9 Cara Penulisan Yang Baik Di Facebook

0
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

Okay kali ni, saya nak kongsikan berkaitan dengan cara penulisan yang baik di Facebook. Zaman sekarang hampir semua orang ada akaun facebook kan. Tapi ramai yang tak tahu bagaiamana mahu menghasilkan perkongsian yang baik.

cara-menulis-status-facebook

Ilmu ini ada yang diberikan oleh sifu penulisan. Ada juga yang berdasarkan pengalaman sendiri. Honestly, diri sendiri pun masih lagi dalam proses belajar. Belajar terus belajar.

Ayuh kita mulakan!

1) Niat menulis untuk sebarkan kebaikan. Mungkin nak share ilmu, nak share info, nak kasi yang baca tu rasa semangat, nak hiburkan hati kawan yang tengah bersedih, sebagai inspirasi dan sebagainya.

Yang tak baik kita tak perlu nak tulis. Cerita kat bff dalam Whatsapp sudah. Keh keh keh.

Dan oh ya, dalam facebook jangan sesekali meroyan ya dik. Yang ini akan menyebabkan kau kehilangan pembaca-pembaca positif kau. Rugi.

2) Cikgu saya pesan, sentiasa tulis dengan ejaan penuh. Ya saya sokong. Saya dari dulu berusaha untuk mengeja ejaan penuh.

Selain tu, jagalah perenggan. Kau janganlah buat status panjang satu perenggan tanpa tomakninah. Pening ahkak nak baca dik.

3) Tulis posting ala storytelling. Gaya bercerita.

Ala, macam kau tengah bercerita dengan bff kau la. Bila tulis gaya bercerita, orang lebih suka baca.

4) Jangan sombong.

Kau dah tulis status lepas tu bila orang komen kau tak jawab. Jawablah. Melainkan komen kau dah beratus-ratus itu lain cerita. Ibaratnya kau bawa kawan kau berborak, tapi bila dia mula bercerita kau takde respon pula. Aduhai.

5) Selalu bertegur sapa dengan kawan-kawan di alam maya. Like dan komen posting mereka. In return kau pun akan dapat yang sama. Win-win!

Kau akan dapat tiga kebaikan kalau kau peramah di mukabuku.

1- Lain kali orang suka nak komen kalau kau buat status.

2- Engagement kau akan meningkat dengan orang-orang yang komen tu. Kalau orang bisnes mesti tahu apa kepentingan engagement ni kan.

3- Kau akan ada ramai kawan. Seronok kan ramai kawan. Nama pun social media kan. Tempat untuk bersosial di alam maya.

6) Kadang-kadang buatlah status 2-hala.

Maksudnya, tanya soalan, minta pendapat dan lain-lain. Bila kita tanya soalan, kawan-kawan akan respon. InsyaAllah meriahlah wall kau tu nanti.

7) Kongsikan apa yang kita minat atau apa yang kita lakukan.

Ramai orang buntu tak tau nak tulis apa. Cikgu saya ajar, fikirkan beberapa hobi/minat kita. Tulislah di facebook.

Contohnya, saya suka cerita pasal aktiviti anak-anak. Saya juga suka ambil gambar. Maka sebab itu saya selalu tulis dan share pasal 2 benda ni.

Kalau kau seorang pendidik, pasti ada cerita inspirasi daripada anak-anak murid kau. Kalau kau seorang peguam, pasti ada cerita ikhtibar dari anak guam kau.

Kalau kau seorang petani, pasti ada banyak ilmu mengenai tumbuh-tumbuhan, tanah dan serangga perosak yang kau boleh kongsikan. Kalau kau seorang baker, kongsilah tip-tip memasak yang best.

Masing-masing ada cerita sendiri. Dan tak semua orang tahu. Dan inilah kekuatan kau sebenarnya. Kisah-kisah menarik yang tak sama dengan orang lain.

Tulislah. Jangan simpan seorang-seorang. Orang suka baca sesuatu yang dia tak tahu.

8) Be yourself.

Tulislah ikut keselesaan sendiri. Tak perlu ikut cara orang lain. Sebab bila kita tiru orang lain nanti kita akan rasa susah nak menulis. Bila susah nak menulis, hmm alamatnya tiadalah posting.

9) Kalau kau peniaga, tolong jangan 24/7/365 tulis iklan sahaja. Its a big no-no okay.

Ada sifu kata amalkan 5:1.
Iaitu, kau tulis 5 posting yang tiada kaitan dengan bisnes, kemudian barulah kau letak iklan.

Ada yang kata 3 + 1.
Iaitu, kau berikan 3 status yang bermanfaat, kemudian barulah kau up status iklan.

Walau apa pun formulanya, pastikan kau jangan sesekali spam wall sendiri dengan iklan produk kau saja. Nanti orang lari jauh-jauh.

Kalau nak juga, gunalah fanpage ataupun beriklanlah di fb ads. Lagi afdhal.

Zaman sekarang, kau kena banyak tulis posting yang bermanfaat untuk prospek. Kemudian barulah sekali sekala kau letak iklan.

Give & take katanya.

Semoga membantu!

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge