Penjagaan Selepas Bersalin Buat Si Ibu Ceaserean

1
Print Friendly, PDF & Email

Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda ambil berat selepas menjalani pembedahan Ceaserean.

Pemakanan Selepas Ceaserean

1. Pemakanan seimbang. Anda perlu mengambil makanan berkhasiat dan mengutamakan serat seperti roti gandum penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi. Ini bertujuan untuk mengelakkan sembelit dan memudahkan proses pembuangan air besar sekaligus mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan.

2. Selain daripada makanan, anda juga perlu mendapatkan air yang mencukupi. Kuantitinya bergantung kepada keperluan anda sendiri.

3. Luka jahitan perlu dijaga agar sentiasa kering terutamanya dalam beberapa hari yang pertama. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mencuci luka berkenaan. Jika luka didapati berair, bengkak, bernanah, kelihatan merah, dapatkan ansihat doktor dengan segera. Selepas beberapa hari, anda bolehlah membasahkan luka setiap kali mandi tetapi harus diingat bahagian tersebut perlu dikeringkan dengan baik bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh memberi kesan buruk kepada proses pemulihan jahitan.

4. Senaman tidak digalakkan pada minggu-minggu awal selepas pembedahan Ceaserean terutamanya di bahagian luka. Ini dikhuatiri akan memberi kesan trauma kepada bahagian tersebut. Selepas tempoh enam minggu, barulah anda dibenarkan untuk melakukan beberapa jenis senaman ringan secara berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun, kerja ataupun senaman ringan di bahagian anggota badan lain dibolehkan.

suplemen semasa berpantang

5. Jangan lupa untuk amalkan pengambilan suplemen yang dibekalkan doktor ataupun suplemen yang ada di pasaran. Pastikan anda mengambil suplemen seperti B Complex, Zinc, Vitamin C dan Multivitamin untuk membantu anda supaya dapat sembuh dengan cepat dan mengembalikan kesegaran badan anda.

Proses Pemulihan Bagi Pembedahan Ceaserean

kelahiran ceaserean

Penjagaan bagi anda yang menjalani proses kelahiran secara Ceaserean, tidak sama dengan mereka yang bersalin normal. Kebanyakan daripada anda akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Sehubungan itu, ada  yang berpendapat proses pemulihan memakan masa sehingga enam bulan lamanya.

Hari Pertama

Ketika ini anda masih berada di hospital dan dalam pemerhatian doktor dan jururawat. Anda akan berasa sengal dan lenguh disebabkan terlalu lama berbaring. Antara lain, anda juga akan rasa pedih dan perit di bahagian perut kerana tidak banyak bergerak, batuk atau bersin.

Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk membuat senaman ringan dengan menggerakkan hujung kaki dan pergelangan kaki untuk melancarkan darah di bahagian bawah badan. Anda perlu mengelak daripada bangun atau duduk dengan sendiri. Sebaik-baiknya minta bantuan daripada mereka yang berada berhampiran anda.

Pada hari ini, anda dibenarkan untuk membersihkan diri tetapi pastikan anda ditemani sebab kesan bius pembedahan akan membuatkan anda terhoyong-hayang dan tidak mampu berdiri lama.

Hari Kedua

Anda sudah boleh berjalan perlahan-lahan. Namun, jangan terlalu banyak bergerak mahupun mengangkat barang yang melebihi daripada berat badan bayi.

Minggu Pertama

Ketika berjalan, pastikan badan anda menegak. Sama seperti di awal minggu kelahiran, anda tidak digalakkan untuk terlalu banyak bergerak walaupun anda tidak berasa sakit.

Anda perlu membersihkan luka mengikut arahan doktor dengan menggunakan ubat yang dibekalkan. Perlu diingat bahagian luka jahitan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tiada lembapan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Minggu Kedua dan Ketiga

senaman selepas bersalin

Pada minggu ini anda sudah boleh melakukan senaman ringan bahagian abdomen. Amalkan senaman Kegel selain daripada melakukan senaman untuk mengencangkan otot lengan dan dada. Senaman ini dapat dilakukan dengan berdiri dan membuka kaki selebar bahu. Pautkan kedua-dua belah tangan pada siku dan angkat sama paras bahu. Tarik tangan sambil berpaut pada siku supata otot dada dan tangan meregang.

Minggu Keempat dan Kelima

Bataskan pergerakan dan amalkan pemakanan seimbang untuk mengembalikan sepenuhnya tenaga yang hilang. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil kafein.

Minggu Keenam dan Seterusnya

Teruskan amalan seharian dengan tetap melakukan senaman ringkas yang dapat membantu anda kekal cergas. Dalam pada itu, dengan cara sedemikian, anda dapat mengembalikan bentuk tubuh sebelum ini.

Semoga membantu!

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion1 Comment

  1. Pingback: Sentuhan 1 Jam Pertama Selepas Lahirkan Bayi Sangat Penting. #1 Ramai Yang Ibu Bapa Tak Tahu. | SweetBonda Stories - Enjoying Motherhood

Leave A Reply

CommentLuv badge