Ikan Bilis Halia: Mudah Disediakan & Sedap Dimakan

2
Print Friendly

Bismillah.

Resepi ni KakLin dapat daripada mak mertua masa dia jaga KakLin berpantang dulu. Resepinya sangat simple, tapi rasanya sangat mabeles! Kalau makan lauk ni dengan nasi panas-panas, kalau tak sebab segan dengan mak mertua harus tambah nasi banyak kali 😀

resepi berpantang

Lauk ni sangat sesuai untuk orang yang dalam pantang. Sebab antara bahan utama ialah halia. KakLin selalu beli halia muda so nanti makan je semua halia tu. Sangat baik untuk buang angin dalam badan. Badan pun rasa sedap je.

Selain menu berpantang, lauk ni sebenarnya juga boleh dimakan pada bila-bila masa. Kalau tengah sibuk dan dan cepat, ikan bilis halia ni memang sesuai.

Bahan utama dia memang very the sikit. Ikan bilis, halia dan bawang merah. 3 tu je. Tapi tak sangka boleh buat semua orang dalam rumah ni makan dengan berselera sekali. 😀

 

resepi ikan bilis goreng sedap

 

5.0 from 1 reviews
Ikan Bilis Halia
 
Prep time
Cook time
Total time
 
Author:
Ingredients
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 biji bawang merah (yang besar)
  • 2 - 3 inci halia
  • ½ sudu gula
  • Serbuk perasa (KakLin guna Secukup Rasa)
  • Minyak masak
Instructions
  1. Basuh ikan bilis dengan bersih
  2. Hiris bawang merah
  3. Hiris halia memanjang dan halus
  4. Goreng ikan bilis sehingga garing dengan minyak yang sedikit banyak (lagi garing lagi sedap)
  5. Setelah garing, keluarkan dari kuali, kurangkan minyak dan goreng bawang merah, putih dan halia
  6. Setelah layu dan naik bau, masukkan semula ikan bilis tadi
  7. Masukkan gula dan serbuk perasa
  8. Gaul dengan sebati
  9. Hidangkan panas
Mudah dan simple kan? Ringkas tapi power tau..

Selamat mencuba! 😀

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion2 Comments

  1. Resepi ringkas tp mmg best. Mak shi pn sll buatkn tuk shi mase berpantang… X pantang pn best je buat lauk. Makan dgn bubur…

Leave A Reply

Rate this recipe:  

CommentLuv badge