5 Tips Nak Buat Anak Tak Sabar Bawa Bekal Ke Sekolah

12
Print Friendly

Tips Buat Anak Tak Sabar Nak Bawak Bekal Ke Sekolah

Hari ni nak share tips yang boleh digunakan untuk buat anak tak sabar-sabar nak bawak bekal ke sekolah. Anak-anak KakLin memang bawak bekal ke sekolah kecuali hari Rabu (hari kurrikulum), hari yang cik M datang menggoda KakLin ataupun hari-hari yang anak ada event kat sekolah.

bekal anak ke sekolah

KakLin memang bekerja dari rumah dik, tapi jangan tak tau lebih ramai mak-mak bekerja di luar sana yang lagi gigih dan sabar daripada KakLin dalam menyediakan bekal anak-anak ke sekolah tau. Siap ada yang buat bento comel dan lawa-lawa lagi. Kreatif dan sabar sangat. Tapi KakLin tiada semua itu. KakLin memang sangat salute ibu-ibu yang sabar ni. 🙂

Sebenarnya nak bagi anak suka untuk bawak bekal ke sekolah akak mencabar. Lebih-lebih lagi anak yang baru masuk sekolah (Tahun 1). Jadi ini ada beberpa tips yang KakLin harap dapat membantu ataupun dapat memberikan idea buat mak-mak yang hadapi masalah ni.

1- Masakkan Lauk Kegemaran

– Mulakan dengan menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Contohnya mihun ke, spagetti ke, ayam goreng ke.. dan sebagainya.. Bila kita masakkan makanan kegemaran mereka.. Anak-anak pasti tak sabar nak tunggu waktu rehat 🙂

2- Belikan Bekas Makanan Yang Mereka Suka

– Apa kata ajak anak-anak ke kedai dan minta mereka pilih bekas makanan yang mereka suka. Dengan cara ini mereka lebih gembira dan lebih bersemangat nak bawa bekal ke sekolah. Tapi sebagai mak kita kene pastikanlah bekas makanan tu mudah untuk digunakan dan mempunyai ciri-ciri bekas makanan yang baik. Kalau ada compartment lebih baik sebab mudah kita nak asingkan makanan nanti.

3- Selitkan ‘Nota Cinta’

– Antara yang menyebabkan anak dara KakLin tak sabar-sabar nak bawa bekal ke sekolah bila dia tak sabar-sabar nak tahu apa yang mama dia ni selitkan dalam bekal dia. Yang ni memang seronok tau.. Tulis je apa-apa yang menggembirakan hati anak-anak.. Walaupun simple tapi both sides akan gembira.. Kita boleh tunjukkan kasih sayang kita macam ni.. Dan jangan terkejut kalau si anak akan membalas nota cinta kita tu.. Nanti kita pula yang excited lebih.. *haha

(Sesuai untuk anak yang dah pandai membaca sahaja ya 😀 )

4- Letak ‘Jajan’

– Ehem, yang ini maybe sensitif sikit. Sebab ada certain parents memang tak beri anak langsung makan jajan ni. Tapi KakLin bagi juga sikit. Sebab reason paling simple – kesian kat anak bila dia tengok kawan-kawan dia makan jajan kat sekolah. Sebab KakLin tak nak dorang beli jajan kat sekolah (sebab kita tak tahu apa yang akan dorang beli dan berapa banyak pula yang dia akan beli) jadi KakLin decide untuk beli something sweet. Tapi yang bestnya, kadang-kadang bila dah kenyang dorang tak makan pun jajan tu.. oh ya.. sebab KakLin bekalkan buah sekali.. 🙂

5- Pelbagaikan Jenis Buah

– Buah adalah ‘jajan’ yang terbaik buat anak – sebab kandungan gula semulajadinya boleh memuaskan keinginan anak-anak yang suka pada makanan manis-manis. Pelbagaikan jenis buah buat anak. Antaranya, buah oren, buah anggur, buah lai, apple dan sebagainya.

Tips:

– Kalau takut tak sempat nak masak pagi-pagi, boleh simpan sikit lauk makan malam untuk anak bawak ke sekolah.
– Anak yang dah biasa bawa bekal ke sekolah, cenderung untuk memilih membawa bekal dari membeli makanan di kantin. Buktinya, anak-anak KakLin lebih suka membawa bekal. 

Okay. Inilah antara tips yang KakLin buat untuk pikat hati anak-anak bawa bekal ke sekolah. Harap dapat memberikan sedikit semangat buat mak-mak di luar sana! 😀

Xoxo,
sweetbonda

 


Anak-anak dalam fasa membesar dan banyak melakukan aktiviti luar akan terdedah kepada ramai orang (kawan-kawan dan guru-guru).

Pastikan mereka mendapat khasiat makanan yang seimbang dan kalau perlu jangan lupa untuk membina kesihatan dan tingkatkan imunisasi mereka melalui vitamin & mineral yang berkualiti.

Info lanjut 0143386810 🙂

vitamin untuk anak

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion12 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge