8 Cara Mengajar Anak Adab Diri Semenjak Kecil. #6 Ramai Ibu Bapa Suka Elak

1
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

Apabila anak-anak dah semakin membesar, sangat penting untuk ajar mereka mengenai adab-adab diri. KakLin percaya sangat ibu-bapalah sebenarnya yang sepatutnya memulakan pendidikan ini semenjak mereka kecil dan mesti bermula dari rumah.

So, kenapa KakLin rasa benda ni perlu?

Pertama, sebab anak-anak innocent, tak tahu apa-apa dan perlukan seseorang untuk mengajar mereka.

Kedua, sebab kita ayah dan ibu kepada anak-anak kecil kita. Takkan kita nak harapkan pengasuh atau cikgu pula yang nak ajar kan?

So, berikut adalah apa yang KakLin suami isteri pesan dan ajar bila anak-anak dah semakin membesar:

1- Kalau nak mandi atau buang hajat; pastikan membuka baju atau seluar dalam bilik dan mesti memakai tuala. ‘Vice versa’ kalau nak pakai baju selepas mandi juga mesti di dalam bilik. Bukan di ruang tamu atau di bilik orang lain.

pendidikan seks untuk anak-anak

Sejak bila kami start pesan macam ni? Sejak anak-anak dah pandai mandi dan cebok sendiri. Jadi depends pada anak masing-masing. Tapi sebaiknya walau anak tu masih kecil dan kita masih mandikan mereka, kitalah yang jaga kan. Jangan bagi anak bogel lari-lari keliling rumah. Pendek kata, jangan biasakan. Supaya bila di  luar rumah pun anak-anak dah biasa untuk rasa malu. Satu lagi kalau kita ni tinggal dengan keluarga yang besar, maka dapat dielakkan badan anak kita diperhatikan oleh mata-mata yang tak sepatutnya. Got it?

2- Ajar cara membersihkan ‘private part’ dengan betul. Anak lelaki diajar oleh ayah dan anak perempuan diajar oleh ibu.

Pendidikan Seks Anak Perempuan

Pesan pada anak, orang lain TAK BOLEH menyentuh private part mereka. Walaupun cuma untuk ‘main-main’. Even ibu bapa pun tak boleh menyentuh private part anak-anak yang dah besar. Melainkan kalau dalam ‘darurat’. Contohnya anak mengadu sakit dan sebagainya. Kalau bawa jumpa doktor, pastikan kita ada bersama semasa doktor membuat pemeriksaan tu.

3- Jangan duduk di atas ribaan orang lain (lelaki) walaupun mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak. Dan jangan bermain atau bermanja berlebihan dengan sepupu berlainan jantina, pakcik, atok dan sebagainya.

Kita perlu bataskan ‘sentuhan’ anak-anak dengan orang lain. Walaupun dengan orang yang kita percayai. Dah banyak sangat kisah dan kes yang kita baca dan dengar – orang yang rapat dengan kita selalunya yang akan merosakkan anak-anak ni. Bukan orang lain pun, dan kadang-kadang tak sangka. So, please.. beringat sebelum terkena.

4- Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.

pendidikan seks anak anak

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan) solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun. Dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”

[HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim]

Kami mula pisahkan tempat tidur anak (berlainan bilik) sejak si anak gadis berumur 6 tahun. Alhamdulillah, memang pada awalnya agak susah tapi menjadi lebih mudah setelah diberi motivasi dan dipujuk. Pentingnya memisahkan tempat tidur ini kerana anak-anak gadis biasanya akan datang haid lebih awal.

5- Biasakan anak-anak untuk mengetuk pintu bilik orang lain sebelum masuk. Terutamanya bilik ibu-bapa.

pendidikan seks untuk anak anak

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[Surah An-Nur: 58-59]

Ajar anak untuk mengetuk pintu bilik sebelum masuk. Walaupun bilik tu tak tertutup sepenuhnya. Dalam Islam pun dah sangat jelas bagaimana kita diguide kan. Ini adalah supaya ‘aib’ kita tidak terdedah pada masa-masa kita terlupa nak kunci pintu. Dan satu lagi nak bagitau pada anak-anak supaya hormati privacy orang lain. So, orang pun akan menghormati privacy kita. Bukan main redah je sesuka hati.

6- Menjawab soalan yang berkaitan dengan ‘seks’ yang ditanya oleh anak-anak dengan jelas. Ini penting supaya dia tidak mencari jawapan sendiri di luar etc

menjawab soalan anak mengenai seks

Ada banyak persoalan yang anak-anak kita bakal tanya. Contohnya;

Bagaimana adik lada dalam perut mama?’
Kenapa mama tak solat hari ni?’
‘Kenapa kita perlu kahwin?

See? Ada banyak soalan yang perlu kita jawab dengan hikmah. Jangan cuba nak elak dari soalan tu dengan bagi jawapan macam ni;

‘Sudah, sudah! Esok dah besar kamu tahu la cemana adik boleh ada dalam perut mama.’
‘Nanti kakak dah besar kakak taulah kenapa kakak tak perlu solat.’
‘Eeee.. semua benda nak tanya!

Jawapan di atas tu semua escapism!

Anak-anak mesti rasa tak puas hati. Jadi, dia akan mula mencari jawapan pada soalan-soalan tu di luar pula. Kita sebagai parents kadang-kadang memang mati akal juga dengan soalan ni. Apa lagi? Pergilah tambah ilmu. Berbincang dengan rakan sebaya yang lain. Rajin baca buku. Tanya pendapat orang yang lebih berpengalaman dan sebagainya. Soalan tu mesti kena jawab juga tau. Tapi dengan hikmah okay. Jangan main hentam ja jawab tu. 😀

7- Memantau rancangan TV yang ditonton oleh anak-anak

Hati-hati dengan apa yang anak kita lihat di kaca tv. Ramai anak-anak mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang meraka lihat dan dengar. Even rancangan kartun pun kita memang kene tahu nature kartun tu cemana. Sebab sekarang ni cerita kartun kadang-kadang banyak yang mempunyai mesej negatif. Mari kita salahkan Yahudi macam biasa. Eh! Sebenarnya patut salahkan diri mak pak sendiri sebab kita yang ada kuasa nak control hidangan minda anak-anak. Tak perlu salahkan agenda orang lain. Sepatutnya agenda kita sendiri yang kene jelas.

Sama juga dengan drama-drama Melayu. Macam-macam tajuk drama yang ada. Anda semua pun mesti perasan kan. Suamiku Encik Sotong, Isteri Separuh Masa, Playboy Itu Suami Aku. Alahai alahai… (Malas nak ulas.. *^&%%#?!)

8- Setkan ‘parental control’ pada setiap gajet. Silap tekan benda lain yang akan keluar.

parental controls setting

Hampir semua orang ada gajet yang canggih sekarang ni. Dan setiap gajet tu kebanyakannya mempunyai akses pada capaian internet. Dunia tanpa sempadan dan apa-apa info pun orang boleh dapat melalui internet.

Kita boleh beri anak menggunakan gajet-gajet ni semua, tapi mesti ada limit dan paling penting sekali mesti aktifkan parental  control. Parental control setting boleh membantu kita untuk menghalang anak-anak daripada ‘menerima’ input negatif samada sengaja ataupun tidak.

Mungkin perkara ini nampak tak penting bagi sebahagian ibu-bapa di luar sana. Tapi percayalah, pendidikan adab dan akhlak sangat penting dan perlu diajar dari rumah lagi. Kalau rasa susah nak apply kat anak-anak cuba fikir sekali lagi. Sebab in the end of the day, yang bertanggungjawab atas anak-anak ini adalah kita sebagai parents. Wallahu’alam.

Semoga anak cucu dan keturunan kita dilindungi oleh Allah yang Maha Pelindung.

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge