Cara Nak Dapatkan Tiket Wayang Percuma di TGV Cinemas

0
Print Friendly, PDF & Email

Seperti yang dijanjikan semalam, pagi ini saya nak kongsikan bagaimana nak dapatkan tiket percuma di TGV Cinemas.

cara-mendaftar-movieclub-tgv

Pertama sekali, apply untuk jadi member MovieClub. Kalau awak memang jenis tengok movie dengan anak-anak memang bagus join MovieClub ini. Sebab boleh buat sedikit penjimatan.

 
Cara nak apply MovieClub;
 
1- So, paling senang mula-mula kena daftarlah di MovieClub.
 
2- Lepas tu, jangan lupa bayar yuran pendaftaran sebanyak RM30.
 
3- Check email. Klik link untuk activation.
 
4- Pergi kaunter TGV Cinemas untuk dapatkan kad MovieClub.
 
Tahniah! Dah berjaya.
 
Jadi apakah kelebihan kalau join MovieClub ni?
 
1- Pertamanya, akan dapat welcome freebies. Sebenarnya nilainya lebih kurang RM30 tu sebab dia bagi 2 tiket PERCUMA + 1 regular set popcorn. Jadi macam tak bayar membership pun.
 
2- Pada bulan kelahiran, akan dapat 2 lagi tiket PERCUMA + 1 regular popcorn sekali lagi. Bayangkan birthday yours truly bulan ini, maknanya bulan ini dapat 4 free tickets + 2 regular set popcorns. Yeay.
 
3- Setiap RM10 akan ditukarkan ke dalam MovieMoney1. Kumpul-kumpul boleh la buat beli tiket atau popcorn. Percuma juga tu kan. Hehe.
 
4- Lepas tu boleh beli tiket lebih awal bagi cerita yang belum keluar cinema lagi. Contohnya, cerita tu keluar minggu depan, tapi dah boleh sesiap beli hari ini. Yang ini memang hardcore. Tenang duhai anak muda. Hehehe.
 
5- Kalau ada rezeki mungkin akan dijemput ke Movie Premiere. Okay yang ini saya tak excited sangat melainkan dia bagi 6 tiket untuk semua. 6 for all. All for 6. Ekekekekeke.
 
Tip Super Jimat di TGV Cinemas;
 
1- Beli tiket Cinema Family Friendly.
 
Keklin suka TGV Cinemas sebab ada Cinema Family Friendly. Paling best boleh dapat tiket lebih murah. Selain itu, kau takkan rasa bersalah kalau anak-anak menangis dan berlari ke sana dan ke mari. Buatlah macam cinema sendiri. Hehehe.
*semak TGV Cinemas kau ada dalam list atau tiada
 
2- Kalau kau pemegang Maybank Cardmember, kau boleh beli 2 tiket dewasa dan dapat 2 tiket kanak-kanak percuma di Cinema Family Friendly.
*semak info di website TGV Cinemas
 
3- Kalau anda bekerja dari rumah seperti saya, tonton movie sebelum pukul 12pm. Nanti akan dapat harga ‘early bird’ yang bermula dari RM8*.
*semak info di website TGV Cinemas
 
Hmm, rasanya itu sahaja yang boleh dikongsikan. Oh ya, jangan lupa keahlian untuk tempoh setahun sahaja ya. Jangan bising-bising pula bila dah sampai masa nak activatekan semula. Hehehehe.
 
Selamat menonton.
share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge