5 Sebab Mengapa Perlu Tunggu Bayi 6 Bulan Baru Boleh Diberi Makanan Pejal

0
Print Friendly, PDF & Email

makanan pejal untuk anak

Isu nak bagi bayi makanan pejal ataupun solid food pada bayi ni dah lama. Ada yang kata 4 bulan pun dah boleh makan. Ada yang kata 6 bulan sebaik-baiknya. Dan paling mengejutkan, bayi yang baru beberapa hari lahir pun sanggup diberi bijiran sebab nangis tak henti-henti!

Alhamdulillah, by time goes by, ilmu penyusuan susu ibu semakin berkembang. Mostly ibu-ibu baru pun ramai yang dah celik ilmu ini. Sad but true, masih ada lagi yang berkeras untuk berikan makanan pejal walaupun bayi tak bersedia lagi (helo.. baby berliur tengok kita makan tu tak semestinya dia dah bersedia 100% tau.. emosi jangan lebih please :D).

Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak. Jadi, sebagai ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab, apa kata kita banyakkan membaca, bertanya pada doktor (yang pro-bf), kaunselor laktasi, kawan-kawan yang ‘gila susu ibu’ dan sebagainya. Atau senang — google je.. 😀

Sekarang baca ni, so bila mak atau mertua atau babysitter suruh bagi makan, kita ada jawapan terbaik untuk diberikan pada mereka (kadang bukannya dorang ni nak paksa ke apa ke.. tapi sebab dorang sangat sayang pada anak kita.. dan dorang takde ilmu sangat mengenai hal-hal ni.. lebih-lebih lagi dorang tengok anak yang disumbat bijiran berpuluh tahun yang lepas sihat walafiat pula depan mata kan.. so, jangan sedih-sedih – silakan berlapang dada.. cool je! 😀)

1- Kurang Risiko Mendapat Penyakit

Bayi yang cuma diberikan susu ibu akan kurang mendapat jangkitan penyakit. Sebab dalam susu ibu itu sendiri ada bermacam-macam khasiat dan immune factor yang memberikan 101 kebaikan untuk bayi.

Kalau kita lihat beza baby yang diberikan sepenuhnya susu ibu (breastmilk – BM) dengan yang mix dengan formula milk (FM) memang sangat ketara.

Baby yang menyusu BM sepenuhnya akan kurang mendapat jangkitan telinga, alergik kulit, ruam gatal, sudden infant death sydrome (SIDS) ataupun dikenali sebagai sindrom mati mengejut dan sebagainya.

Kalaupun kene ruam atau alergik tu sebab mama dia gatai pi makan makanan pelik-pelik.. so cubit mama dia! 😛

2- Sistem Penghadaman Bayi Lebih Matang

Kalau kita beri makanan pejal pada bayi bawah 6 bulan, makanan tu akan melalui proses pencernaan yang tidak sempurna. Kenapa? Sebab pada umur ni sistem penghadaman bayi masih belum matang sepenuhnya. So ia akan menyebabkan baby sakit perut, sembelit, kembung perut dan sebagainya.

sistem pencernaan bayi matang
Untuk info juga, pada masa ni usus baby masih lagi ‘terbuka’. Ini sebenarnya sebab nak memudahkan penyerapan kesemua antibodi dari susu ibu ke dalam aliran darah bayi. Tapi Allah memang hebat. Susu ibu sangat halus dan ada enzim untuk pencernaan yang sempurna jadi takde masalah. Tapi, a big NO-NO untuk makanan pejal sebab sifatnya yang lebih ‘kasar’ dan tak dapat dicerna dengan baik (usus belum matang). Benda ni la nanti yang akan menyebabkan baby mendapat alergik dan sebagainya.

Bila baby dah masuk 6 bulan, insyaAllah usus baby akan ‘tertutup’ sepenuhnya dan pada masa ni insyaAllah baby akan mula menghasilkan antibodinya sendiri.

3- Kurang Risiko Obesiti

kanak-kanak obesiti

Apabila kita memberikan makanan terlalu awal pada baby, risiko sistem pencernaan mereka rosak akan meningkat. Jadi ini akan menyebabkan sistem pencernaan baby tak dapat berfungsi dengan baik. Jadi mereka akan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat obesiti.

Sebab tu kalau boleh cuba berikan makanan pejal ‘selambat’ yang boleh.

4- Ibu Dapat Kekalkan ‘Supply’ Susu Ibu

Ingat tak rules penting dalam mengekalkan supply susu ibu yang meriah buat anak? Ya. Supply and demand.

Ibu yang selalu berikan susu pada bayinya secara direct akan sentiasa dapat kekalkan supply susu ibunya. Sentuhan kulit ke kulit sangat penting dan hisapan bayi dapat memberikan signal pada otak ibu bahawa susu ibu masih diperlukan lagi.

Bayangkan kalau anda berikan makanan pejal pada anak seawal usia 4 bulan. Anak akan cepat kenyang dan kemungkinan besar bayi menolak susu ibu.

Bila demand kurang, maka supply pun akan merudum.

Got it? 😀

5- Membantu Ibu Mencegah Kehamilan Secara Alami

Ehem. Ini sensitif sikit kan. Sebab ada yang kata “Saya fully breastfeeding 6 bulan yang pertama tapi saya pregnant jugak!”. Kecewa benar kedengarannya 😛

Anda kene faham, ada beza tau fully breastfeeding dengan exclusive breastfeeding.

Exclusive breastfeeding bermaksud takde langsung makanan atau cecair lain selain susu ibu. Siang malam bertepek ngan ibu.

Satu lagi yang paling penting MESTI aktif menyusu di waktu malam juga.

🙂

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan melambatkan pemberian solid food pada baby tau. Jangan risau kalau anak anda lambat diperkenalkan pada makanan pejal sebabnya itu bermaksud anda memang sayang anak anda ketat-ketat. InsyaAllah anak anda akan kurang terkena alergik dan anda pun takde la renyah-renyah nak sediakan itu ini kennn.. *hahahahaha – joking!

Diharap artikel simple ni dapat membantu anda. Baca lebih banyak artikel lain berkaitan solid food untuk baby dan selamat mengalami pengalaman baru! 😀

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge