Dijemput ke Rancangan Feminin TV1 Kerana Anak Kidal

4
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

Ada beberapa perkara menarik yang berlaku sepanjang saya menyepi dari dunia blogging. Nak kongsi dengan anda, hari tu saya dan Hannah dijemput untuk hadiri rancangan Feminin di TV1.

Pada mulanya saya memang tak sangka akan muncul di kaca TV. Kelakar pun ada bila teringat kembali perasaan semasa pertama kali baca kiriman WhatsApp daripada penerbit Feminin. Owh! Saya memang tak mahu pergi pada awalnya. Sebab malulah kononnya. LOL.

Jemputan ke rancangan feminin tv1

Tapi my other half kata.. “Peluang ni selalunya datang sekali je. Ruginya kalau tak pergi.”
Akal mengiyakan.. “Baiklah.. Saya pergi..” 🙂

Oh ya lupa nak bagitahu. Sebenarnya kami dijemput sebab isu yang dibincangkan adalah mengenai ‘kidal’. Tak sangka pihak penerbit menghubungi saya setelah membaca artikel yang saya tulis di blog ini pasal Hannah yang bertangan kidal. Comel sangat kan? *haha

Paling menarik sebab antara tetamu jemputan ialah Dato’ Dr Fadzilah Khamsah dan juga Mak Kidal! Teruja! 😀

Nak dijadikan cerita, kami dijemput ke RTM pada hari Isnin (21 September 2015). Kebetulan masa tu cuti sekolah seminggu (cum cuti Raya Aidiladha). Rancangan Feminin ni bermula pukul 11.30 pagi. Dari rumah kami keluar pukul 9.00 pagi. Katanya nak datang awal supaya tak kelam kabut dan boleh relax – so takdelah nanti gelabah kat studio 🙂

Sampai kat RTM, terus masuk bilik tetamu. Terkedu. ManKidal, wife & anaknya dah ada dalam tu. Malu nak ambik gambar 😛
Tapi wifenya sangat peramah dan tak sombong pun.. 🙂

rancangan féminin tv1 anak kidal

Sebelum on air, kena make up sikit. Alhamdulillah — nasib baik kena touch up sikit. Kalau tak mesti muka pucat je sebab memang tak reti make up ni. 😀

anak kidal

Bila masuk dalam studio, tak lama lepas tu motivator terkenal Dato’ Hj Fadzilah Khamsah pun datang. Ohmai memang rasa sangat hepi dan teruja sebab dah lama teringin nak jumpa. So sembang-sembang sikit dan serius Dato’ memang kelakar 😀

Sejam sebelum on air baru bagitau kawan-kawan supaya tengok kat TV1. Memang saja tak bagitau awal-awal pun sebab malulah kononnya 😛

anak kidal feminin tv1

Alhamdulillah.. the show went well.. Tak sangka diri ini boleh go tru rancangan ni secara live.. Dan paling cool bila masa tu tak rasa berdebar langsung! Tapi seriously masa tu memang semangat nak tunjuk kepada anak-anak yang mereka pun boleh buat apa-apa je cabaran yang ada.. Si Hannah memang cool je.. walaupun ada satu ketika tu dia buka kasut dan bersila depan kamera.. huhu

penerbit feminin tv1

Oh ya, lupa nak cerita pasal pengacaranya yang cantik manis — Sakinah Al-Mubarakah. Sangat petah berkata-kata dan mesra. Senang nak bekerja dengan dia. Semoga terus maju jaya dalam kariernya. Sama juga dengan Puan Adilia — Penerbit Feminin. Pendiam orangnya 🙂

rancangan feminin tv1 anak kidal

Last, sebelum balik tu kene isi satu form. Owh rupa-rupanya ada token sikit. Very tak sangka tau. Walau apapun syukur alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Yang paling mahal adalah pengalaman tu.. 🙂

So, kepada yang bertangan kidal di luar sana, percayalah orang kidal memang istimewa. Anda kreatif & genius!

3 hari lepas saya ada buat 1 album poster khas untuk orang kidal — ternyata memang ramai sangat yang komen dan kongsi album tu.. Semoga terus maju jaya ya! 😀

Xoxo
sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge