4 Program Cuti Sekolah Yang Boleh Anda Pertimbangkan. No 2 Saya Memang Sangat Rekemen!

8
Print Friendly, PDF & Email

Bismillah.

Program Cuti Sekolah 2

Siapa mak-mak yang buntu nak cari program cuti sekolah yang sesuai untuk anak masing-masing? Next week dah start cuti kan. Lama juga cuti tu nak dekat sebulan setengah. Jadi masa cuti yang ada ni amatlah baik dan bermanfaat kalau kita masukkan anak-anak kita ni dalam program-program yang berfaedah.

Kami suami isteri memang suka hantar anak-anak ke program cuti sekolah ni. Sebabnya:

(Yang Pertama) kat rumah ni dia boring katanya mati kutu tak tau nak buat apa (padahal banyak je benda boleh buat ni – kertas A4 berkodi-kodi, pensel kaler 5 papan, gunting 7 bijik, gam berbotol-botol) *oke, exaggerate

(Yang Kedua) nanti maknya pening kepala sebab nanti ada je budak kecil yang asyik tanya itu ini atau nak makan itu ini (walaupun baru makan 2 minit yang lepas) & tak dapat fokus buat entri blog *wahahaha

(Yang Ketiga) untuk memenuhkan ilmu di dada – ilmu kehidupan yang tak dapat kat sekolah

Jadi untuk kemaslahatan bersama, sangatlah afdhol untuk kita bagi anak-anak kita busy dengan program yang best-best ni. Lagipun sekarang ni kan memang banyak sangat program khas untuk anak-anak ni tau. Sampaikan maknya keliru nak pilih yang mana satu. Harganya pun kadang-kadang ada yang sampai mak terpaksa garu kepala berkali-kali. Tapi maknya memang sangat yakin & optimistik – duit boleh kucari, pengalaman lebih bererti. Gitu. Sebab tu maknya ni buat Shaklee sungguh-sungguh. *Hahaha

Baeklah kembali ke motif yang sebenar.

Kami suami isteri sebenarnya baru-baru ni je hantar anak ke program cuti sekolah – 2013. Tahun lepas la kiranya. Baru sangat lagi. Sebabnya yang pertama anak sulung masa tu baru masuk ‘umur-boleh-harap-jaga-diri-sendiri’. Kedua sebab dulu takde bajet khas untuk anak berprogram bagai ni. Sekarang alhamdulillah adalah bajet sikit sebab maknya ni dah sungguh-sungguh buat Shaklee. *Haha. Jangan marah tau selingan je.

So kali ni saya nak share 4 program yang wow ni.
2 program yang pertama kami memang dah hantar anak-anak kami join.
2 program yang terakhir kami baru nak hantar start cuti sekolah Ahad ni.

1) Summer Camp Super Muslim III by CSQ Training Centre.

Memandangkan ni first time nak hantar anak bujang join program yang kene bermalam, jadi kami decide nak hantar dia bermalam dalam masjid je. Haa.. beriktikaf katanya kan. *Semoga menjadi anak yang soleh wa musleh.

Program cuti sekolah 1

Program Summer Camp Super Muslim III ni dibuat dekat Masjid Saidina Othman bin Affan, Bandar Tun Razak. Takde la lama sangat tidur dalam masjid tu.. 3 hari 2 malam je. Maknya memang tak risau sebab maknya percaya anak bujangnya memang pandai bawak diri. Cuma maknya risau kalau-kalau anak bujang tak pandai matching baju dan seluar ataupun terpakai baju tidur masa aktiviti siang. *Haha. Begitu sekali tahap kerisauan seorang mak yang penyayang. *Kelip-kelip mata.

So terpaksa maknya berfikir di luar kotak sikit; setiap baju, seluar, dikpenda, dan towel dah letak siap-siap dalam satu plastik (plastik Shaklee you :p) dan plastik tu siap-siap tulis no 1 – 5. Jadi maknya takde la risau sangat kan.

Dan satu lagi kerisauan maknya ialah membayangkan anak bujangnya kelaparan di tengah malam (padahal anaknya cukup makan 5 kali sehari siap minum petang, minum malam dan sebagainya). But mother is always a mother. Suka imagine lelebih khennn. *Hihi

Program cuti sekolah

Oke, hasil daripada program yang tersebut, alhamdulillah anak bujang sangat gembira. Balik rumah memang banyak dia cerita itu ini. Tapi ada la beberapa cerita yang macam ‘eh yeke?’, ataupun ‘siapa cakap macam tu?’ sambil kerut dahi. Faham ke faham? *Haha. Sila abaikan.

Program yang pertama ni ok la. Boleh mantapkan lagi pengisian dan pelaksanaan program ni pada masa akan datang. (Amboih. Macam maknya pulak yang join program tu kan.)

** Untuk program ni.. Mak kasik 2 bintang.

2) Kem Funzania by Telaga Biru Training & Consultancy.

Baek.. kali kedua hantar anak pergi program ni maknya memang teruja giler. Sebab first time hantar anak dara no 2 sekali dengan anak bujang tuk join program ni. Nama program kali ni – Kem Funzania. Memang betul-betul fun! Lagi satu teruja sebab program ni bawah Telaga Biru katanya. Ala.. yang Ustaz Zahazan punya kompeni tu. Ai kan peminat Ustaz Zahazan. *Cewah.

Program ni dibuat kat Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang. Tempat tu memang best kan. Remote area. Lepas tu sangat tenang dan udaranya pun bersih. Sangat sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak ribena. Bersebelahan pula dengan Bukit Tinggi. Cantek! Sementara anak pergi program, mak bapaknya pergi cuti-cuti kat Bukit Tinggi. *Haha. (Tapi honestly saya tak hepi pun bercuti kat Bukit Tinggi tu – sebab saya kene ‘pau’ seconet spagetti berharga RM38). *Menangis.

Bagi mak yang cerewet macam saya, Kem Funzania sangatttt best dan berbaloi untuk hantar anak-anak ke program ni. Walaupun cuma 2 hari 1 malam tapi banyak aktiviti yang best-best. Aktivitinya banyak yang praktikal dengan budak-budak umur 7 – 9 tahun. Yang mudah-mudah dan simple-simple je.

Kun Funzania

Contoh aktiviti dorang hari tu; cemana nak kemas katil sendiri, cemana nak buat sandwich sendiri (kan maknya selalu geram bila anak umur 7 tahun nak minta maknya sapukan roti + nutella tiap kali nak makan). Sekarang alhamdulillah bukan setakat nutella tau.. tuna dalam tin pun boleh.. siap mix mayonis lagi. *Haha.

Selain tu setiap anak-anak ini diajar cara tanam pokok bunga sendiri. Alhamdulillah pokok bunga tu masih sihat walafiat sampai sekarang. Nak di ajar sifat bertanggungjawab katanya kan. Tiap-tiap ari anak-anak siram pokok bunga ni. *Senyum.

Selepas habis program tu, adik beradik dua orang tu memang sangat gembira. Dan ulang kali minta join balik program akan datang. Maknya memang suka. Sebab dalam group WhatsApp mak bapak ni pun banyak sangat cerita positif mengenai perubahan anak masing-masing selepas program tu. Yang pasti semakin rajin la kan. (Malas sekali sekala dimaafkan).

Ken Funzania

Jadi bagi yang teruja sangat baca kisah ni bolehlah usha-usha web Telaga Biru ni. Ada banyak program lain mengikut umur. Ikutkan hati memang nak hantar lagi tapi kene si dara no 2 tu besar sikit. Memang saya recommend sangat hantar anak-anak ke Kem Funzania ni. InsyaAllah berbaloi-baloi.

** Untuk Kem Funzania.. Mak kasik 5 bintang. *Yeay!

Ok 2 program bawah ni baru nak join. InsyaAllah nanti saya bagi review ye.

3. Program Cuti Sekolah by AMPAC.

1381345_10153018157318267_22282374536131657_n

Honestly, program yang ini maknya memang ada expectation yang tinggi. Nama program ni ‘Program Cuti Sekolah’ (PCS). Kali ini hantar anak bujang dan anak dara juga. Sebab utama hantar anak ke program ni sebab nak build confidence dan hilangkan gemuruh bila berada di depan public. Berani dalam melontarkan idea. Belajar menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul. Memperkasakan otak kiri dan kanan. (Whoa!)

program cuti sekolah, aktiviti cuti sekolah

Program PCS ni selama 5 hari. Tapi tak bermalam. Ulang-alik rumah. Ada banyak lokasi dan saya pilih lokasi yag terhampir iaitu di Bandar Baru Bangi. AMPAC ni terletak kat bangunan Hospital Az-Zahrah. Senang sangat nak spot kan?.

Ampac Bangi

Jadiknya, mak tak tau lagi nak kasi berapa bintang. Tapi dari testimoni adik-adik yang pernah join tu macam nak kasik 5 bintang bling bling. Tengoklah gambar kat atas tu.. muka kemain ecxited lagi memasing.

Nanti kita lihat hasilnya cemana ye…

* Alhamdulillah, anak saya dah join program ni.. Nak tau apa anak-anak saya cakap pasal PCS ni?
“Program Cuti Sekolah (PCS) Memang Osem!”

4. Kelas Berenang di MaiSwim.

mai swim

Azam cuti kali ini, kami nak lengkapkan anak-anak dengan salah satu sukan kegemaran Nabi Muhammad iaitu berenang. Skill ni memang sangat berguna kan. Masa persekolahan tak dapat nak bagi komitmen untuk anak-anak belajar berenang. Prinsip pembelajaran kami suami isteri adalah ‘belajar biar enjoy’ dan ‘jangan-push-sangat-anak-tu’. Gitu. Jadinya cuti kali ni kita bagi dorang belajar skill baru sampai lebam. *Yiihaa!

Kami pilih MaiSwim untuk belajar berenang. Sebabnya nampak gaya dari websitenya memang nampak professional di samping tenaga pengajar yang ramai.

mai swim
Dan lihatlah wajah kanak-kanak itu sangat riang ria kan?

Rasanya itu je program cuti sekolah yang saya dapat share kali ni. InsyaAllah lain kali kalau ada yang best-best lagi nanti saya sharekan lagi ye.

* Pix Credit to:
Blog My Other Half
Facebook Ampac
Facebook Mai Swim Club

Hmm.. sekarang musim hujan kan.. ramai anak-anak yang tak sihat.. jangan lupa bagi anak makanan seimbang, air yang banyak dan juga ambil suplemen Vitamin C lebih. InsyaAllah boleh bantu tingkatkan imunisasi anak-anak!

Jom jadi mak-mak ohsem yang disayangi anak sepanjang hayat! 😀

{ Nota kaki: Artikel ini saya republish semula dari blog saya yang satu lagi }

Xoxo,

sweetbonda

share

A Momster. MomBlogRapher. Simple & Minimalist. ShakleeLover. Writer. Loves TravelFood.

Discussion8 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge