Bercuti di Farm Ville Homestay Sekinchan – Road Trip 2016

0
Print Friendly, PDF & Email

Sebenarnya rancangan cuti di Sekinchan ni sebab anak-anak ada program cuti sekolah di Kuala Selangor. Kebetulan kami memang plan nak buat road trip semasa cuti-cuti ni. Makanya, kami pun bermula dari Sekinchan. Seperti biasa google adalah teman rapat dalam mencari info. Paling best tentulah baca blog orang kan. Hehe.

Setelah Keklin berhempas pulas bloghopping dari satu blog ke blog yang lain akhirnya kami memilih Farm Ville Homestay. Yeah!

Memang best sangat homestay ni tau. Okay malaslah nak cerita panjang-panjang, biarlah gambar berbicara. Cewah!

Homestay ini adalah container yang dijadikan bilik-bilik. Sangat lapang dan dibina di tepi sawah. Memang best sangat. Petang-petang angin meniup-niup mesra shawl & menampar manja pipimu. Hahaha.

bercuti di farm ville homestay sekinchan

Keklin tempah Family Room. Harga satu malam RM168 sahaja. Murah kan? Dalam bilik ni ada 2 katil King disediakan. Biliknya luas memanjang. Ruang di antara 2 katil King tu sangat luas. Macam boleh muatkan 1 lagi katil king. Kalau rajin bawa toto sendiri dari rumah bolehlah bawa. Mesti gembira dapat guling-guling kat lantai tu. Hihihi.

bercuti di sekinchan

Oh ya, di dalam bilik ada 1 bilik air. Tapi almari memang tiada cuma disediakan 1 tempat gantung dan beberapa hanger. Ada meja solek dan kerusi beserta 1 cermin. Ada hair dryer dan dilengkapi dengan 2 aircond. Cumanya, plug kalau tak silap ada 2 je. Jadi pandai-pandailah korang kreatif bawa extension ke dan sebagainya. Towel ada 2 helai je. Jadi kalau korang ramai, silalah bawa towel sendiri ya.

Untuk memudahkan korang, ni Keklin kongsikan rate setiap bilik yang ada di homestay tersebut.

harga bilik di Farm Ville Homestay Sekinchan
Dekat homestay ni macam-macam boleh buat. Korang boleh melompat di trampoline secara berjemaah dengan anak-anak. Habis pecah semua lemak tau. Hahaha. Dah peluh-peluh boleh ajak anak mandi swimming pool pula. Petang-petang boleh sewa basikal ataupun buggy pusing-pusing dekat kawasan padi tu. Memang best sangat.

Pagi-pagi jangan lupa tengok sunrise tau. SubhanAllah memang cantik sangat. Lebih-lebih lagi bila cahaya matahari tu terpantul di tali air. Keklin sempat ambil gambar beberapa keping. Adududuhhh, bukan main cantik pemandangan ini.

sunrise di sekinchan

Aktiviti lain di sekitar Sekinchan juga banyak. Tapi disebabkan masa sangat mencemburui dan kami terpaksa bergerak awal nak ke Gambang pula maka kami sempat ke 3D Art Gallery Sekinchan je. Yang bestnya 3D Art Gallery Sekinchan ni dekat sangat dengan Farm Ville Homestay ni. Dalam 2 minit je dah sampai. Depan mata je. Hehehe.

Nah, Keklin belanja sekeping gambar mereka mengekspresikan emosi dan berlakon acah-acah gitu.

3d art gallery sekinchan
Nak masuk semestinya ada yuran. Tapi Keklin lupa berapa harga fees yang kena bayar sebab encik suami yang bayarkan. Jadi memanglah tak ingat kan. Ada 3 tingkat kesemuanya. 1 tingkat masih dalam proses cat-mengecat. 2 tingkat dah lengkap semua lukisan. Jangan lupa naik ke tingkat atas sekali sebabnya memang cantik sangat atas tu. Tapi dinasihatkan agar pergi di waktu awal pagi atau petang hari semasa matahari tak panas.

Lastly, dekat Sekinchan terkenal dengan mentarang. Jangan lupa singgah makan di mana-mana restoran di tepi jalan ya. Memang sedap tapi honestly tak puas lak rasanya sebab halus sangat mentarang ni. Tapi kalau nak cuba apa salahnya kan.

makan mentarang di sekinchan

Kalau nak tengok lebih banyak gambar dalam Farm Ville Homestay ni boleh tengok dalam album yang Keklin kongsikan di dalam album facebook di bawah ini.

Semoga membantu buat korang yang tengah mencari-cari percutian bajet dan pastinya menenangkan minda. Nah, tengok video Sekinchan Keklin ni, semoga teruja! 😀

 

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge