Harga Jimat Lecithin, Alfalfa, Vita-Lea for Children Dan Nutriferon Di Bulan November Ini

0
Print Friendly

Promosi Penjimatan Lecithin, Alfalfa, Vita-Lea for Children dan Nutriferon

Bagi peminat Lecithin, Alfalfa, Vita-Lea Kids dan juga Nutriferon pasti akan suka dengan promosi yang Shaklee buat pada bulan ini. Seperti biasa, setiap suplemen ini boleh didapati pada harga yang murah sekiranya membeli 2 ataupun lebih. Harga semua super jimat tau.

Mari Keklin cerita satu persatu promosi bulan ni ye.

1) Lecithin

promosi-lecithin-murah

Membantu Hilangkan Lemak

Haa, untuk pengetahuan kau, Lecithin ni antara suplemen yang laku keras kalau bab-bab nak pecahkan lemak. Kalau kau ada hati nak kurangkan inci di pinggang kau, bolehlah kau cuba makan Lecithin ni. Salah satu fungsi Lecithin yang paling power ialah ia adalah pengemulasi lemak yang hebat.

Maksudnya, Lecithin ni membantu dalam menguraikan lemak-lemak degil tadi. Sebab tu kalau ada sesiapa yang hubungi Keklin minta cadangan untuk nyahkan lemak-lemak degil, salah satu suplemen yang Keklin cadangkan ialah Lecithin. Lecithin ini memang power tahu.

Bantu Redakan Bengkak Susu Ibu Yang Menyusukan Bayi

Bengkak susu ni selalu terjadi kepada ibu-ibu baru yang hendak menyusukan bayi mereka. Kau pernah rasa tak bengkak susu ni? Sakit sangat tahu. Keklin pernah kena. Memang boleh menangis air mata darah. Dulu macam-macam Keklin buat untuk redakan bengkak susu, sehinggalah anak yang bongsu masa tu Keklin dah kenal Shaklee.

Jadi, Keklin memang telan Lecithin untuk redakan bengkak susu ni. Macam Keklin cerita atas tadi, Lecithin adalah pengemulasi lemak yang baik. Jadi, kalau kau ada kenal sesiapa yang mengalami masalah blocked-duct ini cepat-cepat kau suruh kontek Keklin ya. Hehehe.

Baik Untuk Kuatkan Memori

Selain itu, Lecithin juga antara suplemen yang sangat baik untuk menguatkan memori. Tak kira-lah berapa usia kau, tapi sekiranya menghadapi masalah yang sama, kau boleh cuba Lecithin ni. Kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran juga sangat digalakkan untuk mengamalkan Lecithin. Bagi golongan dewasa dan orang tua yang mengidap lupa ingatan Lecithin juga sangat membantu.

Harga Promosi Lecithin Bulan Ini

Bulan ini sahaja, kau boleh dapatkan harga promosi yang best ini.

Kau boleh dapat 3 botol Lecithin pada harga RM157.50 sahaja.
Lepas tu, kau dapat 1 lagi PERCUMA. Jadi, semuanya ada 4 botol pada harga 3 botol!

Jimat kan? Rasa macam tak percaya je. Jom kita baca pasal Alfalfa pula.

2) Alfalfa

promosi-alfalfa

Bantu Atasi Sembelit & Detoks Usus Besar

Alfalfa ini ada banyak kelebihan. Salah satunya ialah ia berfungsi sebagai serat dan memudahkan kau untuk membuang air besar dengan gembira. Sekiranya kau ada masalah penghadaman, dan kau membeli Lecithin untuk pecahkan lemak, Alfalfa ini akan membantu untuk menyerap lemak yang telah diemulasi oleh Lecithin tadi dan membawa terus keluar melalui usus besar.

Selain itu ia juga membantu kau detoks segala jenis toksin di usus besar. Pendek kata, Lecithin & Alfalfa adalah gabungan yang hebat untuk membuang lemak dari badan, mengatasi sembelit dan bersihkan usus. Kau suka kan?

Digelar Kacip Fatimah Moden & Kurangkan Keputihan

Salah satu kehebatan Alfalfa adalah sebagai perapat buat wanita yang sudah melahirkan anak. Keklin tak mahu komen lebih-lebih. Kau faham-fahamlah sendiri ya. Kalau dah banyak kali bersalin pun kau tahu apa yang patut dilakukan untuk keintiman bersama kan.

Yang selalu juga disebut-sebut adalah mengenai keupayaan Alfalfa mengawal keputihan di kalangan wanita. Tak kiralah yang masih remaja ataupun yang sudah berusia matang, keputihan akan sentiasa ada. Bezanya cuma kondisi keputihan itu. Fuh, cuba kau bayangkan kau rasa bersih dan kering sepanjang hari. Pasti rasa gembira kan?

Alfalfa Sebagai Milk Booster

Haa.. Yang ini sangat bagus untuk ibu menyusu yang tercari-cari milk booster. Alfalfa ini memang terkenal di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi yang mahu menggalakkan penghasilan susu ibu. Dah ada banyak testimoni di kalangan ibu menyusu ini yang gembira dengan bantuan Alfalfa.

Bantu Kurangkan Alergik & Gatal-Gatal Resdung

Kalau selama ni kau sangat alergik apabila memakan seafood, mungkin kau boleh mencuba Alfalfa ini. Kebanyakan penderita resdung dan yang alergik dengan seafood mengatakan Alfalfa adalah teman baik mereka. Kerana apa? Kerana, semenjak mereka mengamalkan Alfalfa secara konsisten, mereka sendiri terkejut sebab dah kurang bersin-bersin dan tak sangka boleh makan seafood. Hmm.. dahsyat juga penangan Alfalfa ni kan.

Harga Promosi Alfalfa Bulan Ini

Bulan ini sahaja, kau boleh dapatkan harga promosi yang best ini.

Kau boleh dapat 3 botol Alfalfa pada harga RM161.25 sahaja.
Lepas tu, kau dapat 1 lagi PERCUMA. Jadi, semuanya ada 4 botol pada harga 3 botol!

Jimat sangat ni. Kalau kau ada kawan-kawan yang ada masalah seperti yang disenaraikan di atas, kau pakat-pakatlah beli bersama. Yang 1 tu kau simpan. FOC gitu. Hehehe.

3) Vita-Lea Kids

promosi-vitalea-kids

Seperti mana nama vitamin ni, pastilah untuk kanak-kanak. Vita-Lea for Children ini khas dibuat untuk anak-anak kecil. Sebenarnya suplemen ini adalah multivitamin. Untuk anak-anak yang tengah membesar sangat sesuai dengan multivitamin ini. Kadang-kadang anak-anak ini picky eater. Mahu makan sayur pun memilih-milih. Kadang-kadang makan nasi pun tak mahu. Jadi, sebegai melengkapkan mana-mana keperluan vitamin yang lompong itu bolehlah kau lengkapkan dengan multivitamin ini.

Oh ya, multivitamin ini paling best sebab ia boleh dikunyah macam gula-gula dan berperisa anggur. Anak-anak pasti suka.

Harga Promosi Vita-Lea For Children Bulan Ini

Kau boleh simpan stok 3 botol pada harga RM333 dan dapat 1 lagi secara percuma.
Maksudnya ada 4 botol kesemua sekali.

4) Nutriferon

promosi-nutriferon

Kau mudah terkena demam dan selesema? Sikit-sikit MC sebab asyik sakit? Kau tahu itu petanda kau sebenarnya ada imuniti badan yang lemah. Keklin dengan gembira nak kongsikan kepada kau mengenai Nutriferon ini.

So, mengapa Nutriferon?

1- Nutriferon dicipta oleh seorang pakar imun Jepun – Dr Yasuhiko Kojima. Pakar imun ya, bukan doktor biasa.

2- Beliau mengambil masa hampir 50 tahun untuk mengkaji dan menghasilkan interferon yang terbaik sekali.

3- InsyaAllah dapat tingkatkan dan merangsang imuniti badan dengan baik sekali.

4- Bahan-bahan yang terkandung di dalam Nutriferon ini sangat berkualiti tinggi dan salah satu kandungannya adalah biji labu – makanan sunnah u ols! Yeay!

5- Sangat baik juga untuk ibu menyusu yang mahu membantu bayinya untuk mengelakkan mudah selesema dan sakit.

6- Dalam satu pek ini ada 30 sachet. Kau boleh makan seminggu sekali kalau kau jenis yang sihat. Tapi kalau kau asyik sakit ambillah satu sachet setiap hari.

7- Kalau kau selalu travel atau mahu pergi menunaikan umrah & haji sangat digalakkan untuk makan lebih awal supaya imuniti badan kau kuat dan mampu menangkis serangan bakteria dan virus asing yang baru ditemui.

Harga Promosi Nutriferon Bulan Ini

Bulan ini sahaja, kau boleh dapatkan harga promosi yang best ini.

Kau boleh dapat 2 pek Nutriferon ini pada harga RM344.40 sahaja.
Less 5% daripada harga biasa!

Kalau kau nak dapat diskaun lagi, boleh. Keklin boleh tolong adjustkan penjimatan atas penjimatan katanya.

Kau kasi Keklin PM kat sini, nanti Keklin hubungi kau semula ya.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

bisnes shaklee

 

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge