Keluar Dari Zon Selesa Untuk Lebih Cemerlang

10
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

Beberapa minggu lepas, saya terpaksa ‘drive’ di luar kawasan perumahan saya.

Ok ini yang kedua kali saya keluar darikawasan perumahan saya. Tapi kali ni sebenarnya saya memang ‘push’ diri dan beranikan diri untuk ‘drive’ juga ke area Taman Maluri.

keluar dari zon selesa

Ish ish.. mesti ada yang cakap bawak kereta pun nak kecoh. *lol

Baik sebenarnya ini cerita mengenai ‘comfort zone’, ‘push diri’, ‘follow mentor’, & keazaman mahu menjadi lebih baik dari sebelum ni.

Saya dah lama ada lesen kereta (semenjak tahun 2009). 5 tahun ada lesen tapi tak pernah bawa kereta (walaupun ada ejora kami yang hensem tu).

2014 alhamdulillah. Kereta idaman yang saya letak dalam ‘Vision Board’ saya semenjak hujung tahun 2012 berjaya dimiliki (oh yess mestilah guna duit Shaklee :D).

Disebabkan saya terlalu hepi.. saya berjaya juga bawa kereta tu hantar ambik anak ke sekolah, beli-beli barang kat Aeon Big, pergi tasik bawak anak joging.. tapi, cuma di kawasan tempat tinggal saya je. Nak keluar dari sini memang TAKKAN!Β Laaa yumkin!

Saya dah selesa pusing-pusing area rumah saya je. Di luar kawasan saya harapkan suami je untuk drive.

Nampak tak betapa saya terlalu selesa dengan keadaan yang ada?

Nampak tak saya tak berani nak hadapi cabaran memandu di highway, kereta laju-laju, jammed, nak tukar lane, tetibe ada motor muncul dan sebagainya?

Semua tu kalau boleh saya malas nak fikir. Sebab saya rasa dah okay sangat la ni boleh bawak kereta di kawasan tempat tinggal saya ni.

Tapi hidup ini tidaklah selamanya indah-indah belaka. *lol

Kali ni, saya terrrrpaksa untuk ‘drive’ kereta di luar ‘comfort zone’ saya. Mula-mula memang sangat takut, sebab saya tak tahu apa yang bakal saya hadapi (jangan ikut perangai ni.. sentiasa positif dalam hadapi cabaran baru okay).

Tapi dalam hati saya ‘push’ juga diri sendiri sebab saya nak menjadi lebih baik dari sebelum ni. Sampai bila saya harapkan suami? Sampai bila saya pusing-pusing area rumah je? Bagaimana kalau ada sesuatu kecemasan yang memerlukan saya memandu di luar kawasan rumah? (Wah.. soalan cemas pun bertalu-talu).

Maka dengan hati sedikit gementar, saya kuatkan hati, yakinkan diri bahawa saya sebenarnya boleh!

Sebab kenapa?

Sebab saya dah ada mentor (suamiku lettew) yang akan memandu di depan dan saya cuma follow je dari belakang.

Sebab mentor saya (suamiku lagi sekali) dah terbukti berjaya memandu dan saya tengok ramai je wanita ayu yang boleh memandu jauh-jauh (sambil bawak anak-anak lagi).

Jadi kenapa saya tak boleh? Saya ada kereta yang bagus dan mudah nak guna (auto bukan manual πŸ˜› tetibe teringat ‘seseorang’). Saya dah biasa bawa kereta saya ni.

Saya cuma perlu berani, ikut mentor, keluar dari zon selesa dan mesti berusaha bersungguh-sungguh (doa dan tawakal pada Allah).

Tuddiiaa..

menjadi lebih baik dari semalam

Akhirnya berjaya melalui ‘detik-detik’ kepayahan saya tu.. Walaupun tangan berpeluh dan hati berdebar-debar..

Sekarang saya dah berjaya atasi semua cabaran tu. 2 hari lepas saya drive juga ke Putrajaya (walaupun perjalanan tak sepayah pemanduan ke Taman Maluri).

Kesimpulan,

1) Cabaran tu sentiasa ada. Nak tak nak kita mesti hadapi. Bezanya cara kita respon.

Seperti dalam bisnes Shaklee, setiap kali datangnya isu, kita boleh lihat bagaimana setiap orang respon pada isu tu. Ada yang terus tinggalkan Shaklee, ada yang buat kajian sendiri, ada yang tanya upline dan sebagainya.

2) Setiap orang berbeza, saya mungkin lihat cabaran ni terlalu besar, sedangkan orang lain nampak benda tu enteng aja.

Ada orang yang rasa susah gila nak buat marketing melalui blog, ada yang mudah guna fb je, dan ada yang hebat melalui cara ‘offline’. Setiap kita berbeza.

3) Folllow mentor yang dah berjaya – duplicate!

Ikut apa yang diajar, apa yang dipesan. Amalkan duplikasi – bukan tiru bulat-bulat tapi duplikasi cara mentor tu. Kenapa? Sebab dia dah ada pengalaman dan dia pun dah berjaya.

4) Paksa diri untuk keluar dari zon selesa.

Kita takkan maju kalau duduk di takuk yang sama selamanya. Mesti ada rasa nak jadi lebih baik dari sehari ke sehari. Allah pun suka pada hambaNya yang sentiasa ada usaha untuk berubah menjadi lebih baik.

5) Tak cuba tak tahu!

Hoyeahh! Yang ini memang betul-betul lejen. Kalau tak buat selamanya kita takkan tahu kemampuan kita. Kita asyik mengagumi orang lain yang hebat-hebat – padahal sebenarnya kita juga boleh jadi seperti dia ataupun lebih baik daripada dia.. cumanya kita tak nak mencuba!

So,Β itulah dia. Mesti sentiasa berani hadapi cabaran. Sebab kalau bukan kita pushΒ diri kita siapa lagi yang nak pushΒ kan?

Semoga kita semua sentiasa menjadi lebih baik dari hari ke sehari.. πŸ˜€

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion10 Comments

  1. Tahniah Kak Lin! Entry yang memberi inspirasi kepadaku! Okla tu dapat lesen tahun 2009. Ai dapat lesen tahun 2001. Hujung tahun 2011 baru pegang stereng. Lama tak lama? hahaha! Nak kena push diri gak ni. Asyik jadi mem besar je siap dok blakang lagi. Ada gak drive luar kawasan tapi terkeluar radius sikit aje. Xcukup jauh pun.

    Ok cuba buat entry tips nak tukar lane atau menyelit ke kiri atau kanan? (betul2 ni) LOL! πŸ˜€
    Ina baru menulis mengenai…Salam Syawal 1436H, Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2015!My Profile

Leave A Reply

CommentLuv badge