Kenali Saya

kami

Salam perkenalan 🙂

Saya Lin Chalo.
Saya adalah seorang ibu dan mempunyai 4 orang cahayamata. *Alhamdulillah

Saya mula menjadi ‘Mama-Bekerja-Dari-Rumah’ (Work-At-Home-Mom WAHM) pada 2012 selepas melepaskan jawatan sebagai seorang Pensyarah di salah sebuah IPTS pada hujung tahun 2011.

Apa ‘push factor’ saya untuk berhenti kerja?

Saya nekad untuk berhenti kerja kerana anak-anak. Bukan keputusan yang mudah tetapi ia adalah keputusan yang paling mahal sekali kerana ia adalah permulaan bagi sesuatu yang sangat berharga hingga saat ini.

Saya lakukan kerja yang saya suka & anak membesar di depan mata.

Saya membangunkan SweetBonda Stories untuk saya berkongsi info, ilmu dan pengalaman kepada semua ibu-ibu di luar sana.

Semenjak saya melahirkan anak yang pertama pada tahun 2005, ‘dunia ibu’ adalah yang paling indah. Saya faham perasaan ibu (terutama ibu baru) yang dahagakan banyak ilmu.

Selain keluarga, perkara yang paling saya suka ialah bisnes Shaklee saya. Bisnes ini banyak membentuk ketabahan & kekuatan saya pada hari ini.

Anda mungkin berminat:

Bagaimana Saya Mengambil Keputusan Untuk Meletakkan Jawatan Pensayarah & Memulakan Bisnes Dari Rumah

9 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee Di Bawah Bimbingan Saya

Cara Menjadi Ahli Shaklee Dengan Mudah

Sekian & selamat membaca! 😀