5 Sebab Mengapa Saya Jatuh Cinta Dengan Bisnes Shaklee

0
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

Hari tu kan, time saya sedang sibuk-sibuk memasak di dapur, tetibe saya terima satu whatsapp dari kawan ex-seuniversitas saya. Dia tanya saya, cemana saya duduk rumah je tapi boleh ada income?

Dan dia paling tak puas hati lagi bila dia dapat tahu yang suami saya pun dah join kelab saya sekarang ni – “duduk-rumah-macam-takde-kerja-tapi-duit-masyuk”. Macam wow sangat khennn?

wahm in kitchen

Terus saya yang memang dah terel pegang sudip sambil membalas mesej customer terus membalas cenggini:

“Aku buat Shaklee je.. Sama la laki aku pun sekali”.

Dalam hati saya berkata-kata, tak perasan lettew dalam Facebook memang nyata jelita dah yang aku ni penchenta Shaklee.

Tak lama lepas tu saya terima satu lagi balasan dari si dia yang mugkin sedang panasaran nun jauh di sana.

“Kau buat Shaklee? Shaklee tu bukan MLM ke? Dari US kan?”.

Maka, saya pun yang tengah kepanasan sebab kena bahang memasak cepat-cepat membalas cenggini pulak:

“Aah, memang la MLM. Dan memang dari US. Kenapa??”.

Jawab saya sambil mengelap peluh di dahi dan perasan tak ada 2 penambahan tanda soal di situ mewakili saya benar-benar nak tahu “apa masalahnya dengan MLM dan produk US?”. 

Sambil-sambil saya membayangkan si dia buat kerja guna excel dan pakai Avon untuk cantik-cantik..

Masa saya jawab whatsapp tu saya sentiasa ingat pesan mentor Shaklee saya – apabila menjawab whatsapp kene senyum dan oh plis, jangan cepat melatah okay.

Maka perbualan whatsapp kami yang seterusnya adalah sejarah.

Dan alhamdulillah berkat kerana saya tetap menten cool, dan sopan santun ketika membalas soalan-soalan mautnya.. Maka akhirnya dia pula yang rela hati nak join part of my Shaklee family. *Lompat bintang!!

Shaklee ni MLM ke?

Semasa saya mula-mula join Shaklee, saya tak tahu pun Shaklee ni MLM. Serius tak tipu. Dan mengejutkan kebanyakan kawan-kawan seShaklee saya yang lain pun tak tahu Shaklee ni MLM! *Nampak sangatkan cara kami diapproach bukan dengan cara MLM konvensional tu.

Kebanyakan yang jual Shaklee ni sebab jatuh cinta dengan produk Shaklee. Macam saya sangat jatuh cinta dengan Set Menyusu dan Set Berpantang Shaklee yang sangat berkesan dan membantu saya. Selepas tu saya jadi ahli pada bulan Jan, 2012. Tapi start aktif pada Julai 2012.

Dalam kumpulan kami, takde lagi yang join Shaklee dengan modal RM3,000 ka.. RM5,000 ka.. Apatah lagi RM20,000! Takde semua tu. Kebanyakan daripada kami masuk Shaklee dengan 2 cara je. Bayar yuran keahlian RM65 ataupun free yuran keahlian kalau beli produk bernilai 200uv. Itu je. Takde paksaan. Takde janji-janji manis menjanjikan pangkat dan duit beribu pada bulan pertama join. Takde apa-apa janji pun yang membuatkan ‘orang malas yang nak cepat kaya’ untuk join.

Tapi, amazingly kami dioffer untuk diajar bagaimana untuk berniaga. Cara nak share product Shaklee, bagaimana nak tahu pasal satu-satu produk tu, peringatan untuk bekerja bersungguh-sungguh. Malah kami juga tahu yang tiada jaminan kami akan menjadi jutawan kalau tak berusaha. *Gittew.

Bisnes MLM Yang Bagus

Dan telah dibuktikan, Shaklee bukan sistem piramid. Berapa ramai yang downlinenya pangkat lebih tinggi dari upline. *Ehem.. macam saya lettew. Downline saya merangkap adik kandung saya pangkatnya lebih tinggi dari saya. Sekarang dia adalah seorang Master (pangkat tertinggi dalam Shaklee). Dan ada banyak contoh lain lagi. Hakikatnya, yang bekerja di ofis itu la yang mengamalkan sistem piramid. Sebab di atas sekali cuma ada seorang leader/bos. Dan anda cuma pekerjanya yang bekerja keras tetapi dibayar sedikit. Anda bekerja untuk orang atasan. Kerja kuat pun tetap tak boleh menjadi CEO syarikat tu. Tetapi di Shaklee, anda bekerja untuk diri anda sendiri! Lagi kuat anda bekerja, lebih hebat habuan yang anda bakal dapat! *Osem kan?

Ada yang mengatakan MLM ni menipu dari segi pembahagian bonus. Kalau anda join Shaklee dulu, nanti income anda lagi banyak dari yang lambat join Shaklee. Terus saya rasa macam nak guling-guling sebab “thats ridiculous babe!”. Ada juga yang sanggup mengatakan upline makan income downline. Kegilaan apakah ini? *LOL

Sistem pembahagian bonus Shaklee sangat jelas. Di setiap kategori bonus kami tahu daripada mana datangnya. Upline tak ambik walau satu sen pun bonus downline. Semuanya bergantung pada usaha keras upline/downline. Kalau usaha keras insyaAllah bonus yang masuk pun deras bak air terjun Niagara. *Okay, exaggerate!

Shaklee adalah salah satu syarikat yang kukuh. Dah lama gila kat Malaysia ni. Shaklee tak main lot-lot. Tak main kepala-kepala. Bulat sana bulat sini. Pairing etc. Takde semua tu. Dalam Shaklee, “kau usaha lebih kaulah yang berjaya!”.

mlm bill gates

Tau tak, Warren Buffett, Robert Kiyosaki, Donald Trump & Bill Gates semua bersetuju Network Marketing adalah bisnes yang paling menarik di dunia?

Vitamin ni ada sijil halal ke?

halal shaklee

Ehem.. saya akui, ramai antara kita yang sangat mementingkan status halal haram satu-satu produk. Syukur alhamdulillah. Termasuklah Shaklee. Ramai yang bertanya, Shaklee ni halal tak? Maka saya pun menjawab panjang lebar mengenai status halal haram Shaklee ni. Mesti la halal. Kalau tak halal mesti ramai yang tak beli. By the way, Shaklee takkan dapat tanda halal macam kat atas tu dik, sebab Shaklee bukan made in Malaysia..

1- Jatuh cinta dengan produknya

Dalam banyak-banyak produk, Shaklee adalah antara produk kesihatan yang berani dengan tagline mereka seperti yang di bawah ni. Pernah tak terfikir, bagaimana mereka begitu berani sekali menggunakan tagline sedemikian rupa? Kalau kita berfikir secara logik, adakah kita berani nak claim macam ni kalau kita tak producekan produk yang benar-benar berkualiti? *Kalau saya, saya memang tak berani sebab kat Malaysia ni sikit-sikit kena saman tau..

Sentiasa Selamat – Sumber: Shaklee Malaysia

Kata Shaklee:-

1- Kami telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

2- Kami menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

3- Kami hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

4- Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapatdalam produk pesaing.

5- Kami bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.


Shaklee sentiasa selamat
Shaklee sentiasa selamat

# Tiada bahan tiruan & tiada bahan kimia yang merbahaya. Best kannn…


2- Sentiasa Berkesan- Sumber: Shaklee Malaysia

Kata Shaklee:- Kami Menjamin Keberkesanannya

Bukti Saintifik & Klinikal:

100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007

Kami menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.

Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Screen Shot 2015-01-08 at 11.13.18 PM

Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara Berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.

Screen Shot 2015-01-08 at 11.15.46 PM

Screen Shot 2015-01-08 at 11.16.44 PM
3- Sentiasa Mesra Alam- Sumber: Shaklee Malaysia

Kata Shaklee:- Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Kami terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green.

Kami sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Kami telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.

Safe for You, Your Home, and Your Planet®

always-green1always-green2

Amboi, sedap je ‘kopipes’ semua ni kan. Jangan risau, semua saya dah linkkan semula ke Shaklee Malaysia. Nak tau lebih lanjut boleh baca di sana.

Sebenarnya saya dah sampai ke ofis Shaklee pada tahun lepas. InsyaAllah saya akan tulis pengalaman saya melawat HQ Shaklee di Pleasanton, CA sikit masa lagi.

4- Bonus! Bonus! Bonus!

Saya teringat beberapa minggu yang lalu, semasa Master Farah Wahida membuat satu pungutan bantuan banjir, dalam masa 24 tabung tu dah mencapai RM100k! Agak-agak siapa penyumbang terbanyak dalam tabung tu?

Saya tak nyatakan semua pungutan tabung tu daripada geng-geng Shaklee. Tapi saya berani jamin hampir kebanyakan penyumbang adalah dari pengedar Shaklee sendiri.

Satu, sebab kempen ini bermula daripada Master Farah, bermula dari group FB kami, kemudian disebarkan ke dalam grup kecil kami, kemudian kami sebarkan kepada kawan-kawan kami.

Dua, dalam Shaklee ada ramaiiiii Master (read: Ramai bermaksud bisnes ni betul-betul real. Sistem.. marketing plan semua betul.. proven resultnya ialah ramai yang berjaya dalam bisnes Shaklee). Dan dalam Shaklee juga ada raaaaamai Supervisor (min income 4 angka). Dan seorang Master yang baru naik busuk-busuk pun saya rasa income beliau mencecah RM40k. Kalau dah lama jadi Master dan di bawahnya ada lagi seorang Master (atau ramai), setakat RM100k sebulan tu insyaAllah masuk tiap-tiap bulan dalam akaun bank beliau.

Jadi, pada pendapat anda, adakah bonus di dalam Shaklee lumayan? *Dunia di tangan, akhirat di hati. Sebab tu kena kaya berjaya!

5- Low profile

Saya tau, ramai orang tak yakin dengan menjual vitamin boleh menjamin income yang lumayan. Sebabnya, macam takde je leaders Shaklee yang tayang-tayang gambar kereta, tayang-tayang gambar rumah, tayang cek puluh ribu tiap bulan kan (mungkin adalah sikit tapi takde la sampai masuk FB Ads!) Biasa la orang cakap seeing is believing.

Tapi realitinya, dalam kumpulan Shaklee kami ramai yang dah jadi jutawan. Dan lebih syahdu lagi sebab kebanyakannya adalah mak-mak ibu yang duduk di rumah je jaga anak-anak. Tiada kelas-kelas larut malam di luar. Sekali sekala ada gathering kat luar pun tapi dah jadi macam family gathering sebab suami dan anak-anak kene angkut sekali. *Soleh wa musleh, alhamdulillah.

Isk, terpanjang pula entri ni. Last but not least, my other half kata – hidup adalah pilihan. Buatlah apa-apa kerja pun, yang penting halal dan mesti fokus. Sama juga dengan bisnes Shaklee MLM ni, kita fokus dan berusaha untuk berjaya. No pain, no gain kata orang KL. Shaklee bukan bisnes goyang kaki, golek-golek kat rumah dengan anak. Shaklee adalah satu bisnes yang memerlukan pengorbanan dan air mata. *Whoa! Kellasss sangat!

“Kalau nak cari bisnes MLM, pastikan anda kaji betul semua marketing plan, product. Cari yang proven success rate dia tinggi. Cari yang dah lama established. Dan paling penting sekali, cari bisnes MLM yang benar-benar MEMBANTU ORANG LAIN. Help others to help others, lead others to lead others, teach others to teach others!”.

Oklah, sebelum mengundur diri saya belanja satu keping gambar masa kat Shaklee HQ hari tu… *Hew hew.

melawat ofis shaklee

Hidup Untuk Memberi!  😀

{ Nota kaki: Artikel ini saya republish semula dari blog saya yang satu lagi }

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge