5 Perkara WAJIB Pesan Pada Anak Sebelum Beraya Di Rumah Orang. #4 Tu Memang ‘Lejen’

0
Print Friendly, PDF & Email

duit raya

Tak lama lagi Syawal akan menjelma. Maka aktiviti ziarah-menziarahi saudara mara dan sahabat handai pun akan bermula. Boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada je undangan dari kawan-kawan dan saudara mara.

Bagi mak-mak macam KakLin yang ada anak 4 orang ni, beraya di rumah orang sambil membawa anak-anak Syurga kadang-kadang mencabar juga. Lebih-lebih lagi semasa anak-anak masih kecil.

Manakan tidak, maca-macam gaya pun ada. Silap haribulan kita pula yang naik segan bila anak-anak buat fe’el.

Tapikan, walaupun anak-anak ini kecil tidak bermakna mereka tak faham kalau kita bagi nasihat, kan? So, ini yang kita kena bagitau betul-betul pada anak-anak ni. Kalau boleh ulang banyak kali sebelum Hari Raya pertama tau. Hehe

1- JANGAN Habiskan Biskut Raya Dalam Balang Tu!

Biasalah budak-budak. Kadang-kadang dorang boleh pegang 1 balang kerepek, biskut atau apa-apa je yang menarik selera tu dan duduk diam-diam sampai habis semua isi balang tu. Tapi, percayalah perkara ni memang nampak sangat buruk. Apatah lagi tak share pada orang lain. Paling haru lagi seolah-olah kita tak pernah bagi anak-anak ni makan kerepek-kerepek segala bagai tu. Walaupun tuan rumah kata takpe habiskan je tapi dalam hatinya siapa yang tahu kan.. 😛

Dulu masa anak kecil (dulu Myra pernah buat ni), KakLin ambil balang kuih raya tu, letakkan sedikit kerepek (biasanya anak KakLin suka makan kerepek) ke atas pinggan dan bagi pada anak. 

2- JANGAN Berebut Remote TV Dengan Anak Tuan Rumah

Ini selalunya terjadi kalau pergi ke rumah orang yang kita kenal. Kadang-kadang anak kita ni selamba je duduk melepak sekali dengan budak-budak lain yang tengah tengok tv dekat ruang tamu. Paling haru bila anak kita pula sibuk minta remote TV sebab nak tukar channel kegemaran dia. Malu tau!

3- JANGAN Cakap Apa-Apa Kalau Makanan Tak Sedap 

Ajar anak kalau makanan yang dihidangkan tak menepati seleranya, jangan cakap apa-apa. Lagipun dalam Islam sendiri kalau kita tak suka makanan kita jangan cakap. Senyap je. Seeloknya ajar anak-anak tu semenjak kecil lagi. Bermula dan biasakan dari rumah.

Boleh juga pesan pada anak, kalau tak boleh habiskan bagitau pada mak atau ayah. Jangan cakap kuat-kuat.

4- JANGAN Buka Sampul Raya Di Hadapan Tuan Rumah

Yang ini paling lejen. Pesan banyak kali pada anak-anak, jangan sesekali buka sampul raya di depan tuan rumah. Lepas tu siap cakap kuat-kuat “ala.. 2 ringgit je???” — siap buat muka lagi tu. Kalau KakLin jadi tuan rumah tu mesti dah pengsan depan-depan tu juga. Haha.

KakLin pernah hadapi benda ni duuuuulu lama dah. Sejak peristiwa hitam tu KakLin selalu pesan pada anak-anak, kalau nak BUKA SAMPUL RAYA TUNGGU MASUK DALAM KERETA dulu. Atau paling mudah, dapat je sampul raya laju-laju bagi pada mak. Biar mak tolong pegang. 

5- JANGAN Tanya Tuan Rumah “Duit Raya Takde Keee?”

Selalunya bila anak-anak beraya dengan kawan-kawan, target utama memanglah nak kumpul duit raya. Tapi kalau tuan rumah tak kasi, jangan sesekali tanya. Manalah tau tuan rumah dah kehabisan ‘stok duit raya’ kan.


By the waykan, jangan kecewa kalau anak tak ingat semua pesanan kita ni. Almaklumlah anak-anak memang teruja kalau bab-bab beraya.

Tapi anak KakLin bila dah besar ni, pesanan terakhir yang confirm dorang akan stop ‘buat hal’ di rumah orang ialah bila mak bapak dorang cakap… “TUNGGU NANTI DALAM KERETA YE” sambil besarkan mata.. hahahaha!

Okay, selamat beramal!

sweetbonda

 

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Leave A Reply

CommentLuv badge