Mudahnya Menjadi Ahli Shaklee. Ini Cara-Caranya.

0
Print Friendly

Bismillah.

Zaman sekarang ni, hampir semua orang berusaha mencari sumber pendapatan tambahan. Tak kisahlah bisnes secara part time, bisnes online, menjual barang orang lain melalui sistem dropship dan sebagainya. Keklin pun tidak terkecuali.

Jadi, di entri ini, Keklin nak kongsikan bagaimana nak menjadi ahli Shaklee. Keklin ceritakan satu-persatu langkah-langkah mudah menjadi ahli Shaklee ini supaya anda mudah nak faham.

Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Pertama sekali, untuk anda memulakan bisnes Shaklee, anda haruslah mendaftar sebagai ahli Shaklee terlebih dahulu. Ada 2 cara untuk mendaftar sebagai ahli Sahklee ni.

  1. Membayar RM68.90 dan mendapat sebuah member kit (tidak termasuk kos pos)
  2. Mendapat keahlian PERCUMA dengan pembelian produk Shaklee sebanyak RM700 dan ke atas

Pilihan terletak di tangan anda. Tetapi kebanyakan anak buah Keklin yang mahu memulakan bisnes Shaklee, mereka memilih cara keahlian yang kedua. Cara yang paling common mereka buat ialah, mengumpul order daripada kawan-kawan sehingga mencapai jumlah belian RM690 dan kemudian mereka terus mendaftar sebagai ahli. Brilliant!

Saya Dah Daftar, Apa Yang Saya Akan Dapat?

Tahniah! Sekarang anda sudah pun menjadi ahli Shaklee. Anda berpotensi untuk mendapatkan segala tawaran yang ada di dalam Shaklee. Jadi, ini yang anda akan dapat;

1. Anda akan mendapat member kit.

Di dalam member kit ini ada beberapa buah buku dan material yang sangat berguna sebagai pengenalan kepada bisnes Shaklee.

2. Anda akan mendapat 1 akaun peribadi Shaklee di www.shaklee2u.com.my

Melalui akaun ini, anda boleh mengakses bila-bila masa untuk membuat segala urusan Shaklee. Antaranya, untuk membuat order, untuk menyemak bonus bulanan, untuk mendapatkan info dan bahan-bahan bacaan penting daripada Shaklee, untuk mendaftarkan ahli baru dan sebagainya. Dan ya, anda boleh menyemak bila-bila masa semudah melalui telefon bimbit anda sahaja. Yang penting ada internet. Mudah kan?

3. Anda akan dimasukkan ke dalam group support bisnes Shaklee

Group support ini akan memberikan anda pelbagai info yang berguna mengenai produk dan juga cara marketing. Contohnya, ada banyak poster-poster yang anda boleh guna untuk mengiklankan bisnes Shaklee anda. Selain itu, di dalam group support ini kita juga akan membuat pelbagai kelas online & offline. Jadi, tiada alasan untuk anda ketinggalan ilmu dan info kerana ia kelas atas talian boleh diakses dan disertai bila-bila masa sahaja. Untuk group support ini, kita bukan hanya ada 1 atau 2 group, kita akan mendapat bimbingan daripada uplines kita. Ada ramai yang sudah berjaya. Kita cuma perlu duplikasi sahaja.

Baiklah, Saya Berminat Untuk Menjadi Ahli. Seterusnya, Apa Yang Saya Perlu Lakukan?

Senang sahaja, anda cuma perlu hubungi Keklin melalui WhatsApp di nombor 014 338 6810.

1) Sekiranya anda mahu menjadi ahli Shaklee tanpa membeli apa-apa produk, hantarkan WhatsApp “Ahli01”

2) Sekiranya anda mahu menjadi ahli Shaklee dan produk, hantarkan WhatsApp “Ahli02”

3) Sekiranya anda mahu menjadi ahli Shaklee secara percuma dengan pembelian RM690 dan ke atas, hantarkan WhatsApp “Ahli03”

Keklin akan menjawab WhatsApp anda dan akan guide anda untuk langkah-langkah seterusnya.
Simple!

Baca juga –> 9 Keistimewaan Yang Anda Dapat Sekiranya Menyertai Shaklee di Bawah Bimbingan Keklin

Semoga membantu!

 

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge