Pengalaman kali pertama pasti mengujakan dan banyak perkara baru yang bakal dihadapi.

Berikut adalah beberapa persoalan yang sering kali ditanya oleh bakal ibu.

#1 Bagaimana saya nak mengatasi masalah kerap muntah di awal kehamilan?

– Hampir 70% wanita yang hamil akan menghadapi masalah ini. Walaubagaimanapun, alahan ini akan berkurangan mulai minggu ke-12.
– Pada waktu ini ramai yang tidak lalu makan dan ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan kerana anda akan kehilangan tenaga dan perut akan dimasuki angin.
– Untuk mengelakkan masalah ini berlarutan, anda sepatutnya mengambil makanan dengan kerap (kuantiti yang sedikit). Pastikan perut tidak kosong dan kurangkan makanan yang pedas dan terlalu masin.
– Sebagai alternatif, anda boleh amalkan makanan yang berasaskan halia kerana ianya terbukti efektif mengurangkan masalah muntah dan mual-mual.

#2 Perlukah saya “makan untuk dua orang?”

– Apabila anda mula hamil, pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat. Ini tidak bermakna anda perlu makan dua kali ganda berbanding semasa belum berbadan dua.
– Apa yang penting ialah kualiti bukan kuantiti. Ibu hamil perlu makan makanan yang berkhasiat supaya bayi dapat membesar dengan sihat dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan sebagainya.

#3 Berapa jumlah kalori yang saya perlukan?

– Trimester 1 dan 2: Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 1800 – 2200 kalori setiap hari.
– Trimester 3: 3 bulan terakhir anda perlukan purata 2400 kalori setiap hari.

#4 Adakah makanan tambahan dan vitamin perlu?

– Ya sangat perlu. Apabila kita mengandung, anak dalam kandungan juga memerlukan vitamin dan zat yang secukupnya untuk membesar dengan baik.
– Sekiranya anda tidak mengambil makanan tambahan yang sepatutnya, bayi anda akan mula ‘mencuri simpanan vitamin’ yang terdapat dalam badan anda.
– Sekiranya anda ke klinik kesihatan untuk membuat pemeriksaan bulanan, anda pasti akan diberikan makanan tambahan dan vitamin oleh doktor. Walaubagaimanapun, pastikan vitamin yang anda makan bukanlah sintetik ataupun tiruan.

⇒ Ramai Ibu Hamil Yang Mengambil Vitamin Ini ⇐

#5 Benarkah pengambilan vitamin semasa hamil boleh memberi kesan kepada bayi?

bayi besar

– Ramai orang-orang tua yang tidak menggalakkan pengambilan vitamin semasa mengandung kerana dikhuatiri bayi akan bersaiz besar di dalam kandungan.
– Ini adalah tidak benar sama sekali. Pengambilan vitamin adalah sangat penting kerana ia akan membantu bayi untuk membesar dengan sempurna dan sihat.
– Ia juga membantu mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin berlaku sewaktu hamil, semasa dan selepas bersalin.

#6 Apakah jenis makanan yang berisiko tinggi?

– Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan sepanjang kehamilan.
– Keju lembut yang dihasilkan daripada susu kambing atau kambing biri-biri. Walaubagaimanapun keju keras masih boleh dimakan
– Makanan mentah atau tidak masak sepenuhnya
– Susu yang tidak dipasteur terlebih dahulu

#7 Bolehkah saya memakan hati?

– Ibu hamil memang sangat tidak digalakkan memakan hati. Ini adalah kerana ia mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi.
– Pengambilan Vitamin A yang banyak boleh memudaratkan bayi yang dikandung.

Bersambung di artikel yang seterusnya (Bahagian 2).

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge