Bagaimana Cara Nak Ambil Gambar Flat Lay Sendiri

0
Print Friendly

Bismillah.

Okay kali ni Keklin nak share cara ambil gambar flat lay. Sebenarnya senang sangat tau nak ambil gambar flat lay ni. Kalau selama ni kau jeles tengok gambar orang cantik-cantik, lepas ni kau dah boleh tersenyum seorang diri. Aha!

Gambar flat lay ni kalau kau ada jual barang memang sesuai sangat. Biasanya, kalau ada gambar yang cantik, insyaAllah akan memukau mata yang memandang. Orang kata, dari mata turun ke hati kan.

Kalau kau peminat Instagram, pun memang patut ada gambar yang cantik-cantik. Sebabnya, dekat Instagram tu gambar come first barulah caption.

Jadi mari kita mulakan.

Tip 1: Sediakan Produk, Tentukan Tema & Props

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri
Pertamanya, mestilah ada barang kan. Contoh macam Keklin, barang/produk adalah suplemen Shaklee. Eh, kau jangan pula kata Keklin saja nak promo ya (ecececehhh, padahal memang nak promo, hihihi). Keklin kan Shaklee Lover, haruslah guna suplemen Shaklee ni.

Lepas tu, tentukan tema. Macam gambar atas ni sebenarnya Keklin nak ambil gambar flat lay untuk Set Kehamilan.

Kemudian, props yang cantik-cantik mesti ada. Macam bakul atas tu Keklin beli kat kedai RM2 je. Jangan kedekut nak beli props tau. Sebab itu salah satu faktor yang bagi gambar kita nampak cantik.

Tip 2: Background Cantik dan Bersih

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri


Kedua terpenting ialah background. Background yang paling bagus adalah yang bewarna putih & plain. Sebab akan menyerlahkan produk kita tu. Kalau produk warna putih, pilihlah background lain. Ataupun naikkan seri dengan props. Keklin ada banyak jenis kertas yang Keklin beli untuk dijadikan sebagai background untuk gambar flat lay.

Tip 2: Background Cantik dan Bersih

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Selain dari kertas, Keklin juga sebenarnya teringin nak ada kayu pallet sendiri. Tapi belum ada rezeki lagi. Takpelah, kita guna dulu apa yang ada. So, macam atas ni, sebenarnya ia adalah placemat ataupun table mat (typo pula dalam gambar tu). Yang ini, kau cari je kat Aeon. Berlambak tau. Tapi pandai-pandai pilih. Ambil gambar atas placemat ni memang cantik sangat dan kau dapat berlagak acah-acah bergambar atas meja yang cantik gila. Hahahaha.

Tip 3: Sumber Cahaya Semulajadi Yang Banyak

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Dalam undang-undang gambar cantik menikam kalbu ialah mesti diambil dengan cahaya yang cukup. Melainkan kau memang nak ambil gambar silhouette yang juga cantik (tapi penuh emosi). Jadi, kalau buat kat rumah, cari satu tempat yang boleh berikan natural light. Kalau kat ofis sila pergi dekat tepi tingkat. Kalau kau jenis suka ambil gambar makanan,sebelum masuk restoran tu, plan sesiap untuk pilih meja dekat dengan tingkap.

Ada juga orang yang menggunakan study lamp sebagai sumber cahaya. Tapi Keklin tak pernah buat sebab selalunya ambil gambar masa siang je.

Tip 4: Menggunakan Styrofoam Untuk Atasi Bayang-Bayang

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Okay, yang ini juga penting sebagai usaha untuk mengurangkan shadow pada gambar kita. Sifu Keklin juga bagi tip untuk menggunakan aluminium foil yang dilekatkan dengan apa-apa base untuk tujuan yang sama. Kalau susah sangat guna car shade yang warna silver tu pun boleh je. Macam gambar di atas ni, nampak tak bayang-bayang tu? Kalau takde styrofoam tu, bayang-bayang tu lebih gelap sebenarnya.

Tip 5: Susun Ikut Kreativiti (Susunan 4 Segi)

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Ini adalah salah satu cara menyusun gambar flat lay yang paling best. Nampak cantik tersusun gitu kan macam gambar teruja suami Keklin masa pergi Italy last year. Hihihi. Boleh juga ambil dengan susunan lain. Ada yang bentuk bulat, love dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada kekreatifan kita.

Tip 5: Susun Ikut Kreativiti (Less is More)

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Kadang-kadang, kita boleh dapatkan satu gambar yang cantik dengan objek yang sedikit. Tak perlu nak banyak objek dalam satu gambar. There is beauty in simplicity katanya.


Tip 5: Susun Ikut Kreativiti (Blend the Color)

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Ya. Cuba blend dengan gambar objek dan juga props. Memang akan nampak serasi bersama. Nampak cantik memukau pandangan kan. Untung-untung terus orang beli produk kat kau dik. Hihihihi.

Tip 5: Susun Ikut Kreativiti (Ikut Tema)

bagaimana-cara-mengambil-gambar-flat-lay-sendiri

Tip terakhir ialah ikut tema. Macam gambar atas ni, Keklin nak jual set menyusu yang boleh bantu slim sekaligus. Jadi, Keklin letaklah props pam susu dan juga buku bacaan pasal breastfeeding. Sekali tengok je kau tau apa yang Keklin nak jual kan.

Haa.. jadi itulah dia rahsia kecomelan gambar Keklin selama ni. Kau kalau sekali buat tak jadi, kau jangan menangis dik. Keklin ni walau gambar tu takdelah semegah mana pun tapi Keklin tak pernah kenal erti putus asa tau. Satu gambar tu selalunya berpuluh-puluh keping Keklin ambil walau di akhirnya cuma satu je yang menambat kalbu. Tabah kan Keklin? Hehehe.

Oklah, itu saja tutorial kali ni. Kalau Keklin murah hati, insyaAllah lain kali Keklin kongsikan tutorial nak edit gambar comel-comel pula ye. Jangan lupa follow Keklin kat fesbuk okay.

 

Ketik Share ada di bawah. Kalau rasa bermanfaat silakan share. Terima kasih daun keladi!

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge