Hidup Selesa Sebagai Penganggur, Tapi Kini Income Hampir 5 Angka!

0
Print Friendly

Alexandra Brigett merupakan salah seorang leader TitaniumFamily yang sangat kuat berusaha. Siapa sangka Brigett yang dahulunya seorang penganngur dan cukup selesa dengan kehidupannya yang cukup-cukup makan kini mempunyai pendapatan yang menghampiri 5 angka. Lagi menarik sebab beliau baru sahaja berusia 25 tahun! Best kan.

Jom kita baca kisah hidup beliau.

Salam sejahtera.
 

Saya seorang surirumah. Sudah mempunyai 2 cahaya mata. Sekarang berumur 25 tahun dan menetap di Ranau, Sabah.

pengedar-shaklee-ranau-1

 
Sebelum buat Shaklee, saya seorang penganggur. Mula daftar keahlian dengan Shaklee pada hujung tahun 2013. Masa itu saya seorang pelajar yang sedang ambil cuti khas sebab bulan Januari 2014 due date anak pertama saya.
 
Selepas graduate pada April 2015, saya sempat menganggur selama 4 bulan. Pada Ogos 2015, saya mula buat bisness Shaklee ini. Bermula dengan hanya nak cuba-cuba, nak main-main tapi bila terlanjur nampak peluang dalam Shaklee ini cerah, baru saya berusaha nak naik rank dalam bulan Ogos itu juga.
 
Saya tolak tawaran ke Ijazah Sarjana Muda Biologi kerana saya nampak peluang saya lebih cerah dalam bisness Shaklee berbanding saya sambung belajar. Lebih baik kita earn money daripada kita spend money.
 
Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan ibu mertua saya untuk menjaga kedua-dua anak saya bila saya sambung belajar. Bila ada rezeki, saya akan sambung belajar juga di masa akan datang.
 
Masa join member, saya sudah beli ESP. Niat mau minum untuk kandungan masa itu. Tapi tidak minum pun. ESP itu bersimpan di atas rak sampailah saya berpantang. Semasa berpantang baru saya minum ESP.
 
Selepas seminggu belum rasa apa-apa lagi cuma yang saya perasan, rahim cepat kecut, perut bekas beranak dah semakin kecil. Seluar jeans masa bujang pun boleh muat balik. Selepas minggu kedua, saya perasan bila saya lambat makan, gastrik dah tidak naik. Tapi masa ini tiada pun tergerak hati mau menyebarkan kebaikan Shaklee.

pengedar-shaklee-ranau-2

Pada suatu hari, anak pertama saya kena kentut pesisang. Sampai 2 minggu pun luka dia tidak pandai hilang. Letak krim paling mahal pun tiada perubahan. Jadi saya dari Ranau, turun ke Kota Kinabalu semata-mata untuk membeli Herbal Blend di branch Shaklee.

 

Selepas itu saya terus sapu pada luka anak. Hanya 1 malam sahaja luka itu pudar. Dari sinilah bermulanya cerita saya dengan Shaklee.
 
Mulai dari hari itu juga saya mula menyebarkan kebaikan produk Shaklee. Saya kongsikan dengan ahli keluarga. Sudah setahun lebih aktif bisness dengan Shaklee. Dalam setahun itu juga banyak perubahan terutama dari segi kesihatan.
 
Dulu anak pertama saya selalu keluar masuk emergency room sebab muntah-muntah la, cirit-birit la, demam dan berkahak. Tapi sekarang dia sudah jarang sakit. Apa yang saya sangat suka dengan perkembangan anak-anak saya, mereka cepat belajar.
 
Masalah kewangan juga sudah semakin berkurang. Kalau dulu selalu sakit kepala bila tiba tengah bulan sebab duit gaji dah nak habis. Tapi sekarang, tengah bulan ada bonus Shaklee, bolehlah bantu cover sana sini. Siap boleh buat simpanan lagi.

pengedar-shaklee-ranau
Selain itu, sikap saya pun berubah. Kalau dulu saya mahu hidup asal kenyang seja, tapi sekarang saya mahu bina kehidupan yang lebih baik untuk keluarga saya. Buat bisness Shaklee ni best, sebab bila anak-anak nampak kita ke arah hidup yang lebih sihat dan positif, sudah semestinya mereka juga akan mencontohi gaya hidup itu kan?
 
Itulah sedikit sebanyak cerita Shaklee kami sekeluarga.
Hubungi Brigett untuk lebih info mengenai Shaklee.


Pengedar Shaklee Ranau, Sabah
Blog: http://www.momdadsuperheroes.com
No HP: +6012-8895717
share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge