5 Sebab Mama Mesti Masak Sendiri Makanan Bayi. Papa Tolong Ingatkan Mama.

0
Print Friendly

Bismillah.

Antara saat yang paling teruja semasa menjadi ibu ni ialah semasa pertama kali perkenalkan makanan pada bayi kan? Macam KakLin dulu pun suka sangat beli Pa&Ma sebab masa anak pertama tu tahun 2005. Akses ke internet ni susah sikit. Katanya nak cari info tentang makanan untuk anak. Nak cari resepi etc.


makanan pejal bayi pertama

Walaubagaimanapun, agak terkejut juga bila pergi ke pasaraya rupa-rupanya ada dijual ‘makanan segera’ untuk baby. Hmm.. ok ke? Berkhasiat ke? Processed food ni.. Even mak bapak budak pun kene kurangkan makanan macam ni kan..

So, setelah puas baca sana sini, tanya geng-geng SusuIbu.com (lejen sangat tau, KakLin memang hardcore dulu kat SusuIbu.com :D), jadi makanan TERBAIK untuk anak adalah makanan yang dimasak sendiri oleh kita. Sesibuk manapun memang ada 1001 cara lagi nak sediakan makanan untuk anak ni. Paling bonus mestilah sebab halalan wa toyyiban. Halal lagi bersih, dibuat setulus hati ibu.. *ewah!

Okay, jadi KakLin senaraikan 5 sebab kelebihan kalau kita memasak sendiri untuk si comel kita.

#1 Kita Tahu Apa Khasiat Yang Anak Kita Akan Perolehi

khasiat makanan bayi

– Bila kita masak sendiri, kita tahu apa yang akan ‘masuk’ dalam badan anak kita. Kita tahu apa khasiat yang akan diperolehi oleh anak kita sebab kita yang sediakan makanan tu. Seboleh-bolehnya biarlah seimbang. Ada karbo, ada protien, ada lemak (baik), ada serat dan sebagainya. Jadi dari sini kita dah boleh monitor diet si manja tu. Contoh tetibe dia sembelit, kita tahu apa yang tak kena melalui pemakanan dia.

#2 Menjimatkan Kos & Mengekalkan Kesegaran Makanan

– Makanan bayi yang sudah siap diproses yang dijual di kedai adalah mahal. Mengapa mahal? Ini adalah kerana mereka claim yang makanan tu ada macam-macam khasiatnya. Tapi kalau fikir secara logik, kat mana khasiatnya tu kalau dah kena awet tahan berbulan-bulan?

#3 Dapat Menyimpan Stok Makanan

stok makanan bayi

– Sekiranya kita masak sendiri, kita boleh buat stok yang banyak sekaligus dan kita boleh bekukan untuk kegunaan dalam beberapa hari. Jadi kita ada masa untuk monitor tajap alergik anak kita terhadap makanan yang kita beri.

#4 Kebersihan Makanan Dapat Dijaga

– Bila kita sediakan makanan sendiri, kita tahu yang makanan tu memang bersih. Sebab kita yang sediakan untuk anak kita. Tapi kita tak tahu dan tiada jaminan yang  processed food yang dijual di pasaraya tu bersih atau tak. Kita nak beri anak kita makan tau. Bukannya kita yang nak makan.

#5 Air Tangan Ibu Sampai Ke Hati

air tangan masakan ibu

– Pernah dengar tak? Kasih sayang dalam keluarga akan lebih erat dan kuat sekiranya kita memasak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. Anak juga mudah lembut hati dan mendengar kata bila kita memasak sambil membaca doa  dan zikir semasa menyediakan makanan si manja.


Tahu Tak?

# Lebih lambat anda perkenalkan makanan pejal kepada bayi, lebih baik untuk mereka

# Jangan paksa anak untuk habiskan makanan yang banyak kerana perut mereka masih kecil

# Bayi yang baru pertama kali mencuba makanan pejal cukup 1 sudu setiap kali makan di awal-awal minggu anda perkenalkan makanan pejal

# Jangan beri suplemen kepada anak yang berusia 1 tahun dan ke bawah. *Melainkan atas nasihat doktor pakar (dalam keadaan anak kekurangan nutrisi yang teruk)

Semoga semua mama rajin masak untuk bayi anda ya! 😀

sweetbonda

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge