Nak Beli Kerusi Makan Untuk Bayi Anda? Pertimbangkan Ciri-Ciri Ini Sebelum Beli.

2
Print Friendly, PDF & Email

kerusi makan bayi

Apabila anak sudah mula makan makanan pejal, pasti ibu dan ayah berasa teruja untuk membelikan kerusi makan untuk si manja kan?

Kami kongsikan sedikit panduan untuk anda pertimbangkan sebelum membeli mana-mana kerusi bayi yang banyak di pasaran sekarang ini. Cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda dan pasangan.

tips memilih kerusi makan bayi

#1 Bila waktu yang sesuai untuk beli kerusi makan?

Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya cuma akan diperkenalkan dengan makanan pejal apabila dia sudah mencapai umur 6 bulan dan ke atas. Pada masa ini, dia sudah boleh duduk dan menegakkan kepalanya serta menelan dengan baik. Maka waktu inilah masa yang sesuai untuk ibu dan ayah membelikan kerusi makan untuk si comel anda.

#2 Adakah kerusi makan ini selamat?

Sentiasa pastikan ciri-ciri keselamatan yang ada di kerusi makan tersebut. Jangan terpesona dengan mainan ataupun rekabentuk yang comel sahaja. Pastikan ia mempunyai tali pinggang supaya kita boleh mengawal pergerakkan si manja yang tengah aktif membesar. Pendek kata, anda mesti utamakan ciri-ciri keselamatan terlebih dahulu. Safety come first.

#3 Adakah ia stabil?

Kestabilan kerusi ini untuk berdiri adalah salah satu faktor yang sangat penting. Cuba uji kestabilan kerusi makan pilihan anda adakah ia boleh bertahan sekiranya si kecil anda menggerakkan badannya.

#4 Adakah ia mudah laras dan mudah mengubah suai ketinggiannya?

Kerusi makan yang mudah laras adalah pilihan yang terbaik sekiranya anda merancang untuk menggunakannya untuk jangka masa panjang. Periksa sekiranya kerusi pilihan anda senang untuk diubah ketinggiannya.

#5 Adakah kerusi bayi ini senang untuk dibersihkan?

Perhatikan material yang digunakan. Adakah tempat duduknya dibuat daripada plastik ataupun mempunyai alas/sarung daripada jenis kain. Lihat juga dulang kerusi nayi. Adakah ianya mudah untuk dibuka dan dibersihkan.

tips memiih kerusi makan bayi

Kesemua faktor ini haruslah diambil kira supaya pembelian kita berbaloi dan tidak menyesal di kemudian hari. Mungkin ada sesetengah kerusi makan bayi yang agak cantik dan comel tetapi tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Maka di sinilah terletak kebijaksanaan kita untuk mencari kerusi makan yang terbaik untuk si manja kita. Yang penting anak anda juga gembira dengan masa makan mereka.

Semoga bermanfaat!

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge