Melaksanakan Aqiqah Untuk Anak Baru Lahir. Mama Dan Papa Mesti Tahu Mengenai Ini.

5
Print Friendly, PDF & Email
Aqiqah Untuk Anak Baru Lahir
* Majlis Aqiqah Anak Kedua Irma Hasmie 🙂 *

 

Bismillah.

Selain dari teruja mahu menimang cahayamata dan membuat persediaan untuk menyambut insan baru, mommies dan daddies juga mesti tahu mengenai aqiqah. Aqiqah adalah antara kewajipan kita sebagai ibu bapa ke atas anak yang baru lahir.

Maksud Aqiqah?

Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Binatang an’am ialah unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina. Maksudnya selain daripada binatang an’am tidak boleh disembelih untuk melakukan aqiqah.

<< Khas Buat Ibu-Ibu Hamil >>

Hukum Melakukan Aqiqah?

aqiqah untuk anak

Hukum melakukan aqiqah adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan di dalam IslamBagi anak lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala anak perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.

Walaubagaimanapun, sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan dua bahagian untuk anak lelaki, memadailah dengan satu bahagian sahaja.

Ini adalah berdasarkan sebuah hadis,

“Bahawa Rasulullah SAW telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.”

[HR. Abu Daud]

Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian. Manakala seekor kambing dikira sebagai satu bahagian.

Bila Patut Melakukan Aqiqah?

 Waktu yang paling afdhal ataupun terbaik adalah pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Tetapi sekiranya tak sempat boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga kanak-kanak tersebut baligh

Nabi Muhammad bersabda:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:

“Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.”

[RA Abu Daud]

Syarat-syarat Aqiqah?

1- Berniat aqiqah ketika menyembelih

2- Umur binatang yang ingin dikorbankan mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
  • Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
  • Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
  • Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

3. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

 Perkara Sunat Semasa Membuat Aqiqah

1- Berdoa semasa hendak menyembelih: 

“Dengan nama Allah, Allah Maha Besar.
Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini adalah aqiqah … (sebutkan nama anak)”.

2- Menyembelih ketika matahari sedang naik.

3- Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

4- Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang aqiqah, memadai dengan mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

5- Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.

Mengapa Ibu Bapa Perlu Membuat Aqiqah Untuk Anak?

Ada banyak sebab mengapa kita digalakkan untuk membuat aqiqah ke atas anak.
Antaranya ialah:

1 – Sebagai tanda betapa bersyukurnya kita dikurniakan anak oleh Allah SWT

2- Berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga

3- Supaya anak memulakan hidup dengan perkara-perkara kebaikan

4- Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW

** Ralat: Kami telah menukar tajuk ‘Kewajipan Aqiqah Untuk Anak Baru Lahir. Mama Dan Papa Mesti Tahu Mengenai Ini’ kepada ‘Melaksanakan Aqiqah Untuk Anak Baru Lahir. Mama Dan Papa Mesti Tahu Mengenai Ini.’ Ini adalah untuk mengelakkan dari kekeliruan yang mengatakan hukuman aqiqah ini wajib. Apa yang cuba disampaikan pada tajuk yang pertama itu ialah – Ibu bapa / individu yang menyara bayi tersebut adalah insan yang bertanggungjawab untuk menunaikan aqiqah untuk bayi tersebut. Tq

Dear Mommies, 

Pernah tak dengar eQurban?

eQurban adalah satu syarikat kepunyaan Bumiputera yang menyediakan servis ‘Program Qurban & Aqiqah’. eQurban telah ditubuhkan semenjak 8 tahun yang lalu dan telah membantu ramai ibu bapa, dan individu yang mahu melakukan ibadah aqiqah dan korban melalui khidmat mereka.

Istimewanya mengenai eQurban, kesemua aqiqah dan korban yang dibuat disedekahkan kepada penduduk miskin, pelajar-pelajar tahfiz, anak-anak miskin Muslim yang kebanyakannya  tinggal di Kemboja, Indonesia, Filipina, Thailand dan beberapa negara lain lagi.

Mommies, 

Boleh tak imagine kalau kita buat aqiqah anak-anak kita yang hidupnya baru bermula – disedekahkan kepada golongan miskin – dan anak kita tadi didoakan oleh orang miskin yang kita beri makan tadi.. MasyaAllah! Mudah-mudahan hidup anak kita diberkati dan dirahmati Allah sepanjang hayat.. Doa orang miskin antara doa yang mustajab tahu.. 🙂

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan ‘Program Qurban & Aqiqah’ ni mommies boleh klik poster kat bawah ni ataupun kat sidebar blog ni 🙂

Semoga anak-anak kita semua diberkati Allah.. Dan mommies juga.. 🙂

equrban aqiqah kemboja

Kalau rasa info dalam entri ni sangat berguna untuk mommies atau parents lain, jangan malu-malu – klik butang SHARE kat bawah ni ya.. Terima kasih sangat!  😀

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion5 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge