Anak Kidal. Ini Yang Ibu Bapa Mesti Tahu Mengenai Anak Bertangan Kidal

54
Print Friendly

Anakku Si Tangan Kidal

anak tangan kidal

Dalam keluarga kecil KakLin, anak ketiga KakLin si Hannah bertangan kidal. Sekarang dia dah berusia 5 tahun. KakLin suami isteri takde yang kidal. Jadi kidalnya itu tidak diwarisi dari kami berdua. Mungkin dari nenek moyangnya.. LOL

Sebenarnya, tangan kidal ni kita boleh detect semenjak anak kita masih kecil. Perhatikan tangan apa yang mereka selalu gunakan ketika bermain, ketika mencapai objek, ketika makan dan sebagainya.

Mulanya KakLin rasa mempunyai tangan kidal bukanlah masalah yang besar. Tetapi semakin Hannah membesar, rupa-rupanya selama ini dia terpaksa menghadapi dunia yang menggunakan right-handed dengan sedikit kepayahan.

1- Makan Dengan Tangan Kiri

Setiap kali makan dia kerap tertukar menggunakan tangan kiri. Walaupun dah ditegur banyak kali, tanpa dia sedar dia akan (tertukar semula) menggunakan tangan kirinya. Sebab tangan kirinya dominan. Jadi kita perlu bersabar. Tegurlah banyak kali sehingga dia ingat. Alhamdulillah, sekarang dia dah tak keliru dan menggunakan tangan kanan sepenuhnya ketika makan 🙂

2- Salam Menggunakan Tangan Kiri

Jangan marah anak ini kalau dia selalu menghulurkan tangan kirinya semasa mahu bersalam dengan orang lain. Ingatkan dia baik-baik. Agak sukar bagi dia untuk membezakan penggunaan tangan mana yang appropriate dalam satu-satu keadaan.

3- Mirror Writing & Tulisan Yang Comot

Selain tu, bila Hannah menulis, kadang-kadang dia akan menulis secara terbalik. Ataupun mirror writing. Tapi KakLin tak terfikir pun sebab tangan kidal dia tulis terbalik sehinggalah KakLin terbaca kat internet yang mostly anak kidal akan menulis secara terbalik pada awalnya. Tapi jangan risau, perkara ni boleh diatasi – cuma kita perlu monitor sahaja.

tangan kidal tulis terbalik

Selain itu, tulisannya mungkin tidak kemas. Dan kadang-kadang dia akan menulis huruf dari kanan ke kiri. Jangan risau atau jangan cuba betulkan mengikut cara si tangan kanan menulis. Biarkan sahaja sebab cara menulis huruf yang ada hari ini memang dah didesign untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Jadi kalau anak anda lebih selesa menulis huruf dari kanan ke kiri dulu biarkan je.. yang penting dia selesa!

4- Susah Menggunakan Alat Yang Dicipta Khas Untuk Tangan Kanan

Sebelum ada anak kidal, KakLin tak perasan pun yang kebanyakan alat-alat yang digunakan sehari-harian dicipta untuk tangan kanan. Lepas dah ada Hannah, baru tahu yang mostly alat-alat ni memang susah hendak digunakan oleh si kidal.

Contohnya ialah gunting. Anak-anak kidal memerlukan gunting khas untuk tangan kidal. Mereka tak sesuai menggunakan gunting biasa kerana ianya didesign khas untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Masalah berlaku apabila anak kidal cuba menggunakan gunting tu. Memang agak kekok dan sangat tak membantu anak-anak kidal ni.

Apa Yang Kita Boleh Lakukan?

1- Cuba Fahami Anak Tangan Kidal

Letakkan diri kita di ‘kasut’ mereka. Apabila mereka menghadapi sedikit kekeliruan dalam penggunaan tangan yang sesuai untuk satu-satu aktiviti atau keadaan, lebih mudah untuk kita menegur mereka dengan lemah lembut. Empati sangat penting supaya kita tidak merasakan yang anak bertangan kidal ‘sengaja’ ataupun ‘berpura-pura’ tidak ingat apa yang kita sudah pesan pada mereka sebelum ini.

Just imagine, bagaimana kalau tiba-tiba kita yang selama ini menggunakan tangan kanan terpaksa menggunakan tangan kiri kita dalam semua aktiviti seharian?

2- Cuba Usahakan Untuk Mencari ‘Peralatan Tangan Kidal’

Seperti yang KakLin tulis sebelum ni, cuba mudahkan kerja mereka dengan mencari alat-alat yang sesuai untuk tangan kidal. Gunting untuk tangan kidal, pensel warna untuk tangan kidal (pensel warna berbentuk 3 segi sangat sesuai untuk tangan kidal sebab gripnya lebih baik) dan sebagainya.


gunting untuk tangan kidal
pensel si kidalSemua ni boleh beli kat pasaraya dan kedai buku.

3- Anak Tangan Kidal Istimewa – Bukan Kekurangan

Jangan anggap anak ini pelik ataupun menyusahkan. Yang penting bantu anak bertangan kidal ini untuk adapt dengan keadaan sekeliling mereka dengan baik. Lef-handed is genius okay! 🙂

Kelebihan Anak Kidal

tangan kidal
Masa ni si Hannah genap 4 tahun

Tapi di sebalik semua tu, KakLin memang perasan Hannah mempunyai kelebihan berbanding adik beradiknya yang lain.

– Berbanding kakak dan abangnya, Hannah lebih kemas bila mewarna, lebih teliti, lebih pandai melukis dan sebagainya (pada tahap umurnya). Hannah juga lebih cermat dan suka mengemas. *amboi, pakej menantu terbaik ni.. haha

tangan kidal cantum warna

– Masa mula-mula dia pandai mewarna, dia suka cantum-cantumkan warna tu.. contohnya kalau dia nak warnakan buah epal, dia akan mix kan warna tu.. hijau sikit, pastu sambung merah sikit, kuning sikit.. gittew.. kreatif kan? 😀

tangan kidal kreatif

– Dia boleh berfikir di luar kotak. Contohnya macam gambar atas ni. Dia boleh buat baju si Anna Frozen ni dengan menggunakan kertas. Mula-mula KakLin rasa biasa, tapi bila abang dan kakaknya balik dari sekolah – mereka rasa terkejut sebab Hannah boleh buat macam tu. Dan mereka kata – mereka pun tak terfikir akan hal tu. Masa ni barulah KakLin perasan – eh.. betullah.. huhu

– Hannah suka bantu saya mengemas dan rajin menyusun atur barang-barang dalam rumah. Walaupun kerjanya kurang kemas (yelah.. budak kecik kan.. hihi) tapi dia memang rajin 😀

– Paling menarik, ramai orang kenamaan dan hebat-hebat di dunia ini bertangan kidal. Mungkin kebetulan. 🙂

Antaranya,

– Saidina Umar al-Khattab
– Albert Einstein, Isaac Newton, Charles Darwin, Benjamin Franklin
– George H.W. Bush, Bill Clinton, Barack Obama
– Joan of Arc, Alexander the Great, Julius Caesar
– Napoléon Bonaparte, King Louis XVI, Queen Victoria
– Prince Charles, Prince William, Henry Ford
– David Letterman, Kurt Cobain, Phil Collins
– Michelangelo, Leonardo da Vinci, Amitabh Bachchan
– Tom Cruise, Angelina Jolie, Nicole Kidman
– Marilyn Monroe, Sarah Jessica Parker, Keanu Reeves
– Oprah Winfrey, Bruce Willis

Ramai lagi sebenarnya tapi yang atas tu yang KakLin familiar.

** Oh ya, hari tu KakLin & Hannah dijemput untuk ke rancangan Feminin TV1. Slot khas untuk orang kidal tau. Memang seronok dan tak sangka sebab bersama dengan 2 jemputan hebat yang lain iaitu Dr Fadzilah Khamsah dan juga Man Kidal. Best! 😀

Sebenarnya bukan kebetulan pun, tapi disebabkan tangan kidal ni otak kanan lebih dominan. Macam yang ditunjukkan di bawah ni.. Jadi tak hairanlah mereka ni lebih kreatif dan genius! 😀

tangan kidal

Jadi kalau ada anak yang bertangan kidal, raikan & bantu mereka okay. Sebab bukan mudah sebenarnya untuk hidup di dunia tangan kanan.. 😀

Owh ya! Hari ini 13 Ogos 2015 adalah hari tangan sedunia.

Selamat Hari Tangan Kiri Sedunia Genius!! 😀

sweetbonda

 


VITAMIN UNTUK ANAK

vitamin untuk anak

Checklist Tahap Kesihatan Anak:

(√) Kerap demam
(√) Kerap selesema
(√) Kerap batuk
(√) Kerap semput
(√) Alahan/Alergi

Setiap bulan mesti habiskan duit ke klinik je.
Malangnya sentiasa mendapat ubat yang sama & tahap kesihatan anak masih tak berubah.

Penat. Letih. EL. Stress.

Kenapa anda tak berusaha untuk membina kesihatan anak anda?
Sekiranya anak kurang sakit, hati lebih tenang & anak lebih ceria.

Hubungi kami untuk info lebih lanjut.
{ KakLin 014-3386810 }


share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion54 Comments

  1. Saya pun kidal jugak. Memang jenis tulis terbalik ataupun senget. Zaman belajar dulu, kalau tulis straight habislah tangan kotor, maklumlah pakai pensil kan. Nak tak nak kena tulis samada terbalik atau sengetkan kertas supaya tangan tak kotor atau kena dakwat. Sampai ke tua ni pun, style macam tu jugalah saya menulis. Lagi satu, bab nak guna sudu. Punyalah susah nak suap guna tangan kanan.. tapi lama kelamaan alhamdulillah boleh makan guna sudu dgn tangan kanan hehe
    Travelog Siti baru menulis mengenai…27 Jam di IstanbulMy Profile

  2. Saya kidal dan anak sy no 3 pun kidal.. peturun mama dia kot.. ada geng hihi.
    kalo pakai sudu selalu terguna tgn kiri. Bila ingt cepat2 tukar tgn kanan..
    time study dulu prob kalo kena guna meja yg kena selak2 tu huhu.. kena duduk senget baru boleh menulis.
    kadang tu ambil 2 seat terus. Satu unt duduk n satu lg utk menulis..
    rindu zaman study dulu..

  3. Fmly sume tngn kanan tp ank dara sy yg sorng nie tngn kiri…sprti yg s tlis 100% smue perwatakan ank sy sme ngn hanna…

  4. Sy pun juga salah seorang anak kidal. Malah dalam adik beradik saya, tiga orang tangan kidal termasuk saya. Dan unik berkongsi bulan kelahiran yang sama ! Hehe. Ibu bapa saya dan saudara mara tidak seorang pun bertangan kidal. Ya saya akui, seperti akak cerita tentang anak akak bertangan kidal agak sukar menggunakan barang orang kanan dan agak berbahaya skill guna tu. dan sebab ‘rare’ tu mmg agak menakutkan orang lain bila tengok sy buat kerja kerja teknikal. Macam mengetuk mengimpal. Heheh. Tapi, lama lama okay walau terpaksa kreatif juga heheh. Tak apalah walau terpaksa sengetkan tangan nak menulis. Apapun happy lefthanded day ! Sy bersyukur bertangan kidal :)) walau selalu juga lukaluka heheh

  5. Terhibur baca artikel ni..hihi. Saya dulu kalau ambil lauk tangan kiri mesti tangan kena pap! Last2 tiap kali nak makan belek dulu lengan, lengan kiri ada parut, kanan ada tahi lalat.. Bila dah besar pun still confius kiri kanan, paling fail bila di suruh tunjuk arah jalan. Habis terbalik… Masa drive pun macam tu, kena request orang buat signal guna tangan.. Pasrah je family saya melayan kerenah saya.

  6. Assalam Lin,
    Kak Line pun kidal..mmg rasa dh kepayahan bila guna gunting masa kecik2 dlu, pembuka tin yg mcm dolu2 tu nak guna pun payah (almaklum ai org 70an) so selalu kalau buka tin mmg mengelat minta mak je buka..alasan LECEH! AHHAHA!
    Dalam keluarga mmg kak line sorang je kidal. Bila dah kawin pun mama nye je kidal.
    Anak2 semua masa kecik mcm nak mengkidal tapi cepat2 tukar bg biasa guna tgn kanan…lama2 x de sorang pun yg kidal. Kidal mmg unik tapi kesian pd drg nnt payah..sbb dalam islam pun tak galakkan guna tgn kiri kesian masa drg kena adjust blk tu kan.
    Anyway gud sharing Lin..take care!
    Wassalam.

    • Wslm kak Line,

      Thanks untuk sharing 🙂

      Aah betul memang sangat menduga kesabaran part makan guna tangan kiri tu.
      Slowly but surely akan guna tangan kanan nanti < ---- part ni je yang waibulgunnah 'paksa' ajar anak guna tangan kanan - sebab tuntutan dalam Islam. Lain-lain shud b no problem.. 😀 LinChalo baru menulis mengenai…My Sacred Journey – Umrah [Part 1]My Profile

  7. salam…kita same saya n suami xkidal tp anak sulong kidal…betol tulisan xkemas berbanding si adik tp istimewanya dia pandai melukis n mewarna dgn kemas…..setiap kali peperiksaan subjek seni akan dpt A

  8. Anak sy no.3 pun kidal…. umur 3 thn bln 11 nie… waris ayah sy…. mmg istimewa… bijak… suka pd buku dr mainan… ckp x pelat… lncr & jelas… suka buat lawak…. mmg suka membantu…. terutamanya bab sidai kain & susun kain dlm almari…. soo cute…

  9. Assalam.. Sy left handed dan makan pakai sudu kalau pakai tgn kanan mmg kelaut . smpai skrg . ape ape pon sy mmg konfius mase skolah tadika dulu . tulis tebalik . dan sy rse kiri tu kanan . haha

  10. Sye pun kidal. Mkan belah kanan tu pun sebab cikgu saya tegur depan kwan2 time kecik2. Bab gunting tu memang betul. Sampaikan nk tolong mak buat kerja kt dapur pun, mak x bgi risau tgok cara sya pegang pisau. Tiap hari ade luka kt tngn even pegang kertas. Skrg dh kurang luka.seminggu 1-2 kali kot. Smpai 1 thap mak ckp kne cari kedai khas untuk tngn kiri.
    Tulisan memang x cantik. Smpai nangis2 kne mrah ngn cikgu tulisan x cantik. Still mencari kedai khas untuk lefthand. Nk bukak kedai x mmpu. Sekarang cikgu x boleh marah sye dh. 😂😂😂😂😂😝Sebab sye dh jadi cikgu.

  11. Saya half kidal. Tulis, main badminton/tenis, pegang gunting, potong bawang/sayur semua kiri.

    Tapi kalau kupas kulit mangga, makan, angkat barang berat kebanyakannya kanan.

    Lagi pelik, kalau kira kekuatan, kanan saya lebih kuat dari kiri, dan saya main bola guna kaki kanan. Kaki kiri lemah sangat. Haha.

  12. Faeq pun kidal. Ya laa.. Baru perasan dia suka creative. Walaupun tulisan dia comot, tp dia suka main dgn kertas. Bukan utk menulis, tp dia buat mask (ironman katanya), pedang, boat, aeroplane.. Dia jg selalu tanya soalan2 pelik2 (kekadang tidak terfikir pun).. Harap2 besar nanti jadi anak yg hebat seperti Saidina Umar dan genius mcm AE. Saya bangga ada anak kidal 😀
    Aya Chalo baru menulis mengenai…Rahsia Mengatasi Masalah Anemia Sebulan Sebelum BersalinMy Profile

  13. saya pun mempunyai seorg ank tangan kidal, sebelah mak ada yg kidal, tapi kami adik beradik tiada yang kidal…
    memang betul ank yg kidal sangat istimewa, anak sya pandai melukis gambar yg ada dalam buku tanpa tekap. tapi bab makan memang x ble nak tukar, tetap jg guna kiri 🙂

  14. sye pun kidal.. semua benda guna tangan kiri, cuma mkn pakai tangan jek tngan kanan ,,huhu mmg susah nk cri barang yg dicipta untuk tangan kiri,,stress

  15. Assalamualaikum lin..
    Kakk pun mahu bkongsi punya suami n anak boy kedua ..kidal.

    Mmg btul apa yg lin tulis..masa.awal tadika tulisan anak ni kdg terbalik..nmun smakin lama bransur semakin baik dan baik.. apa yg pentg kita kena support.

    Pasal tools tuk kidal ni mmg payah..he he..
    Stiap kali mghadapi situasi sulit d rmh atau sek…mmg kita kena bantu tuk memudahkan mrk spt time memotong buah2/kek dll..atau semasa menulis pada meja sek. Yg mana pljr duduk sebelah btangan kanan..kena tukar position..klu x tangan mrk akan blaga..
    Guru kelas pun kata anak ni sgt kreatif dan mpunyai daya imaginasi tinggi..
    Mcm suami jglah mmg mahir.bab2 mlukis/menconteng/melakar.
    Namun yg pliknya lgi..anak ni bkn saja kreatif tp sgt pantas dlm ilmu maths..alhamdulillah
    ..anak ni jg jenis yg lbh cenderung indoor game..klu outdoor games mmg ktinggaln dgn abg atau adik dia..mmg mcm tu ka tangan kidal..
    Bab

  16. assalam..Bila baca artikel ni rsa bsalah kat ank sulong sya, umur 5 thn..sya n suami tngan knan..anak sya tngan kiri..suka tulis tbalik,lambat ingat bla ajar ssuaitu bnda,suka lupa,tulisan x elok..dlu warna x elok skrng dah ok..tpi suka susun brang main,bear..suka main kertas,suka mwarna n mlukis..suka cipta bnda kdng2 beg platik d jdikn topi,baju,kain,sluar..suka tnya mcm2..skrng bru fham knapa dia ssh ingat,tulis n warna..sya ingatkn anak sya bmasalah dlm plajaran slama ni..thanks sis info bguna bgi Kami mama papa yg tngan knan ni..

  17. Anak ketiga saya juga bertangan kidal. memang kreatif bebenar dalam lukisan, mewarna dan juga tak ketiinggalan dalam rekacipta. Dengan sekelompok lego pelbagai bentuk dan warna , dia telah menyiapkan hampir 50 jenis rekabentuk saperti bangunan, robot pelbagai rupa , kenderaan terutama star wars….

    Dia juga gemar membantu isteri saya di dapur terutama bila isteri saya buat kuih. Masa nak raya, dia yang sibuk nak isi beras dalam kelongsong ketupat…

    Oh ye… anak saya ni lelaki sekarang berusia 11 tahun…..

  18. Salam..

    Saya anak no.3 juga kebetulan kidal juga..
    Saya share skit pengalaman sy survive dlm dunia right handed..sampai saya pun dh comfuse sy tgn kidal ke x..

    Zaman kanak-kanak mmg x best bg saya. Sehingga nk tulis…nk gunting…dan pelbagai brg mmg byk right handed yg punya..

    Minta anak akak praktis..ckp ngn dia..anak akak genius..boleh control kiri dan kanan..
    Saya byk lalui benda2 x best contohnya masa di sekolah..sy x dibenarkan memasuki pertandingan menembak..saya amat kecewa hanya kerana sy kidal..nmpk cm penjenayah cara menembaknya..

    Dari situ sy byk praktis..slow2..alhamdulillah..
    Sy boleh menulis kiri dan kanan..bersukan guna kiri dan kanan kaki dan tgn..

    Genius dan kreatif utk anak puan..

Leave A Reply

CommentLuv badge