[Infografik] Sentuhan 1 Jam Pertama Selepas Lahirkan Bayi Sangat Penting. #1 Ramai Ibu Bapa Tak Tahu.

4
Print Friendly, PDF & Email

Sentuhan Pertama Ibu & Bayi

 

Selepas kelahiran bayi, sekiranya tidak mengalami apa-apa masalah, bayi patut dan perlu diletakkan terus ke dada ibunya. Perkara ini sangat penting bagi memastikan ibu dan bayi dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat. Anda boleh meminta doktor atau nurse untuk meletakkan bayi anda sebelum dibersihkan ke atas dada anda.

Percayalah, momen ini akan menjadi sangat sentimental dan apa kata semasa ini minta suami anda untuk merakamkan detik-detik yang sangat berharga ini. Satu jam yang pertama adalah sangat penting dan anda mesti lakukan ini untuk mendapatkan manfaatnya.

Mari kita lihat apakah kelebihan sentuhan kulit ke kulit di antara ibu dan bayi selepas dilahirkan.

#1 Bayi Anda Akan Mempunyai Antibodi Yang Lebih Kuat

Selepas bayi anda dilahirkan, dirinya sangat lemah dan terdedah kepada persekitaran yang baru. Apabila bayi diletakkan ke atas dada anda sebenarnya anda dalam proses menguatkan antibodinya. Ini adalah kerana, anda ‘memberikan’ bakteria dan kuman yang terdapat pada diri anda terhadap si comel anda. Secara tidak langsung, bayi anda membina antibodinya sendiri.

#2 Bayi Berasa Tenang

sentuhan pertama bayi

Berhadapan dengan suasana yang baru dan asing pasti menyebabkan bayi anda ‘terkejut’ dan mula menangis. Walaubagaimanapun, apabila bayi anda berada di dada anda, perkara pertama yang akan didengari adalah degupan jantung anda – bunyi yang didengarinya hampir 10 bulan di dalam rahim anda. Dalam masa yang sama, bayi akan mengenali anda sebagai ibunya. Seronokkan?

#3 Bayi Mengikut Nalurinya Mencari Payudara Ibunya

Bayi yang diletakkan di atas dada ibunya tahu bagaimana untuk mencari payudara ibunya mengikut nalurinya sendiri. Sangat ajaib kan? Itulah yang dianugerahkan kepada seorang bayi yang tidak tahu apa-apa. Dan ini juga menunjukkan susu ibu adalah makanan yang paling sempurna dan lengkap yang telah diciptakan oleh Tuhan untuk manusia. Jadi jangan sia-siakannya!

Penyusuan Susu Ibu Lebih Berjaya

Kajian menunjukkan, bayi yang diletakkan di atas dada ibunya pada sejam yang pertama, menyusu dengan lebih efektif. Potensi untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu untuk jangka masa panjang juga mempunyai peluang yang lebih besar. Ini adalah kerana payudara ibu mendapat rangsangan daripada bayinya (kulit ke kulit) di mana ia mencetuskan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk menberikan isyarat ke otak bahawa susu ibu diperlukan untuk bayi anda.

Saya Lahirkan Bayi Saya Secara Ceaserean

Bagi ibu yang melahirkan anak secara ceaserean, anda masih boleh melakukan sentuhan pertama anda. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah berbincang dengan doktor anda sebelum melalui pembedahan.

Tips: Penjagaan Selepas Pembedahan Ceaserean

Posisi menyusu selepas pembedahan mungkin agak sukar. Minta bantuan daripada doktor, nurse dan suami untuk mendapatkan posisi yang selesa. Anda juga boleh mendapatkan bantal khas untuk mengelakkan daripada terkena bahagian yang telah dibedah.

Tips: Pelekapan Yang Betul Ketia Menyusukan Bayi

Semoga bermanfaat!

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion4 Comments

  1. alhamdulillah…tk byk pd penulis yg berkongsi info disini…byk manfaat dan ilmu yg diperolehi…terima kasih..

Leave A Reply

CommentLuv badge