Jakim Iktiraf Sijil Halal Shaklee

0
Print Friendly

Salah satu persoalan yang paling ramai pengguna nak tahu mengenai Shaklee adalah berkenaan status halal Shaklee. Maklumlah, Shaklee dibuat dan diimport dari USA. Dan kat botol Shaklee takde pula tu tanda logo halal Jakim. Menimbulkan kemusykilan di hati kan.

Syukur alhamdulillah, ramai yang mengambil inisiatif untuk benar-benar mencari kepastian mengenai kehalalan Shaklee.

Jadi adakah Shaklee halal?

Pertama sekali sebelum kita nak lihat adakah Shaklee ini halal ataupun tidak, kita kena tahu dulu fakta ini:

1) Shaklee bukanlah produk Malaysia. Produk ini dihasilkan di USA. Kilang di USA.

2) Shaklee dieksport ke Malaysia.

Jadi, jelas ya. Produk Shaklee ini semua dari USA.

Halal Shaklee diberi oleh ISA

Yang kedua, yang perlu kita tahu ialah, kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telahpun mendapat sijil halal daripada Islamic Services of America (ISA). Alamak, siapa pula ISA ni kan? Betul ke ISA ni boleh bagi sijil halal? Macam tak percaya je.

Takpe, jom kita check bersama-sama.

halal-shaklee

ISA ni adalah satu organisasi  yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. Tapi yang membuatkan ISA ni lebih best sebab ISA diiktiraf di peringkat dunia. Banyak organisasi halal di negara lain turut mengiktiraf ISA ni, termasuklah JAKIM sendiri. ISA diiktiraf oleh JAKIM semenjak tahun 1980-an lagi. Haa, masa ni pun ramai yang tak lahir lagi kan.

Untuk mendapatkan halal sijil daripada ISA ni agak ketat prosedurnya. 3 asas ISA ialah Integrity, Service, Authenticity. 

ISA diiktiraf oleh JAKIM

Seterusnya, Keklin tunjukkan pula dari web JAKIM ya.

shaklee-halal

Dalam web JAKIM kita boleh lihat sebenarnya ada banyak lagi badan Islam lain yang diikitiraf oleh JAKIM. So, kalau kita nak pergi beli makanan kat pasaraya dan bila belek-belek makanan tu ada tanda halal, tapi bukan tanda halal JAKIM janganlah terus melatah. Cuba semak dulu kat web JAKIM ni ada tak tanda logo tu. Kalau ada alhamdulillah, bolehlah terus beli. Ingat, kat luar negara pun ramai juga orang Islam tau. Tanda halal JAKIM memang takde kat sana. Halal JAKIM ada kat Malaysia je.

shaklee-halal

Seperti yang anda boleh lihat di atas, ia adalah snapshot gambar yang menunjukkan ISA adalah salah satu badan halal dunia yang diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh rujuk di lama web JAKIM iniISA berada di mukasurat 20, nombor 55.

Sijil Halal Shaklee

Setiap tahun, sijil halal ini akan diperbaharui. Di bawah ini Keklin tunjukkan Sijil Halal 2016.

sijil-halal-shaklee

Jadi, bagi yang sebelum ini ragu-ragu dengan status kehalalan produk Shaklee diharap dapat pencerahan melalui artikel yang Keklin tulis ini. Sebenarnya tindakan anda berusaha mencari tahap status halal Shaklee adalah sangat baik. Ini adalah kerana apa yang kita makan bakal menjadi darah daging kita kan.

So, diharap semuanya jelas dan dapat consume produk Shaklee tanpa was-was lagi.


bisnes shaklee

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge