Bayi Baru Lahir Boleh Tidur Walaupun Dalam Suasana Bising. Percaya Tak?

0
Print Friendly, PDF & Email

meredakan bayi menangis

Seawal 1970an, saintis meletakkan pembesar suara mini ke dalam rahim wanita yang bakal melahirkan dan mendapati, bunyi rahim mencecah 90db. Iaitu lebih kuat dari bunyi penyedut hampagas (70db)!

Ya, rahim adalah tempat yang amat bising! Degupan jantung ibu, aliran deras darah ibu ke setiap kapilari dan bunyi proses pencernaan dalam perut ibu adalah antara sumber bunyi bising rahim. Malah, sains telah membuktikan, fetus dapat mendengar dengan jelas semua bunyi yang datang dari luar.

Ingat kembali ketika perut rakan anda berbunyi (stomach rumbling) kerana lapar misalnya, bukankah anda dapat mendengarnya dengan amat jelas? Sekarang bayangkan pula jika anda di tempat fetus, di mana anda duduk benar-benar di dalam perut! Boleh anda bayangkan betapa kuatnya bunyi itu di pendengaran anda?

Jadi bagaimana fetus bertahan dengan bunyi yang amat bising ini? Hakikat bahawa mereka berada dalam medium air (air menyerap dan merendahkan kekuatan bunyi), ruang tengah telinga bayi di selaputi dengan sejenis cecair likat di panggil vernix serta gegendang telinga bayi yang masih tebal, menyebabkan bunyi akhir yang sampai ke pendengaran fetus telah direndahkan.

Jelas, kerana bayi kita telah terbiasa duduk di dalam alam rahim yang bising 24/7 selama 9 bulan yang panjang, semua bayi gemar dan perlu ditemani bunyian untuk dapat bertenang dan tidur lena. Meletakkan bayi dalam suasana senyap sunyi membuat bayi merasa terasing, resah dan mula menangis.

Ini antara sebab mengapa kebanyakkan bayi lebih ‘awas’ dan kerap terjaga pada waktu malam sedangkan mereka lebih lena tidur pada siang hari walau diletakkan berhampiran dengan sumber bunyi aktiviti harian di rumah. Jadi, memasangkan sumber bunyian mententeramkan (white noise) ketika bayi tidur, dapat membuat bayi tidur lebih lena.

bayi menangis

Sudah tentu bukan semua bunyi boleh di anggap sebagai white noise. Secara am, bunyi-bunyian beritma, berdesir, berdengung dan tenggelam seperti bunyi penyedut hampagas, pengering rambut, pengering baju, aircond/kipas tua, microwave, enjin kereta (bawa bayi menaiki kereta) serta air deras yang mengalir dari pili atau kolam adalah antara yang digemari bayi.

Tipsnya?
Ketika sekecil anda sedang mengamuk teruk, pasangkan white noise yang lebih kuat seperti penyedut hampagas atau pengering rambut sekitar minimum 2 kaki dari bayi. White noise yang lebih kuat begini di perlukan untuk mengatasi jeritan bayi yang boleh mencecah 100-130db supaya ‘perhatian’ bayi dapat di tarik keluar dari terus menangis dan menangis.

Setelah bayi bertenang, anda boleh membantu bayi kekal bertenang dengan merendahkan kekuatan sumber bunyi atau tukar ke white noise yang lebih lembut seperti rakaman bunyi ombak, hujan atau untuk muslim, temani tidur bayi anda dengan alunan zikir atau ayat Quran lebih bermanfaat!

Cubalah!
Telah ramai yang mencuba tips ini setiap kali mereka menghubungi saya dan mahukan petua cepat untuk mententeramkan amukan bayi mereka dan hasilnya? Menakjubkan. Cuma pastikan bayi anda dalam kategori newborn ( di bawah 4 bulan) sebelum anda memasang penyedut hampagas atau pengering rambut untuk menghentikan jeritannya.

Membuat perkara ini secara tiba-tiba pada bayi yang lebih besar, sedangkan mereka telah ‘melupakan’ elemen rahim dan telah beradaptasi dengan corak keibubapaan atau kaedah biasa yang anda lakukan untuk mententeramkan mereka, akan membuat mereka terkejut dan mungkin menangis lebih kuat.


Artikel ini telah diberikan kebenaran untuk diterbitkan semula dalam blog SweetBonda.my oleh:

Puan Uswatun Baby Language   Penulis asal: 
   Puan Uswatun Hasanah bt Mohd Habib
   Konsultan Tangisan Bayi
   Dunstan Baby Language Institute, Sydney

   The Happy Baby Edu. Association, USA


share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge