[Infografik] 5 Cara Papa Boleh Menyokong ‘Breastfeeding’ Mama

1
Print Friendly, PDF & Email

5 Cara Papa Support BF Mom (1)

Menyusukan bayi bukanlah tanggungjawab mama semata-mata. Sokongan daripada papa adalah sangat penting kerana kejayaan penyusuan susu ibu adalah hasil daripada sumbangan daripada kedua-dua pasangan suami-isteri.

Namun begitu, masih ada lagi papa yang tidak mengambil endah mengenai perkara ini. Ada juga papa yang memang benar-benar tidak tahu bagaimana mahu melibatkan diri dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.

Di bawah ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan oleh papa dalam usaha menyokong mama memberikan yang terbaik buat si manja anda berdua.

#1 Bagi Mama Ruang Untuk Berehat & Relaks

Selepas melahirkan bayi, kebanyakan rutin mama akan bertukar menjadi sangat sibuk. Tugas untuk menyusukan bayi, mengurus bayi, memberi makan pada bayi dan sebagainya menyebabkan diri sendiri tidak terurus. Kadang-kala mama langsung tidak berpeluang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti kerana terpaksa bangun dua tiga kali di malam hari.

Sesekali papa harus memberikan mama masanya sendiri untuk berehat dan relakskan diri. Papa mungkin boleh menjaga bayi untuk beberpa jam supaya mama boleh melakukan perkara yang dapat membantunya segar semula. Contohnya, memberi ruang untuk mama berurut di spa kegemaran ataupun paling mudah berikan mama peluang untuk tidur tanpa gangguan rengekan bayi.

Tips untuk ibu sentiasa bertenaga

 

#2 Belajar Tukar Lampin & Mandikan Bayi

Siapa kata papa tak boleh tukarkan lampin dan mandikan bayi? Kalau anda memberikan alasan anda takut tak biasa mandikan bayi, isteri anda juga begitu. Buat permulaan cuba untuk melihat bagaimana mama menukarkan lampin bayi dan cara mama memandikan bayi. Papa mesti boleh lakukannya kerana semua perkara ini akan menjadi sesuatu yang mudaj sekiranya dilakukan secara kerap.

Apabila papa mampu menyelesaikan tugasan ini, pasti mama boleh memasak dengan senang hati dan jangan terkejut kalau mama boleh memasak mekanan kegemaran papa setiap hari!

 

#3 Berikan Kejutan Istimewa Buat Isteri

Kadang-kadang cuba buat kejutan istimewa khas untuk isteri tersayang. Tak semestinya hadiah yang mahal ataupun pada waktu-waktu tertentu sahaja. Anda mungkin boleh mengirimkan pesanan ringkas mengatakan anda sangat menghargainya bersusah payah menyusukan bayi anda. Ataupun anda mungkin boleh menyelitkan sekuntum bunga ros di atas katil.

Kejutan ini pasti membuatkan isteri anda berasa sangat gembira dan rasa sangat dihargai.

Idea hadiah buat mama

 

#4 Cuba Belajar Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Perjalanan penyusuan susu ibu pasti akan lebih bermakna sekiranya papa juga mempunyai sedikit ilmu mengenai kepentingan penyusuan susu ibu ini. Apabila papa mempunyai ilmu ini, papa boleh memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi lagi kepada mama kerana papa tahu manfaat susu ibu ini terhadap bayi dan isterinya.

#5 Sentiasa Berikan Kata-Kata Semangat Kepada Mama

Di saat mama berasa sedih dan lemah semangat kerana menghadapi cabaran dalam penyusuan susu ibu, semangat daripada anda adalah sangat penting. Sentiasalah ucapkan kata-kata semangat kepada isteri anda, kerana kekuatan emosi adalah sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.

Sebagai insan yang paling rapat dengan isteri, anda seharusnya lebih peka dan sensitif mengenai kesusahan yang dihadapi oleh isteri.

Bagaimana mama? Adakah artikel ini dapat membantu anda untuk mendapatkan sokongan daripada suami anda? Jika ya, mungkin anda boleh kongsikan artikel ini dengan suami anda agar dia lebih memahami dan menyokong anda 100% dalam mengharungi perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun ini.

Semoga bermanfaat!

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge