Anakku Dibuli Kerana Pendek

0
Print Friendly, PDF & Email

Semasa Myra mula-mula masuk sekolah rendah, dia selalu mengadu orang selalu ejek dia ‘pendek’. Padahal orang pendek ni comel tau. Lambat nampak tua *Ececeh

Memang nampak muka dia selalu sedih. Balik sekolah, selalunya KekLin akan tanya, “Hari ni best tak sekolah kakak?”.

Jadi awal-awal tu memang dia selalu mengadu ada je orang ejek dia pendek. Paling KekLin kesian ada sorang tu suka cubit dia masa solat Zohor (kat sekolah dorang ni memang akan solat Zohor berjemaah).

Kalau ikut rasa memanglah geram dan kesian kat anak kan. Tapi, KekLin cakap kat dia tak payah sedih-sedih. Kalau orang ejek, kakak diam je. Kalau si kawan tu cubit, kakak alih tempat lain.

Memang nampak pasif kan respon macam tu. Tapi KekLin selalu percaya, orang yang sabar selalu berjaya.

Naik tahun 3, tiba-tiba si kakak dilantik jadi pengawas. Budak-budak yang selalu ejek tu dah tak ejek sebab penat gamaknya si kakak buat tak tahu je.

Dan paling best, si kawan yang suka cubit Myra dah jadi bff la pula. *haha

Berkat kesabaran si kakak akhirnya beliau gembira pergi ke sekolah setiap hari. Hati mama pun banyak senang.

Kalau korang pun ada anak comel macam Myra, ini beberapa tip yang boleh dipraktikkan agar si comel ini boleh membesar (dan meninggi) dengan gembira.

Satu,
Hati-hati dengan steroids. Steroids mungkin akan menyebabkan anak kecil. Contohnya macam Myra ni, dulu masa dia kecil dia adalah pengidap Asthma yang agak teruk. Jadi selalu kasi dia pakai neb. Alhamdulillah, dah semakin okay dan boleh dikawal dengan suplemen semulajadi.

Dua,
Pastikan anak-anak dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Sebab masa tidurlah tulang, otot dan lain-lain akan membesar. Bagi anak tempat tidur yang selesa, bagi gelap suasana dan pastikan anak tidak terlalu kenyng atau lapar. Sleeping healthy namanya tu.

Tiga,
Pastikan beri anak makanan yang berkhasiat. Karbo, protien, kalsium, minyak ikan.. ala, semuanya la kan. Satu lagi Vitamin D juga sangat penting sebab ia bantu pertumbuhan tulang dan otot anak-anak.

Empat,
Kuatkan sistem imunisasi anak-anak. Yang ni penting sangat okay. Sekarang ni macam-macam virus ada. Memang scary. Paling mudah beli Vitamin C dan kasi anak-anak makan setiap hari.

Jadi, itulah kisah bidadariku si Myra yang kecil molek. 😀

Anak pendek

Nota gambar: Semua muka terpaksa ditutup kerana melindungi hak privasi anak-anak Syurga ini.

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge