Anda Ahli Shaklee? 12 Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengapa Anda Rugi Kalau Tak Pergi Ke National Conference Shaklee Akan Datang

4
Print Friendly

Bismillah.

Hai! KakLin yakin ramai yang baca entri KakLin kali ni adalah ahli Shaklee. Ataupun mungkin juga yang ada niat nak join Shaklee. Kan? 😄

Rasanya ramai yang tahu atau paling-paling kurang pun pernah dengar mengenai National Conference (NC) Shaklee.

Secara ringkasnya, NC dibuat setiap tahun untuk menghargai ahli Shaklee yang cemerlang dalam bisnes Shaklee masing-masing.

Dan setiap tahun, NC ni memang tak pernah mengecewakan. Full of excitements and suprises!

Tak percaya? Video pendek ni membuktikan segala-galanya. Masih meremang bulu roma bila lihat semula..

Okay, straight to the point. Kat bawah ni ada 12 perkara yang best sangat masa kat NC 2015 yang lepas. Dan semua ni hanya dapat jumpa setahun sekali. Tahun ni dah lepas.. tahun depan pastikan tak terlepas tuk join sekali okay.

1) Menginap di Hotel Palace & Golden Horses 3 Hari 2 Malam Secara PERCUMA!

Bestkan? Siapa tak suka tidur kat hotel? Lebih-lebih lagi kalau 5 star punya hotel. Mungkin ada yang dah biasa duduk hotel pastu cakap ‘Ala.. setakat tidur kat hotel pun aku boleh pergi sendiri..’. Betul la tu.. Tapi yang ni lebih terasa istimewa sebabnya PERCUMA! Siapa nak kasi percuma? Semua orang suka benda percuma kan? Lagi best sebab kawan-kawan Shaklee yang lain pun tidur hotel yang sama.. Meriah sangat kenn.. 😀

National Conference Shaklee 2015

2) Round KL & Dapat Beg Serta T-Shirt PERCUMA

Tahun ni, Shaklee bawak semua Qualifiers pusing KL dan singgah ke beberapa tempat yang best tau. Antaranya ke Muzium Diraja, Central Market (lejen sangat tempat ni.. tempat bermain semasa belajar dulu-dulu :P) & Aquaria KLCC. Kalau Shaklee tak bawak mesti kita tak pergi kan. Untung la Shaklee sponsor trip ni.. 😀

nc shaklee 2015

Oh ya, Shaklee bagi juga beg & T-Shirt percuma. Mahal tau beg tu.. Sebab ada cop Shaklee.. *hehe.. Korang takde kan beg cenggitu?. Kalau nak tahun depan kena join. Dan T-Shirt tu labuh juga ala Muslimah. Kalau takmau design macam tu still boleh pilih T-Shirt lengan pendek. Boleh pakai kat rumah kan. Seronok tau. Dah alang-alang WAHM ni haruslah semangat juga pakai baju Shaklee kat rumah kan? 😀

3) Duit Lunch RM50 Sehari Untuk Seorang

National Conference Shaklee

Yang ini memang ramai yang lompat bintang. Manakan tidak, setiap Qualifiers diberikan RM50 satu kepala untuk makan tengahari je. Jadi kalau 2 hari dapatlah RM100. Whoa! Cuba bagitau siapa yang makan RM50 masa lunch? Takde tau.. maksudnya mewah lettew Shaklee bagi bajet sampai RM50 kan.. Patut pi makan buffet kat mana-mana hotel..

4) Dinner 2 Malam Berturut-turut Dengan Makanan Super Yummy

Ni antara paling best sekali. Bagi yang suka makan Shaklee bagi dinner best sangat tau. Sebab Shaklee sponsor untuk dinner kedua-dua malam.

National COnference Shaklee 2015

Malam pertama – dinner kat Grand Hyatt
Malam kedua – dinner kat MIECC

Dan pastinya menu semua yummilicious 🙂

Breakfast di Hotel Palace, lunch dengan bajet RM50, dinner pun kene sponsor. Tak payah susah-susah bawa Maggi Cup 1 dozen.. Mabeles!

5) Suprise Gift Atas Katil!

Setiap kali NC kan, KakLin paling suka yang ni. Tak sabar-sabar nak masuk bilik nak tengok apa suprise gift yang Shaklee bagi. *haha. Bagi la sesimple manapun tapi siapa yang tak suka hadiah kan? Sukaaaa sangat. Lebih-lebih lagi dari Shaklee 🙂

Cuba tengok hadiah dari Shaklee ni.

Hari pertama tu dapat Collagen Shaklee tu. Bukan sepeket dua. Tapi 1 KOTAK! *Pengsan. Rasanya semua pun tahu yang Collagen Shaklee ni antara produk Shaklee yang super best sebab kolagennya terhasil dari sumber marin yang sangat berkualiti. *Siapa tak pernah try memang rugi.

national conference shaklee

Hari kedua tu pula dapat sehelai Shawl Burberry. *Vah Vah. *Pengsan kali kedua 😀

national conference shaklee

Best tak? Jeles tak? Kalau cemburu tahun depan mesti join okay! 😀

6) Naik Stage & Terima Award

Antara saat-saat yang paling sentimental ialah apabila naik ke pentas untuk terima award(s). Dapat buktikan pada diri sendiri dan rasa sangat puas dengan apa yang telah diusahakan sepanjang cycle lepas. Summore dapat bakar semangat anak buah. Kan?

National COnference Shaklee 2015
Barisan Business Leaders. ‘Tamparan Wanita!’ 😀
national conference shaklee 2015
‘Anak, cucu, cicit’ dari KK di bawah Empayar Pollux – Master Aya’
National COnference Shaklee 2015
‘Anak, cucu, cicit di bawah Empayar Aryan’s Family – Ayu’

7) Goody Bag Yang Sangat Best

national conference 2015

Setiap kali NC, goody bag ni adalah perkawa wajib mesti dapat. Isi dia memang ohsem sangat. Dapat baucar.. dapat car sticker, dapat beberapa peket Collagen, dapat pen Shaklee.. dapat botol Shaklee – yang ni best sebab design kali ni berlainan dengan design sebelum ni.. Memang bertuah siapa yang dapat goody bag ni tau.. The bag itself pun sangat eksklusif.. Made by material yang ala-ala guni, dan sangat strong. Boleh isi barang-barang nak pos ni.. Every year, kaler beg ni berlainan.. Tahun ni hijau.. 😀

8) Koleksi Pin Cantik

national conference 2015

Bagi setiap Qualifiers, setiap kali NC anda akan dapat pin ni. Comel dan sangat eksklusif kan. Orang lain takde ni tau. Kita je dapat. Setiap pin tu ada tulis tahun NC. So, pin ni antara bukti dan juga koleksi pin dari Shaklee yang boleh kita tunjuk pada anak-anak bila dah tua nanti. Menggamit kenangan katanya. Gittew.

9) Sedut Aura Geng Shaklee Yang Luar Biasa

Tanyalah pada sesiapa pun, kalau pergi event Shaklee, lepas balik rumah semangat tu sangat berlainan dan sangat hi energy. Sangat recommended bagi yang mudah hilang semangat, mudah down, perlukan motivasi untuk hadiri event Shaklee ni. Balik mesti anda buat Shaklee bersungguh-sungguh.

Kalau tak percaya, cuba tengok sekali lagi short video bawah ni. Ada rasa apa-apa tak? Beza memang berbeza tau.. 😀

Masa NC ni juga anda boleh jumpa dengan semua orang-orang hebat dalam Shaklee. Dan juga insan-insan penting dalam organisasi anda. Master-master yang luar biasa hebat dan anak cucu cicit yang juga super ohsem. Selain tu boleh bersalam, bertepuk tampar dan berborak-borak dengan Staff Shaklee yang selama ni cuma kenal melalui cerita-cerita orang je. Tapi kali ni boleh jumpa depan mata 😀

national conference 2015

10) Mendengar Sharing Daripada Para Masters Yang Sangat Inspiring

NC kali ni, ada ramai Masters yang kongsikan tips dan kisah motivasi kepada semua audiens. Semua sangat bersemangat dan masing-masing berkongsi tips yang sangat menarik. Inspiring sangat sebab dari situ kita boleh tahu rahsia-rahsia mereka sukses dalam Shaklee 😀

NC Masters Sharing

11) Booth Demo & Jual Produk, Body Health Check

Kalau pegi NC, kita berpeluang untuk melihat sendiri demo produk oleh staff  Shaklee. Semua produk ada. Anda boleh tanya apa je. Dari produk sampailah kepada cek tahap kesihatan diri. Nak tips cantik-cantik pun boleh. 🙂

Produk Kesihatan Badan

national conference 2015

Produk Penjagaan Diri & Kecantikan – Nutriwhite & Enfuselle 

nutriwhite shaklee

Produk Penjagaan Rumah – Get Clean

product demo shaklee

Selain tu, boleh juga buat Healthy Body Check oleh Nutritionist Shaklee yang bertauliah.

body check NC

Boleh beli macam-macam barang Shaklee masa tu juga.

sales expo national conference shaklee 2015

Seronokkan, lebih-lebih lagi kalau bawa parents mesti mereka suka 🙂

12) Anak-Anak Bergembira Dengan Clown!

national conference shaklee

Sebenarnya bukan dengan clown je tau. Tapi ada banyak lagi aktiviti yang Shaklee sediakan semasa NC. Paling best ada Day Care Room lagi tau. Letak je anak-anak bermain dengan gembira di sana, dan kita boleh fokus di dalam dewan untuk seketika. Kalau ada  bibik ataupun ahli keluarga yang free boleh ajak temankan anak-anak kat Day Care Room tu, jadi hati pun tenteram tak gundah gulana dalam dewan. Shaklee kan memang baby-kids friendly. Agak tepat juga bila nak kata Shaklee ni is a family business. Sebab mostly kita akan nampak anak-anak ada di mana-mana. Well, walaupun sibuk bekerja, family is till no 1 kan? 😀

national conference shaklee

Haa.. Teruja tak? Sebenarnya ada banyak lagi perkara best masa NC ni berlangsung. Next year NC akan diadakan di Sunway Convention Centre. Akan bermalam di Sunway Hotel. Kalau macam last year (yang juga buat kat sana), antara programnya nanti boleh mandi manda dalam Sunway Lagoon.. Cuba teka siapa paling hepi kalau dapat mandi dalam tu? Ya.. Pandai teka.. Anak-anak la kan.. So, apa lagi? Push factor tu.. Buat Shaklee betul-betul ya 😀

Hampir terlupa, kalau nak nikmati semua ni anda mesti jadi nak Qualifier atau jadi jadi Star Award Achievers. Namun setiap yang best-best ni mestilah didahului dengan susah payah. Kalau mudah pasti semua SID dah dapat join kan.. Namun sebenarnya, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Honestly bila dah sepanjang cycle bertungkus lumus berusaha, National Conference Shaklee menjadi sangat manis untuk dilalui.

Jadi, nak tau bagaimana nak dapat tidur hotel 5 bintang FREE, dapat gifts FREE, dapat duit makan & dinner FREE.. dan macam-macam lagi.. Sila korek rahsia tu dari upline masing-masing ya.

Jom ramai-ramai meriahkan National Conference Shaklee tahun depan! Jumpa di sana! 😀

p/s: Eh! Ada pesanan penaja pulak.. kalau anda belum lagi jadi member Shaklee, tapi ada niat nak jadikan Shaklee sebagai kerjaya anda.. ehem.. bolehlah hubungi kami laju-laju ya.. sama-sama kita bina empayar untuk keluarga mawaddah wa rahmah! 😀

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge